Ayah Banduan, Anak Jadi Malu Nak Jumpa Orang

Disebabkan permintaan daripada pembaca, jadi aku sambung part 2

Untuk yang belum baca artikel 1 boleh tekan link ini – https://iiumc.com/nak-kahwin-tapi-tak-ada-perempuan/

Ok, untuk artikel ini aku nak sambung lagi dan juga tambah topik baru yaitu berkaitan anak.

Di artikel sebelum ini aku ada sebutkan berkaitan begitu banyaknya lelaki di China, ada yang kata lelaki 30 juta lebih ramai dan ada juga yang kata 5 lelaki bersamaan 1 wanita. Itu sumber yang aku dapat hasil google search.

Jadi kali ini kita akan masuk topik baru yaitu.

1. Leftover woman/ Perempuan umur atas 30

Dekat China ada satu perkataan popular yaitu perempuan atas 30 adalah leftover atau saki baki yang tak laku. Manakala untuk lelaki ada juga tapi berbeza yaitu umur 30 ke atas lelaki adalah diamond.

Jangan ketawa sebab aku pun dah ketawa bila dengar berita ini dan baca komen di youtube. Aku nak sertakan link tapi link rujukan sebelum ini admin IIUMC dan remove. Mungkin sebab T&C supaya website kekal sihat kot.

Lelaki Di China tak rasa malu untuk sebut preference diorang memilih wanita, eventhough mereka dah 30 tahun, mereka nak juga yang umur 20 tahun ke atas. Ada beberapa sebab yaitu fresh, lebih bagus untuk dikahwini.

Kebanyakan yang memilih ini adalah lelaki yang tinggal di kawasan bandar.

Tapi yang tinggal di perkampungan mereka tak kisah pun, ada satu video dia pergi bayar banyak untuk dapatkan perempuan single dari indonesia.

Perempuan itu dah berumur 40 tahun dah dan dia sanggup sebab lelaki kampung itu layan dia baik dan perempuan tersebut pun nak buka buku baru.

Perempuan cina dari bandar mereka tak sanggup pergi kampung untuk kahwin, bandar ada banyak access baik dari segi entertainment atau lifestyle. Kampung ada apa je?

Ada babi, ada pokok, ada tanaman. Itu jelah, sebab itu mereka tak sanggup pergi kawasan perkampungan.

2. Left Behind Children.

Tadi kita dah bincang soal perempuan, sekarang ini masuk bab anak pula.

Dekat Malaysia kita ada IC, jadi orang johor boleh berpindah ke KL dengan mudah. Orang Kelantan nak migrate ke KL pun senang, asalkan ada duit boleh berpindah siap bawa satu keluarga.

Tapi China ni lain, diorang pakai Hukou (household registration), kalau dulu zaman 80 ke bawah Hukou ni akan ikat anda di kawasan itu sahaja.

Kalau nak keluar kena ada letter of introduction, baru anda selamat keluar dan tak ditangkap polis atau askar. North korea pun copy Hukou ni, sebab kan diorang geng komunis juga.

Sekarang ni ibu bapa boleh keluar dan cari kerja di bandar tanpa letter of introduction, tapi anak diorang kena stay di kampung. Tak silap aku ada dalam 60 juta anak yang ditinggalkan atau left behind children ni.

Ada ibu bapa yang lawat 3 bulan sekali, ada yang lawat 1 tahun sekali dan ada yang langsung tak lawat. Dah lah one child policy, selepas itu ditinggalkan ibu bapa.

Of course bila kerja ibu bapa akan transfer duit untuk atuk nenek dan anak mereka.

Kau boleh bayangkan lah, budak kampung, hiburan tak ada di rumah, tak ada geng adik beradik, ibu bapa tiada. Tinggal dengan atuk dan nenek je. Jadi diorang keluar cari geng geng kampung lah.

Kenapa tak boleh balik?

Budaya kerja di sana lagi brutal dia pakai sistem 996 (9 pagi hingga 9 malam, 6 kali seminggu)

Jadi sehari je ada cuti, macam mana nak balik?

Ada video Left Behind Children ni dia tak nak belajar, dia cuma nak jadi pengutip sampah. Entahlah kesian juga tengok video video tersebut.

3. Children Of Shame

Sorry aku pakai bahasa inggeris, sebab lebih mudah nak terangkan. Maklumlah aku ambil sumber pun dari english Channel.

Children of Shame bermaksud adalah anak atau zuriat daripada pelaku yang dihukum mati boleh jadi sebab dia membunuh. Kalau translate maksudnya anak daripada orang yang memalukan.

Ada interview aku baca, ayah dia orang baik tapi bunuh mak dia sebab dapat tahu mak dia curang dengan lelaki lain.

Children of Shame ni cerita balik peristiwa dengan ayah dia, ni aku ungkap balik ya.

“Ayah saya waktu dia masih hidup, dia baik sangat. Ada sekali saya sakit kena pukul, selepas itu ayah saya bawa saya pergi makan restoran, itulah pengalaman manis dengan ayah saya”

Aku yang tengok interview pun terpaksa skip sebab tak tahan sebak tengok interview tersebut.

Children Of Shame ni mereka hidup menyendiri, sebab kanak kanak lain tak nak kawan dengan dia. Mereka tahu dia adalah anak pembunuh, ada video dia siap nyorok di belakang nenek dia bila keluar daripada rumah.

Ada yang diserang epilepsi dan sebagainya. Tapi nak buat macam mana, mereka tak boleh keluar dari kawasan tersebut.

1. Sebab Hukou (household registration mereka dah bind)

2. Sebab duit, bukan mudah nak beli rumah baru.

P/S: mungkin ada sedikit fakta yang silap, sebab aku cerita pun based on kajian aku melalui baca novel, dan tengok dokumentari di youtube. Jadi sorry ya..

– Zhou Qing Bai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *