Hi, Nama aku DZ. Pernah tulis dekat sini tahun lepas, (https://iiumc.com/ibu-dan-ayah/). Seminggu lepas aku luahkan disini, ayah aku ceraikan ibu aku. Aku tak ada tempat nak meluahkan ni. Adik aku pun dah kronik dalam wad psikiatri. Kalau aku sembang dengan dia, mau hati dia makin hancur.
Mari aku ringkaskan cerita…
Ayah (umur 50-an) aku kenal dengan staff di ofis dia (kita namakan dia Hasna, umur 30-an) in 2017. Bila ibu dapat tahu, ibu cuba berubah. January 2018, aku pernah mesej kembar skandal ayah aku, (kita namakan dia Husna) aku mintak tolong dengan Husna ni mintak nasihatkan Hasna ni jauhkan diri dari ayah aku, tapi dia marah aku balik, jauhkan diri dari dia dan adik beradik nye sebab mereka pun bukan sukakan ayah aku mengganggu Hasna ni.
Long story short…
April 2018, ayah ceraikan ibu dengan talak satu depan kami adik beradik dan pak long kami (abang sulung ayah). Ayah janji whatever happens is between him and our mother. But rupanya kami silap. Bila kami begitu berusaha untuk berjumpa dengan dia, rupanya dia semakin menjauhkan diri.
Paling merasai kesan nya adalah adik aku. Adik aku paling rapat dengan ayah, setiap minggu selepas cerai dia tanpa gagal mengajak ayah aku untuk keluar makan seminggu sekali. Tapi semakin lama, ayah semakin jauh dari dia. Oktober 2018, adik pergi berjumpa psychiatric kerana mengalami kemurungan yang teruk. Since then, adik bergantung sepenuhnya pada ubat tidur di waktu malam.
Raya tahun ini, ayah ikut kami pulang beraya di kampung ibu, which kami sangat amaze, kerana kami dah jarang bercakap dengan ayah sebab dia menjauhkan diri. Adik apatah lagi, berapa kali blocked unblocked number ayah. Siapa sangka, raya ke-4 (Sabtu, 8 Jun) tahun ni ayah kahwin. Tanpa kami dengar apa-apa berita. Macam mana kami tahu? Ada yang menyampai pada ibu. Itu pun ibu tahu selepas 4 hari (Khamis, 13 Jun) perkahwinan ayah. Hari yang sama adik di masukkan ke hospital kerana mengalami depresi yang teruk.
Aku macam biasa, cari punca untuk dapatkan kepastian. Jadi, aku jumpa melalui facebook Huda (kakak Hasna), aku hantar gambar berserta soalan, “are you married?” kepada ayah aku, tiada jawapan. Masa tu rasa dunia macam gelap, aku ada adik perlu dijaga, ayah aku, pak long aku, even Husna sendiri tak reply mesej aku bertanya ayah aku dah kahwin dengan Hasna ke. Maka aku biarkan semua berlalu sebab aku ada adik perlu dijaga.
Isnin, 17 Jun, ketika aku dan ibu berbuka puasa di luar, adik aku ada menghantar mesej ingin bertemu ayah. Selang beberapa minit, dia menghantar gambar perkahwinan ayah yang diambil dari Google Images. Aku dah tak rasa sedih, aku lebih risaukan keadaan adik. Adik pulang ke rumah, habis semua barang tinggalan ayah dihancurkan, dibaling, dipecahkan. Adik di hantar ke hospital untuk ubat penenang. Ibu tidur dengan adik malam tu.
Selasa, 18 Jun, aku hantar adik ke hospital untuk treatment kerana cubaan bunuh diri, ayah datang, dan bermulalah sesi maki hamun oleh adik, betapa hancur dan kecewa nya dia, betapa sedih dan ranap hatinya. Betapa dia mahu berada dalam hidup ayah tapi ayah langsung tidak mahukan dia.
Bercerai dengan isteri tapi tidak dengan anak-anak. Tapi tiada seorang pun anak-anak ayah berada di majlis kahwin ayah, bukan kerana kami tak mahu pergi, tapi kerana kami tak dimaklumkan. Rabu, 19 Jun, adik aku dimasukkan ke HUKM sebab beberapa kali cubaan bunuh diri. Mungkin orang akan kata, ayah kahwin je pun. Tapi keadaan nya tak sama dengan kondisi adik.
Aku melawat adik setiap hari tanpa gagal, dari ditempatkan di wad psikiatri di luar, sehingga masuk ke bilik kaca seorang diri, yang ada cuma katil, selimut dan bantal. Even plug pun tak ada. Nak pergi tandas, nak makan, nak minum, ketuk lah tingkap tu sehingga nurse datang.
Sabtu, 22 Jun, aku dapat panggilan dari HUKM, adik mengamuk. Dari waktu aku sampai di HUKM pada jam 2:30 petang sehingga 5:30 petang, aku tak dibenarkan masuk ke dalam, doktor cuba menenangkan adik. Adik mahukan ubat tidur, doktor tidak membenarkan kerana dos yang lama masih berbaki. Adik marah, cuba mencekik diri dengan selimut. Tiga kali adik diikat kaki dan tangan pada katil. Adik mahu tidur supaya tidak berfikir tentang ayah lagi. Bila adik dah tenang baru kami dapat masuk.
Ahad 23 Jun, aku datang melawat adik lagi, adik makan semua buah yang aku bawa, tiba-tiba adik kata perut dia sakit kerana telan sabun semasa mandi pagi. Adik cakap dia tak mahu mati, dia cuma ingin pengsan dan tak mahu bangun. Adik dipaksa muntah dan berak untuk keluarkan sabun yang ditelan. Seharian adik lemah kerana keracunan.
Hari ni, adik dipanggil masuk ke bilik conference untuk meluahkan semua yang dia rasa. Dalam bilik conference tu ada ramai prof dan doktor untuk mendengar masalah depresi adik. Bila adik keluar dan tanya nurse kenapa dia dipanggil, nurse cakap, kes adik berat. Doktor yang merawat tak jumpa solution untuk masalah dia. Adik tak dapat discaj hari ni.
Untuk semua yang terjadi sehingga hari ni, untuk anak dan suami yang terpaksa berkorban masa demi mummy jaga aunty, untuk ayah yang tinggalkan kami kerana syarat Hasna tidak mahu jadi isteri kedua dan tak mahu lelaki yang datang dengan pakej (anak-anak), dan untuk Hasna yang datang dan membawa ayah pergi walau berkali kami katakan berhenti, terima kasih. Tahniah dapat seorang pilot seperti yang diimpikan. Tahniah juga mak tiri yang dapat suami yang single (dari segi isteri dan anak-anak).
– DZ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit