Hai.. Thank you la admin kalau siarkan mende alah ni.. Aku start taip mende ni pukul 4.28 pagi waktu anak aku lepas menyusu then aku tak boleh tidur.
Aku bukan nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal ayah aku. Aku sayang sangat ayah aku. Ayah aku baik je and kadang-kadang orang kata aku ni anak ayah sebab ayah macam lebihkan aku dari adik beradik aku yg lain. Adik beradik aku ada 7. Aku yg tengah.
Aku okay je dengan ayah aku even kadang-kadang biasalah anak beranak ada yg tak kena itu ini. Cuma aku tak berapa berkenan cara ayah aku layan mak aku. Mak aku ni jenis lembut je sopan santun dengan suami dia (ayah aku) buat lah segala untuk ayah aku. Sampaikan ayah aku nak makan pun kena ambil air basuh tangan even sinki sebelah meja makan. Lepas makan tinggal je macam kita dok buat selalu kat kedai makan tu. Tu satu hal dah.
Sejak-sejak ayah meningkat usia ni lagi pening aku tengok perangai ayah aku. Bila mak aku masak penat-penat lengkap macam-macam lauk. Ayah aku jenis kalau makan kena ada yg berkuah, bergoreng, sambal, sayur bagai. Kena lengkap. Sekali makan dah penuh 1 meja. Satgi malam kena tambah menu lain atleast 1 menu tambahan. Then bila mak aku dah masak semua tu elok je dia ambil kunci kereta keluar pergi makan kedai mamak/indon/thai. Katanya tak kena dengan tekak lauk-lauk mak aku masak tu. Aku kesian kat mak aku. Aku tulis ni pun bergenang air mata teringat muka mak aku waktu tu. Mak aku diam je. Kalau mak aku tak masak marah-marah pulak tanya kenapa tak masak.
Yg paling aku sedih bila aku dapat tahu cerita ni. Mak aku cikgu kerajaan dah lebih 30 tahun berkhidmat sejak sebelum kahwin sampailah dah ada cucu. So sekarang mak aku dah pencen. Banyakla saving kwsp la itu ini semua tu kan. Aku bukan tw sangat nama dia. Ayah aku pulak businessman contractor buat hospital la bagai tu.
Long story short, ayah aku kena tipu and tak dapat2 projek baru. Ayah aku pulak jenis yg boros sikit. Dapat je projek baru, duit berkepuk beli kereta baru sampai 2 ke 3 biji. Aset katanya. Tukar smartphone, beli laptop, beli jam mahal2, baju mahal2 satu almari, investment as a businessman katanya. At last no saving. Memang sejak dari aku kecik start ayah aku bukak bisnes memang ayah aku no saving. Yela aku faham sebab belanja untuk anak bini makan pakai semua. Ayah aku bukan jenis yg kedekut dengan anak bini.
Masuk balik cerita tadi. Bila company ayah aku still tak dapat projek masuk 3 bulan dah mana nak cari duit nak bayar gaji pekerja. Ayah aku mana ada simpan untuk emergency ke roll modal ke takde. Zero dalam akaun. So yg jadi mangsa nya mak aku la. Habis dikoreknya duit kwsp, tabung haji, saving2 akaun bank lain2, investment mak aku semua la untuk bayar gaji pekerja 2 bulan. Kesian mak aku baru haritu excited cerita kat aku mak berazam nak pergi haji paling tidak tahun depan. Tapi ni dah zero.
Baru2 ni pulak ayah aku pergi jual kereta saga mak aku yg mak aku beli cash guna saving sendiri. Jual sebab nak bayar gaji pekerja and bayar hutang kereta dia yg 2 ke 3 biji tu yg berbulan2 tak bayar. Kereta import mahal okay. Tinggal la kereta myvi mak aku yg berhutang kena bayar bulan2 tu. Ayah aku still nak simpan kereta2 mahal tu. Aset kan kononnya.
Dan sekarang ni pekerja2 ayah aku masing2 dah undurkan diri cari kerja lain. Yela masing2 ada anak bini nak bagi makan. Tinggal lah ayah aku yg masih lagi nak cari projek baru. Aku kesian kat ayah aku. Aku kesian kat mak aku. Ayah aku dah tua still lagi busy2 cari kerja itu ini.
Sepatutnya waktu2 macam ni dah duduk rehat kat rumah main dengan cucu, jalan2 dgn mak aku, pergi buat aktiviti2 yg diaorang suka tu (jemaah/sukarelawan). Tapi semua tu tak boleh sebab ayah aku still berdegil nak jugak cari projek baru dgn zaman gawat n*j*b ni. Mak aku sunyi kat rumah tak boleh pergi mana2. Nak pergi tengok cucu tak boleh. Nak jalan2 tak boleh. Mak aku pulak kalau ayah aku takde or taknak pergi mak aku pun tak pergi. Style solehah2 camtu. Anak2 ramai dah kerja boleh kot tolong2 hulur2 tiap bulan. Pencen bulan2 mak aku adalah jugak boleh nak hidup. Tapi ayah aku taknak terima kenyataan tu semua. Cakap mak aku taknak dengar. Cakap anak2 lagi lah taknak dengar.
Aku sedih tengok mak aku kena layan mcam tu. Aku sedih tengok ayah aku jugak sampai demam2 sakit kepala bagai. Allah.. Kau mudahkan lah urusan mak ayah aku. Dah penat dah mereka besarkan kami adik beradik. Beri lah mereka peluang untuk berehat beribadah di usia tua ni. Tunjukkanlah jalannya. Mudahkan lah semuanya. Amiinn..
Terima kasih la baca luahan hati aku pagi2 buta ni. Aku dah jadi isteri jadi mak ni aku faham perasaan mak aku. Sebab tu aku tak bagi suami aku buat bisnes sendiri la bagai. Pergi je kerja makan gaji bulan2 nanti dah ada saving secukupnya sebetul dan semahunya planning then baru sembang pasal bisnes. Pengajaran untuk semua. Wassalam
– Anak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit