Bismillah. Aku fikir seratus kali untuk tulis confession ni, tapi aku memang perlu tulis untuk minta pendapat masyarakat. Confession ni agak trigger, dan aku cuba untuk tulis tanpa membuka apa-apa keaiban.
Pertama sekali, nama aku Khalisha (bukan nama sebenar). Aku student degree kat semenanjung Universiti Tempatan (cawangan dirahsiakan).
Dipendekkan cerita, aku ni anak yatim. Ayah kandung aku meninggal dunia waktu aku masih kecil. Aku membesar dengan ibu kandung aku di sebuah kampung yang terletak di tengah bandar. Aku anak sulung.
2017, aku dapat tawaran masuk IPTA. Kat sana, aku selalu hadapi masalah. Aku suka luah semua masalah aku dengan mentor aku.
Fyi, kami ada program mentor-mentee yang membolehkan every student untuk luah atau kongsi masalah dengan lecturer (mentor).
Mentor aku Prof Madya Dr X. Dari 2017 aku selesa luah semua masalah dengan dia. Sampailah satu masa, aku dengan dia dah macam anak dengan ayah. Sangat rapat.
Fyi, dia ada anak perempuan nama Tasha (bukan nama sebenar). Disebabkan aku dengan Dr. X tu rapat, jadi dia pun selesa untuk share kisah family dia dengan aku. Tapi tak lebihlah. Share mana yang berkaitan je.
Hubungan dia dengan Tasha tak begitu baik. Sebab biasalah, lecturer ni selalu busy dan kurang waktu untuk family. Plus, anak dia ni perempuan. Dr. X kata, dia tak berapa reti nak ambil hati anak perempuan. Dia lebih selesa dengan anak lelaki dia.
Tapi, disebabkan aku selalu datang jumpa Dr. X, perlahan-lahan dia cuba anggap aku sbagai anak dia si Tasha tu. Dan dia cuba belajar cara nak ambil hati anak perempuan.
Aku pula, sangat selesa dengan Dr. X. Aku anggap dia macam ayah kandung aku. Yalah, aku dah bertahun-tahun tak rasa kasih sayang ayah sejak ayah kandung aku meninggal dunia. Jadi, aku anggaplah Dr. X ni macam ayah aku sendiri.
Tiga tahun kami share macam-macam. Dari masalah akademik sampailah masalah keluarga. Aku memang percaya gila dengan Dr. X ni.
Sebab dia baik, dan semua orang suka cara dia mengajar. Sangat humble. Plus, Dr. X ni boleh dikatakan antara pensyarah terbaik kat fakulti tempat aku belajar. Semua student hormat and sayang dia.
Aku punya tahap rapat dengan Dr. X tu, sampai kami boleh berbual 4 jam tanpa henti. Bayangkan. Aku selesa sangat dengan dia.
Dia pun selalu bagi motivation dan nasihat kat aku. Sebab tu aku suka dan selesa dengan dia. Aku siap bagitahu ibu aku kat kampung, yang aku dah ada ayah baru (haha).
Tapi langit tak selamanya cerah. Lepas perdana menteri umum PKP pada 18 Mac lalu, segalanya BERUBAH. Aku masih ingat lagi, kejadian tu berlaku pada minggu keempat PKP. Time aku tengah scroll instagram, aku tiba-tiba terjumpa akaun nama Tasha.
Guess what? Tu akaun Tasha, anak Dr. X. Akaun tu public, so aku boleh nampak apa dia post. Aku tahu itu Tasha sebab aku pernah nampak gambar anak Dr. X tu.
Tapi aku hairan. Akaun tu takde follower langsung. Aku anggap akaun tu tak aktiflah kot. Tapi ada pulak si Tasha tu post insta-story.
Aku pun bacalah post dia kat insta-story tu. DAN DI SITULAH, bermulanya kejadian yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
Tasha tulis, macam diari. Dia tulis tentang ketakutan dia yang terpaksa jadi mangsa percabulan (pedofilia) dalam rumahnya sendiri. Dia tulis, dia nak lari. Rumah tu mcm neraka.
Dia benci duduk situ. Macam-macam dia tulis yang aku tak mampu nak senaraikan di sini. Tapi isi tulisan tu lebih kepada sexual harrasment yang jadi kat diri dia dalam rumah tu waktu PKP.
Jantung aku dah berdegup laju macam nak gila. Aku mulalah fikir, siapa yang ganggu si Tasha ni. Aku memang takkan tuduh Dr. X. Sebab dia baik, takkan buat benda gila macam tu. Takkan punya.
Aku anggap mungkin ada someone family dia yang lain stay kat rumah tu. Aku mula siasat sampailah aku dapat jawapan.
Jawapannya, tiada sesiapa yang tinggal dalam rumah tu melainkan Tasha, adik dan mak ayah dia. Thats mean, Dr. X lah satu-satunya lelaki dewasa yang ada dalam rumah tu.
Aku macam tak percaya. Memang tak percaya. Aku kesian gila kat Tasha. Aku nak tolong dia.
Tapi aku bodoh sebab…. Aku contact Dr. X dan cerita semua yang Tasha tulis tu kat Dr. X. Dengan harapan, Dr. X boleh tolong Tasha jauhkan diri dari “orang” yang aku tak tahulah siapa.
Aku yakin, bila aku cerita. Dr. X akan tolong Tasha. Dan Tasha akan selamat. Tapi aku bodoh, memang bodoh. Sebab apa? Lepas je aku cerita, Dr. X marah gila kat aku.
Aku terkejut sampai menangis. Sebab selama tiga tahun aku rapat dengan dia, tak pernah dia marah aku sebegitu teruk.
Aku mula fikir. Apa yang menyebabkan dia marah. Maybe sebab aku masuk campur hal keluarga dia. Ya, aku salah. I cross the limit! Tapi. Bukan ke dia sepatutnya bersyukur sebab aku cuba selamatkan anak dia?
Plus, Dr. X pernah pesan dekat aku supaya beritahu dia kalau ada apa-apa jadi kat anak dia. Sebab hanya aku je kenal anak dia. Dia selalu cerita dengan aku pasal anak anak dia.
Aku hairan. Kenapa dia marah. Kalau dia tak salah, kenapa perlu dia marah aku? Sejak dari kejadian tu, Dr. X berubah seratus peratus. Dia langsung taknak bercakap dengan aku. Dia jadi lain, sangat lain.
Beberapa minggu lepas tu, aku try cari balik instagram Tasha. Tapi semua post dia dah delete. Aku pun cuba untuk move on dan lupakan apa yang telah berlaku. Aku cuba lupakan Dr. X juga.
Tiga bulan kemudian, aku ternampak post baru di instagram Tasha. Aku fikir dia dah tak guna IG tu lagi sebab dah berbulan tak update apa-apa. Jadi, aku pun bacalah post baru dia tu… Sekali lagi dia luah benda sama. Tentang sexual harrasment.
Dia cerita dia jadi mangsa dalam family dia. Tapi dia dah dibayar untuk MENUTUP MULUT dan MELUPAKAN tragedi hitam tu. Dia benci, dia marah dengan “orang tu” tapi dia takde pilihan lain selain DIAM.
Aku macam… nak gila. Aku taknak fitnah sesiapa. Aku taknak tuduh sesiapa. Aku sayang Dr. X. Dia dah banyak berbakti kat aku. Tolong aku dalam akademik, ajar aku macam-macam.
Aku takkan percaya kalau Dr. X adalah “orang” yang merosakkan anak kandung dia sendiri. Ayahku bukan pedofilia!
Aku tak boleh terima. Tapi benda tu menghantui aku. Aku macam trauma tiap kali dgr nama Dr. X disebut-sebut. Aku tak percaya. Tapi aku kesian kat Tasha. Aku tersepit kat tengah-tengah.
Sekarang aku pun dah habis belajar. Aku takkan jumpa Dr. X lagi. Tapi misteri ini, tetap jadi misteri tanpa jawapan.
Aku harap ada someone yang baca confession ni dan bagi pendapat tentang Dr. X. Logikkah untuk dia buat benda terkutuk tu? Atau Tasha sengaja reka-reka cerita? Aku taknaklah fitnah sesiapa.
Tapi aku memang tak boleh lupa benda ni. Aku macam rasa BERSALAH sebab aku tak dapat selamatkan Tasha.
Someone, please. Bagi pendapat atau nasihat untuk aku. Isu pedofilia ni bukannya isu kecik. Tapi isu besar yang jarang orang nak cakap. Aku confess ni pun sebab aku memang sangat perlukan pendapat dari korang. Terima kasih!
– Khalisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit