Hi Assalamualaikum. Nama saya Sofia (nama samaran) umur awal 20-an dan ada 5 orang adik beradik. Adik yang paling muda darjah satu. Hari ini just nak cerita pasal ayah saya dan rokok. Ayah memang kuat hisap rokok dari zaman bujang sampai dah kahwin. Sehari boleh habis satu kotak.
Pernah kitorang satu family marah ayah suruh berhenti merokok sebab saya asthma dan sangat sensitif. Tapi nasihat kami tak pernah jalan. Kalau berhenti pon ada lah dalam 2/3 hari tapi nanti ayah sambung balik hisap rokok.
Ayah juga ada kencing manis tapi biasanya dia makan ubat je. Ouh ya ayah ni cakap muda tak muda sangat tua tak tua sangat. Umur dalam 50-an macam tu.
Dah nak dekat 2 minggu kaki ayah kebas dan bengkak. Kadang-kadang batuk tak berhenti tapi biasalah mana nak berhenti rokok. Sebelum ni kitorang suruh pergi hospital taknak sebab dia insists nak makan ubat farmasi. Tapi sejak dah sakit ni dia pergi jugak hospital.
Tapi tak lama tu sakit ayah makin teruk. Ahad pagi ibu bawak ayah pergi hospital sebab malam tu dia tak boleh tidur and doc cakap ayah kena mild heart attack. and ibu call kitorang cakap ayah kena admitte. doc nak pantau ayah punya jantung takut ada blockage. Doakan semuanya dipermudahkan ya readers sekalian walaupon doc cakap 90% memang ada kemungkinan untuk block jantung.
So sekarang ni ayah kena tahan wad 4/5. Doc cakap memang lepas ni kes ayah kena refer ke hospital serdang untuk angiogram tapi kena tunggu turn lah. Semalam ibu cakap keputusan x-ray doc cakap jantung ayah dah macam umur 60/70 tahun walaupon umur dia baru 50 lebih punca rokok.
Sebab tulah rokok ni bahaya. Tak kisah lah vape ke pod ke semua tu spesies janganlah cakap “aku hisap vape takpe”. No it’s not. Mula mula je okay tunggu lah dah tua nanti.
Sepanjang ayah dekat wad ni adik yang bongsu tak pernah tengok ayah sebab umur dia bawah 12 tahun. Setiap malam dia tanya “bila boleh adik tengok ayah”. Bila dia cakap macam tu automatic hati saya sedih sebab dia memang rapat dengan ayah. Tapi procedur hospital kita tak boleh sesuka hati je langgar.
Ibu suri rumah sepenuh masa & ayah sahaja yang berkerja. So kami satu family memang mengharapkan duit gaji ayah sebab masing masing masih belajar di universiti. So bila perkara macam ni jadi kitorang satu family dah andaikan macam macam just incase something happen.
Tapi saya cerita ni bukan nak mintak simpati just nak mintak doa kalian semoga urusan ayah dipermudahkan & kesihatan ayah bertambah baik. Mana tahu ada diantara readers ni doanya dimakbulkan amin ya Allah.
Maaflah andai cerita saya ni tunggang terbalik. Harap semua faham dan dapat doakan ayah saya supaya cepat sembuh. Lagi satu saya nak pesan, andai ada ahli keluarga korang yang hisap rokok suruh lah diorang berhenti.
Smoking isn’t cool, it just harm yourself. Berhentilah sebelum apa apa yang buruk berlaku. Itu je pesan saya.
– Sofia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit