Ayah Dari Neraka

Assalamualaikum. Cerita ini tentang keluarga kawan saya. Kawan saya Daisy (bukan nama sebenar). Dia tinggal dengan ibu bapa, nenek dan atok di sebelah ibu.

Rumah mereka sentiasa dikunjungi sepupu-sepupu di sebelah ibu Daisy tidak kira cuti sekolah atau tidak kerana ada nenek & atok di situ. 

Rumah ini rumah kampung, halaman luas. Ibu bapa Daisy petani. Bapa Daisy 63 tahun. Ibu Daisy 51 tahun. Masing-masing sihat lagi.

Bapa Daisy telah merogol & meliwat sepupu Daisy yang bernama Hibiscus (bukan nama sebenar) yang bersekolah rendah.

Bapa Daisy jugak pernah melakukan gangguan seksual terhadap sepupu Daisy yang lain yang bernama Rosemary (bukan nama sebenar) yang telah bersekolah menengah.

Semasa kejadian, Rosemary bersekolah rendah. Tidak dapat dipastikan Rosemary ini pernah dirogol atau tidak. Bapa Daisy juga ada melakukan gangguan seksual terhadap kawan Hibiscus iaitu Mint (bukan nama sebenar). 

Apabila ada kesempatan, bapa Daisy pasti melakukan perkara terkutuk dengan Hibiscus. Kadang-kadang dalam semak tepi rumah, kadang-kadang dalam bilik ibu bapa Daisy, didapur, dibelakang rumah, dalam kereta, mana-mana sahaja ketika line clear.

Hibiscus ni kategori kanak-kanak slow leaner. Dia agak lembab, tetapi tidaklah lembam. Anak yatim orang susah. 

Daisy tahu semua ini selepas menyiasat kerana pernah ternampak yang mencurigakan dan jugak setelah slowtalk dengan Hibiscus. Tiada siapa yang tahu hal ini kecuali Daisy.

Sekarang Daisy mohon, apa perlu Daisy buat. Untuk pengetahuan, ayah Daisy tidak pernah menyentuh Daisy. 

Daisy perlukan bukti tetapi cctv taktau nak pasang dimana sebab bapa Daisy buat tak kira tempat, ibu Daisy juga jika tidak nampak bukti, pasti tidak akan percaya.

Ibu Daisy jenis percaya suami, selagi tiada bukti walaupun ada orang sampaikan info, dia lebih percayakan suami dia. Silap-silap Daisy dibuang keluarga jika beritahu hal ini tanpa bukti.

Hibiscus, Rosemary, Mint ni semuanya anak yatim & orang susah. Kesian sangat. Rasanya ada lagi budak-budak lain dalam kampung ni yang menjadi mangsa gangguan seksual dia ni selain sepupu-sepupu Daisy. Jahat.

Hibiscus ni orang miskin, anak yatim. Ibunya kerja mengambil upah sahaja. Tiap kali ibunya pergi kerja, Hibiscus akan ditinggalkan di rumah Daisy. Waktu pagi atau petang atuk & nenek keluar mengaji.. Kekadang tiada sesiapa dirumah tu..

Waktu-waktu itu teruk la Hibiscus dikerjakan ayah Daisy. Hibiscus pun nampak seperti dah mula ketagihan. Tolonggg. 

Daisy tiada bukti kecuali pengakuan Hibiscus. Daisy juga takut sekiranya ayah Daisy ditangkap bagaimana ibu Daisy nak teruskan hidup, ibu Daisy meniaga kuih sahaja. Pasti orang tak nak beli kuih ibu Daisy lagi kan.

Ibu Daisy juga pasti akan malu dan akan jatuh sakit, macam mana ibu Daisy nak teruskan hidup kalau benda ini tersebar nanti. 

Daisy buntu. 

– Teratai yang sedih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Daisy tahu tak apa itu dosa? Kalau dah tahu tapi diamkan nanti awak nak jawab ke dekat akhirat? Soal rezeki jangan risau rezeki Allah luas. Cuba laa sedaya upaya untuk tolong. Kalau CCTV Tak boleh, plan laa perangkap ayah tiri tuu dengan hibiscus. Pastu panggil mak awak. Berani kerana benar. Allah Kan Ada. Stay strong ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *