Assalamualaikum and hope whoever read this semuanya sihat. Firstly, sorry that I used a mix of Bahasa and english. This is just the way I talk.
I seorang wife, a mom and a daughter. Masa I tulis ni, I just saw a video on tiktok POV : mengadu dekat ayah how’s life without him and the girl just duduk tepi kubur and talk to her late father and that video guna sound andmesh – andainya kau datang kembali.
Masa I tengok video even after 20 second, I cried. Tak nangis terlalu banyak but sakit dan pedih sebab tak boleh nak relate.
My late father pass away in 2017 so 7 years ago. To summarize kan, I sangat rapat dengan ayah. I was the only daughter, ada 2 adik lelaki.
Since small, I look up to him, we look alike, ada banyak similarities. Semua berubah masa I form 4. Ayah ada perempuan lain and he eventually nikah dengan perempuan tu.
On the other hand, I tak rapat dengan my mom. Orang tua2 kata panas. The way she think and I think macam tak align. I selalu argue dengan dia and since my mom dulu quite garang, dia pernah marah I and suruh I tidur luar rumah.
Dekat luar ada macam sofa panjang, so I went out and fall asleep. Ayah I balik around midnight, nampak I tertido dekat luar, he carry me and marah my mom kenapa biarkan I dekat luar macam tu.
He tuck me in, put a blanket and letakkan I perlahan2. I close my eyes tapi semua tu I sedar. This incident were so precious that I ingat till this moment.
Tak lama lepas ayah kahwin dua, I saw how my mom cried, ayah dah jarang balik, and how my family berantakan. I was the eldest so even I dengan my mom tak rapat but she have no choice but to tell me how frustrated she is with this situation.
At first I macam in denial, maybe ayah ada alasan buat macam ni. Tak pelah ada peluang untuk bahagia macam dulu balik. That what I thought.
Tak lama lepas I habis SPM, I further study dekat college and ayah belikan I kereta untuk kemudahan. I tak amik loan belajar sebab ayah kata ayah nak support but tak lama lepas tu ayah makin culas bagi duit. Maybe sebab dia dah tanggung 2 keluarga.
So I start keje part time untuk tanggung diri sendiri semua. I belajar jauh dari rumah so I don’t really know what happen at home. But ada 1 kejadian yang adik cerita di mana time tu bulan puasa, adik dan ibu tak ada makanan dekat rumah, berbuka milo dan biskut tawar.
Esok nya adik ke bandar, masa tu adik dah umur 17, boleh bawak motor, terjumpa ayah dengan isteri nombor 2 di bandar. Rasa di siat2 hati ni bila tau.
Lepas habis belajar, I work and with not so much money yang I ada, I cuba support family sebab ayah dah makin jarang balik, adik nombor 2 masih belajar di college, duit makin berkurang and kena keluar rumah sebab culas bayar sewa.
I menyewa bilik masa tu di KL. Told my mom “ibu, along cari rumah la di selangor. Kita duduk sama2.” Masa tu I dah slowly rapat dengan ibu. Clash of thought and cara berbeza tu masih ada cuma I rasa empati dekat dia atas apa yang dia lalui dengan ayah.
Jadi I ajak dia duduk sama sama, ajak adik duduk sama sekali dan kerja di selangor. Berhijrah la kami sekeluarga. Ayah? Masa kami pindah bawak keluar barang2, terpaksa keluar rumah, ayah tak ada pun. Semua buat sendiri.
I teruskan hidup macam biasa, hubungan dengan ayah makin renggang sebab jarang berjumpa.
Finally I told my mom, “ibu, cerailah dengan ayah. Its about time“ sebab masa tu hubungan diaorang macam gantung tak bertali. Dia di negeri lain, I, my mum and my sibling di selangor. Then the divorce was finalised.
Tak lama lepas tu. I bawak my boyfriend (now my husband) jumpa ayah sebab we were planning on getting serious. My husband lagi banyak cakap dari I masa tu sampai la I bagitahu the whole thing yang I dah tak rapat dengan ayah. Jumpa pun jarang and dah awkward.
Tak lama after that I heard ayah dengan 2nd wife ada issue and dalam process bercerai. Dia pun nak pindah selangor sebab most of adik beradik dia pun dekat sini. Time tu dia dah retired. Bukan kerja kerajaan so no pencen cuma ada KWSP saja. Duit tu pun habis tak sampai 1 tahun.
Then me and my sibling masa tu every month bagi duit untuk dia survive. Dalam 2 minggu sekali, kami akan datang jumpa ayah bawak makan sama2 ke mana2 kedai just untuk bertanya kabar.
Adik2 lelaki masih boleh macam biasa dengan ayah but not me. Lepas apa yang dah jadi, dia hilang lama dari hidup i, untuk harapkan balik hubungan dia with me kembali rapat macam mana dulu2, that, that will never happen.
I berjumpa dengan dia together with my brothers and husband and my son but I tak bercakap dengan dia sangat. Dia just main dengan cucu dia and sometimes bila dia cuba nak berborak, sangat hambar response i.
Dia tanya dah makan ke, I cakap “dah” . Dia tanya sekarang busy ke kerja , I jawab “boleh la”. The relationship we had before ayah, it severe, broken and can never be mended. That’s the price of your choice.
My husband pun sometimes cakap “why tak cakap banyak dengan ayah. Ayah nampak nak borak banyak dengan you”. I just diam.
A year after that I gave birth to my daughter in my husband hometown. Jauh jugak la. Even I awkward bercakap depan2 dengan ayah but I do text him time to time, tanya kabar, remind dah makan and so on. Ayah jenis reply pendek2 as like most orang tua does.
So on the day I deliver, I inform dia I dah beranak and probably balik selangor lagi berapa hari and maybe next week I akan lawat dia bawak jumpa cucu number 2.
I still remember vividly the message was quite long. Dia cakap dia tak sabar nak jumpa cucu nombor 2, dia kata dia sayangkan i, doakan baik2 untuk I dan keluarga . I start rasa pelik macam “oh panjang message dia kali ni. Unlike usual yang ok along “
Hari sabtu next week tu I plan nak lawat dia, but hari jumaat tu dapat call from my aunty inform ayah pengsan. Both of my brothers rush to see him and tak lama lepas tu, they called me inform ayah dah meninggal.
I was stunned, dah la tengah berpantang, tak tau nak react apa. Around half an hour , baru all emotion kick in and I nangis non stop.
I menangis sebab I love him so much BEFORE. Yes before. I still love him till these days but the deep, unconditional love tu dah broken, dah bukan macam dulu.
After all that happen, hati I kosong. I sayang dia tapi hanya sebab dia adalah ayah i. I sometimes mad at my own self, “tak boleh lupa ke apa dia buat? Tak boleh ke just pura2 and pretend je yang kau ok and boleh borak and rapat macam dulu”
I dissapointed at my own self tapi tak kira berapa banyak kali I cuba untuk lupakan, I akan teringat yang dia tinggalkan i, the only daughter, tinggalkan family dia and I just tak boleh.
Yang tambahkan sedih, tak lama lepas dia meninggal, we check his phone and he keep an album about my photo, my brothers photo and I didn’t apa dia save nama I, but that day I found out he save my name as “my baby girl” his love for me didn’t change but my love for him does.
The kekecewaan tak dapat nak berbaik balik macam dulu sampai la ke akhir hayat dia, just heartbreaking. I tak boleh nak relate dengan that girl dalam video tiktok yang bercerita tentang kehidupan dia dekat kubur ayah dia. I could do the same if ayah tak betray keluarga dia.
I told my husband these thing, “ islam tak larang poligami, I pun tak tentang poligami, tapi kalaulah ditakdirkan 1 hari nanti takdir I berpoligami, buat la dengan cara yang betul, and even before nak berpoligami, think thoroughly as the one yang akan mostly impacted is your daughter.
In the event kita divorce, I might find a new husband, a new life but dalam hidup anak perempuan kita, you are her first love. Her only father. Tak ada pengganti. You saw what happen between me and ayah. I try my best to sayang him like before but I couldnt. So pikir betul2 before you buat apa2”
I just harap suami, ayah dekat luar sana faham the long term implication on your choice. In broken family, anak2 perempuan liar, problematic because they’re missing their father presence in their life.
Don’t break your little princess heart. Sebab you tak tahu sampai bila dia akan memendam rasa..
I think tu je lah yang I nak cakap. Assalamualaikum.
– Puan S (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit