Ayah Ke?

Broken family, perit kan? Jadi anak dari ayah dan ibu yang bercerai disebabkan orang ketiga.

Semuanya bermula pada aku masuk SMK ibu dan ayah ambil keputusan untuk duduk berjauhan dipisahkan antara lautan,

Pada mulanya semua baik baik sahaja tapi setelah masuk tahun ke-2 ada perkara yang tak sedap didengar dan Yes ayah curang.

Okay skip.. bukan masalah perceraian yang aku nak bahas tapi masalah seorang bapa yang tak tahu tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada anak anak dia.

Lepas bercerai ayah tak pernah pun tanya tentang nafkah untuk anak anak dia even nafkah edah pun tak diberi kepada ibu aku..

Lebih 10 tahun ibu bersusah payah besar kan anak anak sampai semua dah habis SPM tapi ibu pernah buat tuntutan nafkah untuk adik2 yang masih belajar,

Adalah 4 5 bulan dibayar lepas tu senyap tak ada berita langsung tak beri nafkah.

Sekarang ni ibu ayah dah tua.. Hubungan ayah dengan anak2 pun dah okay.. Tapi okay lepas anak anak dah kerja ye lah tak perlu beri nafkah dah kan..

Seronok kan jadi lelaki, buat anak ramai ramai lepastu curang lepas tangan biar bekas bini tanggung anak anak, bila anak dah besar datang balik tuai hasil..

Aku sampai sekarang pelik macam mana seorang manusia yang bergelar ayah yang reti mengaji, belajar tinggi tapi bab nafkah tolak tepi. Pergi kursus kahwin tak dengar ke atau tidur?

Untuk ayah, ni anak ayah yang tengok derita ibu membesarkan anak anak dia, yang melihat tangisan, luka yang ibu alami..

Cukup cukup seksa ibu, bayar lah tuntutan yang ibu buat tu tak perlu pun sampai nak fight pasal tuntutan yang dibuat..

Even ayah nak benci aku pun benci lah sebab aku dah lama benci ayah.

Cukup cerita buruk yang direka reka, kalau ayah rasa disini terlepas mungkin tidak disana, ibu tak mintak nafkah untuk aku, tapi aku kira itu hutang di akhirat nanti..

Jika sekarang ayah boleh bersenang senang dengan perempuan tu tapi tidak disana.

Aku hanya seorang anak yang dah lama menyimpan benci dipendam tak mampu diluah tak terucap.

– Peony (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Jalani hidup spt biasa, mmg sukar tp insha Allah kmu akn diberkati.. mngenai ayah yg x betanggungjwb itu, jgn risau.. klau dia tidak bertaubat dan memohon maaf dari ibumu & ank2nya, Allah telah sediakn ‘kafarah’ baginya di dunia & siksaan di alam Akhirat, termasuklah di slm barzakh di dlm kuburnya nt.. ingat nk lps mcm tu je ke..? Dan mungkin dia nmpak ‘tenang’ & senang dgn hidupnya skrg, siapa tahu di dlm hatinya penuh dgn kegelisahan, keresahan & rasa berdosa yg tiada bertepi.., itu pon dah jd sbg ‘kifarah’ baginya, apatah lgi yg mnunggunya d Sana.. Tuhan shj yg maha mengetahui segala2nya..

  2. bahagiakan ibu.. ibu ibu ibu.. ayah tu buat biasa je.. jgn kurang ajar, just buat dono je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *