Nama aku jane dan aku bakal melanjutkan pelajaran . Itupun kalau diizinkan .
Terima kasihlah kalau confession aku ni disiarkan . Aku bukanlah nak buka pekung di dada cuma nak pandangan dan pendapat dari senior yang lain .
Ayah aku ni suka melabur untuk dapatkan wang lebih dan cepat kaya . Hidup kami ni tak sesusah mana pun dan tak sekaya mana pun . Masih dapat makan apa yang kami nak dan ada tempat tinggal yang selesa .
Sikap ayah aku ni agak membebankan satu keluarga kami . Dia tak pernah belajar dari kesilapan .
Sebelum ni , ayah aku pernah melabur dekat satu syarikat ni . Tanpa tahu kesahihannya , ayah aku ditipu . Lebih teruk , mak aku dan nama aku pun terlibat . Habis duit simpanan aku dalam TH yang dari 2k jadi 500 lebih .
Aku kecewa gila sebab dorang keluarkan duit tu tanpa beritahu aku .
Dan sebagai remaja yang nak membesar , duit tu lah aku keluarkan sikit untuk beli telefon pertama aku .
Kemudian , aku dapat tahu yang mata aku ni makin rabun . Aku ada beritahu mak pasal nak beli spek mata tapi mak tak bagi sokongan apapun . Dia cuma cakap ” mana ada duit ”
Aku terpaksalah hadap masalah ni . Minat aku untuk belajar pun berkurangan . Dari budak cemerlang dah merudum jadi galus . Maka , result pt3 aku hancus !
Tapi masih layak untuk ke aliran sains tulen . Dan masalah yang sama berlaku , tak nampak apa yang cikgu tulis dekat whiteboard . Minat aku tak berkembang . Kadang² aku salah tulis .
Faham saja lah bila dah masuk kelas sains ni nak kena fokus lebih melainkan kau genius . Bila dah sampai setengah tahun , baru aku tekad nak beli spek mata dan masih menggunakan duit aku sendiri .
Ayah aku marah jugalah sebab aku asyik keluarkan duit simpanan aku . Aku diamkan je sebab kalau nak diikutkan , dah lama aku kata ” ni semua salah ayah ” .
Result peperiksaan akhir tahun aku tak memuaskan. Guru kelas aku cadangkan untuk tukar aliran . Ada jugalah beberapa kawan aku kena masa tu . Tapi aku taknak tukar. Aku sahut cabaran cikgu tu . Ada seorang kawan aku yang tukar kelas . Tapi dah itu yang terbaik untuk dia .
Sepanjang aku bergelar pelajar , aku jadi budak paling corot dalam kelas semasa di sekolah rendah . Naik f1 , jadi budak cemerlang sebab selalu dapat nombor satu dalam kelas .
Then , merosot balik . Aku sahut cabaran cikgu aku untuk belajar dan berjaya dalam result aku nanti .aku faham dia prihatin . Mak ayah aku buat tak tahu je pasal result aku ni .
Pernah ayah aku kata , ” kau ni nanti kerja kilang je lah . ”
Dan cuba teka , lepas aku berjaya dalam cabaran cikgu aku tu , ayah aku mengharap untuk aku kerja sebagai jururawat tapi bagi dia , kalau boleh nak terus ke fast track . Biar senang cepat kerja , cepat dapat duit ,cepat beli kereta .
Duit , duit , duit , itulah kerja dia !!
Sekarang ni pun dia melabur lagi . Walaupun syarikat tu semakin dikenali , tapi nama syarikat tu adalah yang pertama diblacklist dalam list yang aku tak ingat apantah , yang pasti ada kaitan dengan MLM .
Aku pernah datang sekali dengar masa perjumpaan ahli tu , ya mereka mengaku pasal tu dan selambanya dia cakap ” kita bukan MLM , kita ada jual produk ! Jangan percaya tu semua ! ” katanya dengan bangga .
Sekarang ni , untung langsung tak nampak . Duit pula makin hilang . Ayah aku dah nak bersara .
Macam mana aku nak sambung belajar kalau aku takda sokongan ? Walaupun aku cakap aku nak masuk matriks atau f6 , mak asyik cakap takda duit , takda duit .
Mana pergi duit gaji ayah ? Duit pencen ayah ? Aku bukan nak mengharap duit tu untuk aku saja . Tapi mak aku , abang aku , keperluan kami seharian pun terjejas .
Aku benci bila tengok mak aku yang terpaksa belanja anak dia makan sebab laki dia simpan duit untuk melabur .
Aku sayang parents aku . Tapi kalau macam ni gayanya , aku tak tahulah nak kata apa . Mak aku kalau boleh nak suruh aku kahwin awal supaya senang tak perlu tanggung aku lagi dah .
Sebab akak aku dah kahwin dan hanya tinggal abang dan aku ja .
Bantulah aku macam mana nak sedarkan ayah aku ?
– vet to be –
– jane
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit