Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Rambutan. Aku nak cerita pasal ayah aku.
Pada zaman abang dan kakak aku, ayah sangat sibuk dengan kerja dan kawan. Jadi ayah memang tak rapat dengan mereka. Abang dan kakak berdikari naik bas masa sekolah rendah, masuk asrama masa sekolah menengah.
Tapi bila tiba giliran aku, ayah dah agak berumur, ayah dah ada masa nak menjaga anak. Kiranya aku satu-satunya anak yang banyak luangkan masa dengan ayah aku berbanding abang dan kakak.
Ayah aku seorang ayah yang terbaik, orang luar selalu kagum dengan ayah. Tapi orang yang gagah dan hebat itu bukan 24jam hebat. Ada je perangai tak semenggah mereka yang orang lain tak nampak. Sebagai contoh ayah aku, aku ceritakan peristiwa aku dengan perangai tak semenggah ayah.
Peristiwa 1
Darjah satu, pertama kali ayah nak hantar anak ke sekolah. Beliau dengan muka tak mandi dan mengantuk tunggu aku dekat motor.
Mula-mula semuanya normal, sampai dekat traffic light jalan besar, ayah bertegur dengan jiran yang naik motor juga. Kemudian,
“Butan, pegang ayah kuat-kuat.”
Ayah berlumba dengan jiran, segala lopak, semak samun semua ayah langgar, aku dekat belakang peluk ayah aku kuat-kuat, rapat-rapat. Seat belakang aku boleh isi lagi 6 orang.
Awalnya masa dekat rumah, mak dah gosok baju aku nipis-nipis, tajam-tajam macam kertas A4. Sampai sekolah, aku dah seiras sampah sarap. Macam baru lepas kena bencana alam.
Sebulan dua kemudian, mak suruh ayah bawa perlahan sikit sebab aku mengadu. Aku tak tahu la ayah aku sentap ke terasa ke apa. Tapi lepas tu memang perlahan beliau bawa. Bila lalu depan rumah jiran, sempatlah aku tengok jiran sidai kain 7-8 helai.
Peristiwa 2
Masih di sekolah rendah, ayah nak hantar aku ke sekolah macam biasa. Dalam perjalanan, tiba-tiba ayah nampak kawan beliau dekat kedai. Ayah parking sebelah, ayah borak dengan kawan dia. Aku masa kecik pendiam sikit, aku senyap je duduk belakang motor tu.
30 minit lepas tu, ayah pergi round kampung sambil nyanyi lagu Sandarkan pada Kenangan, Jamal Abdillah. Sampai dekat rumah, ayah nak turun motor, kaki beliau sangkut dekat aku,
Ayah: Eh Butan, buat apa ni? Kenapa tak pergi sekolah?!
Butan: Ayah tak hantar Butan pon.
5 minit ayah garu kepala,
Ayah: Ha takpa, kita cakap dekat mak hari ni sekolah tutup.
Peristiwa 3
Cuba tanya ayah pasal anak-anak beliau, ayah memang tak tahu sangat. Pernah aku ikut ayah pergi makan, ada seorang pakcik tanya,
Pakcik: Comel anak kau, apa namanya?
Ayah: Aku panggil Butan je, nama penuh Siti Butan.
Aku: Ayah, nama Butan, Nur Rambutan laa.
Ayah: Ooh ayah lupa. Ni anak aku nombor 4, insya Allah last kot.
Aku: Ayah, Butan anak nombor 5 la.
*ayah kira guna jari.
Ayah: Ha yang kelima.
*pakcik tersebut garu kepala..
Ayah: Tahun ni UPSR la dia.
Aku: Ayah, Butan darjah 3 la..
Sampai sekarang pon, cuba lah tanya ayah aku nama aku. Kadang ayah jawab Siti Nurhaliza la, Awie la apa laa.
Peristiwa 4
Sekolah menengah, aku nakal sikit. Belajar pon tak pandai mana. Aku selalu dapat amaran dari sekolah. Surat amaran tertubi-tubi datang rumah aku.
Bila aku dengar posmen datang, aku cepat-cepat ambil surat lepas tu asingkan aku punya. Aku simpan dekat bilik. Aku taknak mak ayah aku nampak.
Suatu petang, aku balik dari koko. Aku nampak ayah aku dekat bilik aku, tengah belek-belek surat amaran dari sekolah yang aku kumpul.
Ayah: Surat apa ni Butan??
*Ayah pandang tepat ke muka aku, aku dah gelabah,
Aku: Tak ayah, Butan cuma nak kumpul setem dia je.
*Ayah buka semua surat tu, aku dah ketakutan. Sampul surat tu ayah letak tepi, ayah pegang isi surat tu.
Ayah: Surat ni penting ke tak??
*aku senyap je…kriik krikkk krikkk
Ayah: Kalau tak guna, ayah nak buat bakar sampah dekat tepi tu.
*ayah berlalu pergi, kemudian dari jauh,
Ayah: Butan, nak setem tu, rendam dalam air baru dia tercabut.
Aku dah lega, aku yakin ayah tak sempat baca. Aku harap ayah bakar terus surat tu. Aku cuba intai ayah dekat tempat sampah tu dari dalam rumah. Aku nampak ayah dengan pakcik Sudin. Pakcik Sudin tengah belek-belek surat tu.
Sudin: Surat ape ni?
Ayah: Surat Butan, surat amaran dari sekolah. Kau tahu la anak aku tu, ikut perangai mak dia.
–
Sebelum tu mak aku ada jugak nampak surat amaran aku, mak aku cakap aku ikut perangai ayah.
Peristiwa 5
Masa sekolah menengah, aku ambil lesen kereta. Gagal test JPJ tu merupakan kenangan pahit dalam hidup aku. Waktu aku gagal tu, kecewa ya amat. Orang yang pernah gagal je faham perasaan tu. Balik tu, ayah ambil aku. Dalam kereta ayah tanya lulus ke tak, aku tak jawab, aku terus menangis. Kemudian ayah,
‘Takpa Butan, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, ayah akan tolong sampai Butan lulus”, ayah tersenyum.
Masa tu aku rasa tenang sangat, sedih aku hilang serta-merta. Dalam perjalanan balik, ayah masuk lorong rumah pakcik Sudin, berhenti depan rumah pakcik Sudin, ayah bukak tingkap kereta,
Ayah: Sudin oooo Sudin.!!
Sudin: Ha macam mana?!!
*boleh bayangkan tak situasi dua orang pakcik, sorang dekat halaman rumah, sorang dalam kereta. Sembang jerit-jerit sampai kampung jiran boleh dengar.
Ayah: Gagal Sudin oiii kahkahkah!!
Sudin: Gagal kat mana?!!!
*ayah pandang aku
Ayah: Gagal apa Butan?
Aku: Bukit.
Ayah: Bukittt!!!! Gagal bukit!!!
Sudin: Apa Butan oii, pakcik dulu dorang tak bagi bukit, dorang bagi gunung!!! Pakcik lulus dapat dekan lagi!!
Lepas tu ayah aku singgah 5 buah rumah lagi, buat perkara yang sama. Aku sebelah tu duduk berzikir dan berdoa agar diberi ketabahan.
Peristiwa 6
Suatu hari, aku masak tengah hari dekat rumah. Ayah pon makan, ayah panggil aku,
Ayah: Butan, Butan. Kenapa kau masak tak sedap??
*ayah berkata sambil tambah lauk.
Ayah: Tadi ayah beli daging lembu, kenapa kau masak jadi rasa zirafah ni.
*sambil tambah lauk
Ayah: Masin la Butan, kau nak kawin ke?
*sambil kaut nasik tambah
Ayah: Kau ke buat sirap selasih ni Butan?
Aku: Ye ayah.
Ayah: Ayah tak suka la, nampak macam telur katak.
*sambil tuang air dalam cawan dan minum
Ayah: Kau kena belajar masak ni Butan.
*sambil cedok lauk
Ayah: Bila masak, kita kena ikhlas Butan baru terjadi kesedapan dekat masakan tu.
*sambil kaut nasik tambah, sambung makan, sendawa.
Ayah: Hmm Butan, Butan. Kenapa la masak tak sedap.
Peristiwa 7
Aku merupakan pengguna Milo yang setia, walaupon Milo dihina dan dikecam, aku tetap setia, susah sangat nak tinggalkan. Bila sejuk dia sedap, bila panas dia sedap.
Suatu hari bekalan Milo habis dekat rumah, aku nampak ayah nak keluar, aku pon pesan kat ayah aku suruh belikan.
“Butan, Milo tu tak elok. Kandungan gula tinggi. Butan nak ke nanti kaki kena potong? Jantung tersumbat nak? Minum air masak je Butan, ayah bukan kedekut cuma ayah nak yang terbaik untuk kau.” Kata ayah sambil tepuk-tepuk bahu aku dan berlalu pergi.
“Hmm baik ayah,” aku duduk dekat kerusi, termenung.
“MINTAK MAAF AYAH, BUTAN TAK MAMPU”, aku cakap dalam hati.
Aku ambil duit, ambil kunci motor. Aku pergi warung, aku ingat nak beli milo ais ikat tepi je.
Sampai warung, dari jauh aku nampak ayah dengan pakcik Sudin tengah makan ais kepal Milo.
Elok aku sampai dekat meja ayah, ais kepal ayah dah takda. Dekat pakcik Sudin ada 2 ais kepal. Pakcik Sudin,
“Pakcik suka ais kepal ni Butan, tu pakcik beli sampai dua.”
Peristiwa 8
Hari tu aku nak tengok Hantu Kak Limah, aku nak ajak ayah,
Aku: Ayahhh, jom tengok Hantu Kak Limah.
Ayah: Tak payah la, ayah dah hari-hari tengok.
Aku: Bila ayah tengok? Kenapa tak ajak Butan?
Ayah: Ayah tengok kau je, cuba Butan tengok cermin, apa beza Butan dengan hantu Kak Limah?
Aku: Ayah..! Sampai hati ayah cakap macam tu, ayah tu warga emas kan, Butan gadai ayahh nanti tengok laa….
Aku merajuk masuk bilik, duduk termenung. Kemudian aku toleh tepi aku, aku ternampak hantu!! Aku terkejut sangat. Bila aku tengok betul-betul, tu cermin rupanya. Betul la ayah aku cakap aku ada iras hantu Kak Limah.
Aku minta maaf kat ayah sebab cuba nak gadai ayah. Malam tu aku dengan mak ayah pergi keluar tengok wayang.
–
Selagi ada nyawa, hargai yang sentiasa bersama..
–
Kepada kakak-kakak yang add Butan hari tu. Fb fake tu dah tak ada. Minta maaf sgt nanti insya Allah Butan add balik guna fb real. Dekat admin pon sorry jugak hehee. Terima kasih admin, terima kasih yang dah baca cerita pasal mak Butan. Terima kasih jugak yang dah baca confession yang ke 11 ni.
– Rambutan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit