Ayah Saya Seorang Lelaki Yang Ego & Baran

Saya Rin (bukan nama sebenar) merupakan seorang anak sulung diantara 3 beradik.. Saya mempunyai adik adik lelaki yang berjarak umur 6 dan 9 tahun dari saya..

Saya merupakan pelajar top 30 di sekolah semasa trial spm yang mempunyai 200 orang calon.

Ayah saya merupakan seorang lelaki yang penuh dengan ego dan baran.. Seseorang yang hanya menggunakan pukulan untuk selesaikan masalah bila ade masalah..

10.01.20xx 1645

Saya baru balik daripada sekolah.. Saya berada disana dari 0645 hingga 1630.. Dalam 1645 saya sampai rumah..

Ayah saya menyuruh saya meletakkan 3 almari kasut dia dalam bilik tidur saya.. Tapi saya tak nak sebab akan mengganggu permandangan..

Lagipun rak/almari kasut bukan sepatutnya diletakkan didalam bilik tidur, rumah saya ada sebuah stor yang meletakkan 4 rak kasut besar.. Kenapa tak letak disitu..

Saya kata, “Cuba ayah letak rak kasut dalam bilik tidur ayah”..

Tangan ayah saya menyambar rambut saya sehingga putus beberapa helai sambil kata “Ni rumah aku, sukahati aku la”..

Saya hanya berdiam sebab terkejut.. Mak saya berada di tengah antara kami berdua.. Ayah marah mak sambil lempang dan kata, “Ape perjanjian kau ngan dia, asal kau backup dia”..

Mak saya hanya kata berkali kali sambil menangis, “Dia anak kita.. Kenapa abang nak pukul pukul”..

Mestilah ayah saya cuba pukul saya sekali tapi sebab mak kat tengah tengah antara kami berdua.. Dia hanya dapat capai tangan saya je.. Yang membuatkan pergelangan tangan kanan saya lebam..

Sebab ayah saya marah sangat dia tendang saya sambil suruh saya angkat almari kasut untuk masukkan dalam bilik saya.. Saya angkat dengan mak saya dan masukkan dalam bilik saya..

Ayah saya masuk bilik saya dah marah marah kerana terdapat timbunan kertas disebelah meja belajar saya.. Semua kertas tu merupakan kertas kerja, kerja sekolah, nota dan lain lain kerana saya sedang menghadapi spm..

Dia tengking, “Bila kau nak kemas semua ni”

Saya cakap, “Lepas habis exam, sebab ade yang kakak nak buang or derma”.. Dia marah marah lagi..

Lepastu dia marah sebab saya banyak sangat novel dan komik dekat almari dah tanya berapa kerap saya baca dan suruh saya buang kerana saya dah besar..

Saya hanya berdiam.. Saya pelik.. Kenapa nak buang.. Buku buku tu semua tersusun rapi.. Adakah saya tak boleh mempunyai koleksi sedangkan dia mempunyai koleksi kasut?..

Saya tak tahu bagaimana cara pandangan saya tetapi ayah saya sangat marah dan kata, “Kau jangan pandang aku macam tu” sambil lempang saya, tolak tolak saya ke dinding..

Sekali lagi mak saya berada di tengah tengah antara saya dan dia.. Ayah saya tanya saya sambil menengking, “Aku ni siapa”

Saya hanya jawab, “Ayah”..

Lepas tu saya tak ingat dia kata apa sebab masa tu saya sangat pening kepala sebab dah la baru balik sekolah lepastu bende ni jadi..

Dia tanya dengan nada menengking “Faham tak?”

Saya jawab macam biasa “Faham”.. Tapi dia ulang ulang ulang dan ulang pertanyaan yang sama..

Saya kalah dengan sakit kepala dah tinggikan suara “Faham”.. Tamparan sampai ke pipi.. Mak saya tolak ayah saya ke katil dan cuba tenangkan ayah daripada naik tangan lagi..

Berapa lama kemudian.. Ayah saya keluar dari bilik saya tapi sebelum keluar dia tendang saya dulu..

Lepas dia keluar.. Mak saya merayu sambil menangis pada saya supaya jangan buat ayah marah lagi.. Saya tak pernah nak jadi anak yang derhaka..

Sampai harini.. Ayah saya hanya jeling dan langsung tidak bercakap dengan saya.. Adakah itu salah saya.. Atau itu adalah saya ego ayah saya..

Saya ingat lagi tahun lepas.. Saya bergurau dengan ayah saya sambil dia melihat video tiktok.. Saya ditengking..

Adakah saya tak boleh bergurau dengan dia sebagai seorang anak.. Sejak tu saya tak pernah bergurau dengan dia lagi..

Bila saya dapat no 1 dalam kelas.. Tiada satu pun pujian yang diberikan, sejujurnya ni buatkan saya hilang rasa nak belajar..

– Rin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tentu masa kecik2 ayah kamu pernah didera dari segi mental dan fizikal oleh mak bapa dia juga.Bila dah ada luka batin zmn kecik..akan dibawa ke alam dewasa.Dan skrg kamulah mangsa luka batinnya.

    Org ego panas baran ni kdg tak perlu isu besar pun utk marah.Benda tak munasabah pun dia dah angin 1 badan.

    Entah2 mak kamu kerap dipukul dimaki hamun juga kan?

    Igt la lepas hbis spm..cari tmpt study yg jauh dari keluarga.Jgn duduk dah rumah tu.Jaga kesihatan emosi mental kamu.

    Mak kamu org yg paling merana selagi bergelar isteri kpd bapa kamu.Kamu dah besar esok..ada kerjaya..bawa la ma keluar dari rumah.Biarkan ayah kamu sendirian.

  2. Dik Rin, belajar sungguh-sungguh untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara! Belajar supaya boleh jadi bebas berdikari dan manusia yang bijaksana, ada keprihatinan dan perasaan kasih dan sayang. Dengan cara belajar, adik akan dapat keluar lihat dunia luar di mana banyak contoh2 kebaikan dari hamba Allah bapa/lelaki yang qawwam dan mithali. Jika adik menggagalkan diri -apa yang dapat?

  3. Sabar je la lagi beberapa tahun. Dapatkan tempat belajar yang jauh dari rumah.
    Sekali sekala balik rumah jenguk mak.
    Kurangkan komunikasi dengan dia.
    Dah keje ada duit sendiri,cepat2 keluar rumah tu.
    Bahagiakan mak.
    Dah kahwin nanti, hormatlah suami, nanti dia akan protect awak.
    Untuk ayah awak, balasan tuhan tu pasti. Awak sebagai anak doa je la yang terbaik.

  4. Rin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan putus doa, semoga Allah beri hidayah pada ayah awak. Dan semoga awak kuat menepuhi segala dugaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *