Aku dah berkahwin selama 12 tahun dan ada seorang anak perempuan berusia 10 tahun. Perkahwinan aku tak pernah ada masalah yang besar.
Alhamdullilah husband aku bertanggungjawab. Aku boleh berhenti kerja selepas 4 tahun kahwin untuk fokus jaga anak, Husband boleh provide semua keperluan kami, siap boleh sediakan aku satu rumah atas nama aku as our weekend home.
Tapi, time raya baru-baru ni, Ayah aku cakap dekat husband aku yang kalau dia tak boleh jaga solat, dia suruh husband ceraikan aku.
Sekadar background, family aku asal dari utara yang boleh dikatakan agak kuat agama. Parents aku pesara kerajaan dan ayah aku memang lepas pencen akan setiap hari pergi ke masjid, tak pernah miss.
Family aku memang jaga semua aspek dari aku kecik, kalau beli ayam mesti dekat orang Islam. Kalau makan luar sekalipun mesti cari kedai orang yang dia kenal.
Berbeza dengan family in law aku, yang asal dari ibukota, menetap di Bangsar, bekas pekerja swasta.
Bagi aku cara hidup dua family ni jauh beza, in law aku sejenis yang modern, in law masih penuh dengan aktiviti macam hiking, cycling, travel, walaupun sudah 60an. Makan pon tak kisah, masih boleh makan di bar, kedai mana mana pun boleh.
Awal awal aku culture shock juga, tapi dah lama aku dah biasa. Family husband aku ni walaupun modern tapi poise, sejenis family yang well mannered, tak huru hara macam dalam drama TV.
Bagi aku, family husband aku ni tak ada la buta agama. Ayah aku pernah tolak husband jadi imam depan saudara mara time kenduri, aku tengok ok je dia baca surah2 dan doa lepas sembahyang. Kalau ada tahlil ke doa selamat ke, lancar je baccan Yasinn dia.
Tapi aku boleh katakan yang dia tak praktikkan benda tu dekat rumah. Selama aku kahwin memang jarang dia sembahyang, dan kalau aku ajak pon dia senyum je. Dia siap hantar anak ke kelas mengaji, bahasa arab semua, tak pernah dictate aku dengan anak pasal tudung dengan solat.
Memang dari awal kahwin ayah aku selalu tegur husband pasal solat. Setiap kali balik kampung ayah aku akan cakap, “tak nampak pon solat”, “tak pergi masjid ke?” dan sebagainya. Tapi husband akan senyum je tak menjawab.
Kadang-kadang Ayah aku akan gunakan cucu dia dengan cakap benda benda macam “nanti kalau daddy tak sembahyang satu family masuk neraka” etc.
Bila anak kami cakap benda tu dekat husband aku, husband akan ada deep conversation dengan dia yang aku rasa aku tak perlu letak dalam ni.
Tapi aku rasa kali ni husband dah sampai limit dia. Sampai saja kami di KL, tiba-tiba husband tanya aku sebelum tidur, “kalau U nak cerai cakap lah, kita boleh pergi pejabat agama nanti. I tau I tak boleh bimbing U macam yang ayah U nak”.
Aku terus rasa dunia aku gelap time tu, sampai hari ni aku masih lagi kusut fikirkan benda ni.
Aku nak salahkan Ayah aku pun dia tak salah, benda yang ditegur dan cakap tu betul. Tapi kalau aku fikir lagi dalam, husband aku ni tak ada masalah lain, cuma satu tu je.
Aku dah cakap dengan husband yang dia boleh baiki sembahyang tu pelan pelan. Tapi macam biasa, setiap kali aku cakap pasal sembahyang dia akan senyum dan berlalu macam tu saja.
Apa aku perlu lakukan…….
– Isteri Serba Salah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Berpeluh juga ni.. Ialah doakan sy juga dipermudahkan semua hal.. Amin. x tahu didpn macam mana. Mcm ni sy rasa cerita dkt dia 1.solat ni nk cerita semua masalah kita pada tuhan2. Solat itu mudah baca yg wajib je Fatihah dn sekali je setiap tasbih. Katake dia 4 minit selesai.
doa dan mohon Allah beri hidayah pada suami awak, jgn la sampai bercerai, sbb masih banyk ruang utk suami awak ni berubah menjadi istiqamah menjaga solat, klu semua sudut dia baik, tapi dr sudut solat dia tk buat, ataupun solat tk penuh, masih ada lagi ruang yg luas utk dia berubah. banykkan berdoa, ayah awak pun, awat sampai suruh bercerai, cerai tu hak suami awak, berdakwah la dgn berhemah dan lembut, ingat, antara ilmu dgn adab, adab perlu dipelajari dahulu, kerana dgn ada ilmu adab, mudah untuk mendapatkan ilmu
Try la ajak husband pegi umrah kot2 terkesan hati dia bila kat tanah suci.
TT dah cakap kat dia boleh baiki pelan2 pun tak jalan.. maknanya dah slow talk dengan dia.. Risau juga ya.. curious juga apa deep conversation dia dengan anak tu..
Risau juga kot dia macam ada segelintir orang yang ada pemikiran solat ni tak wajib dengan perbuatan, cukup dengan niat.. Atau ada orang pikir selagi tak khusyuk solat, tak perlu solat.. Ermm kita nak berdebat pun cam susah sebab orang camni ada pemikiran macam tu.. Tapi tulah.. kita ni kalau boleh nak lah pasangan dan anak2 kita jaga yang wajib2 ni walaupun amal ibadah pun taklah banyak sangat.. Solat ni buat yang rukun pun jadilah kalau dah malas sgt pun, asal jangan tinggal..
TT banyakkan doa kat Allah semoga diberi petunjuk. Cuba ajak suami gi umrah tengok camne..
Solat tu antara dia dgn allah. Selagi dia berbuat baik kepada isteri tak perlu mintak cerai. Dosa suami, suami yg tanggung. Kalau dah tegur elok2 and dia tak nak dengar, tak boleh paksa. Banyakkan doa untuk dia. Fokus untuk bimbing anak supaya terbiasa dengan solat.
Salah tu bang. Firaun yang tak nak sembah Allah ja kena hina sebelum meninggal. Kita ni beruntung jadi umat Nabi Muhammad. Diberi peluang bertaubat tpi janganlah ambil mudah. Solat tu bukan satu jam. 4 minit paling lama. Jangan kedekut masa dgn Allah yg berikan nafas pada kita. Dari sekolah rendah kita belajar rukun islam, rukun iman semua tu. tak boleh buat semua, slow² buat sikit² sampai penuh dan konsisten.
Betul apa tindakan ayah awak tu tp Hal rumhtgga ank jgnlh masuk cmpur,xkesian ke klau anak jadi janda? xslh tegur,Cuba masuk je waktu Azan ayah awak trus ajak pergi masjid..
Tt dah tulis. ayah dia ajak solat, laki dia senyum sampai ke sudah. Orang tua dah tegur dari cara lembut hingga kasar tpi tak jalan. Kena pikiaq, awat hati suami tu bleh sekeras batu. Sebab life style terlebih liberal. makann kat bar pun bleh telan.
Apapun, tt sebagai isteri bnyk² berdoa kat Allah supaya hati suami dilembutkan oleh Allah. anggap ni ujian tapi tt janganlah leka sama. Duk havoq sekali. Bimbing suami tapi tt jangan hanyut ikut life style suami.
Nak habaq mai. Ada ja, yg solat biarpun dia x hingin lama² jadi terbiasa dan jadi tak tenang bila tinggai solat. Pokoknya, kena cuba biarpun payah.
tak paham satu hal. Suami tt ckp kalau nak cerai nanti bagtau lah. dia tak boleh jadi pemimpin yg macam pak mertua dia nak. See… dia lebih rela tinggalkn u yg dah jadi bini dia bertahun² daripada dirikan solat subuh 2 minit, zohor 4 minit, Asar 4 minit, Magrib 3 minit dan Isyak 4 minit. Sehari bape puluh minit je kaklong. Ni tak, laki awak dah gelabah pilih nak cerai ikut bisikan syaitan. Doa banyak² kaklong untuk suami awak. Awak cakap dia baik kan, doakn dia juga baik di mata Allah sbg seorang hamba yang sujud pada Tuhannya.
Solat ni soal hidayah belum jentik hati dia.. mungkin jika terjadi satu peristiwa yang boleh merubah hati dia ingat Allah maka dia akan berubah.
Jgn lah sampai bercerai sebab dia jalankan tanggungjawab dgn baik.. berdoa bersungguh-sungguh bangun munajat tgh malam mohon Allah perkenankan..baca juga doa dan zikir PD makanan suami mudah mudahan lembut hatinya untuk jalankan perintah solat.
Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
Dakwah suami cara berhemah..kata..kita nak masuk syurga sama sama kan abg..jom la kita jaga solat agar Allah syg kita.jgn dakwah cara kasar nanti lagi jauh hati suami.