Ayah Tak Guna

Aku Sarah, umur 27 tahun, still single. Tujuan aku tulis confession bukanlah nak promot pasal aku yang single lagi tapi nak minta pendapat korang mengenai ayah aku.

Ayah aku tahun ni umur 65 sudah 5 tahun pencen. Dari dulu dia ada masalah panas baran, apa yang keluar dari mulut dia tak pernah benda baik babi bodoh pukimak memang antara ayat feveret dia mangsa utamanya semestinya mak aku.

Menginjak umur aku 22 tahun aku mula melawan yelah dulu aku kecik lagi kalau melawan mesti aku pula yang kena maki dan kaki sekarang tidak lagi aku tak bertukar kepada gadis ayu yang tegas gitewwww.

So tanpa buang masa lagi meh lah mula story tentang perangai ayah aku yang buatkan gadis ayu seperti aku pun boleh hilang sabar. Perangai ayah aku ni kalau dekat rumah dia nak orang layan dia macam raja makan berhidang tangan nak dibasuhkan aku rasa kalau boleh makan pun nak bersuap kalau dah makan mana reti pinggan dekat sinki letak je atas meja terus basuh tangan guna air basuh tangan yang mak aku bawa dekat dia.

Ehh gila pemalas rumah bukan besar sangat yang kalau nak kena pergi dapur kena naik lif baru sampai dapur nampak tak level pemalas dia level bukan beshe beshe. Lepas tu komplen no 1 kalau mak aku masak ada je tak kena tak sedaplah rasa masin lah kurang kicaplah ehh ehh orang dah masak cukup bagus banyak bunyikk pula dia.

Kalau mak aku melawan, ‘abang nak makan makan, kalau taknak takyah makan’ dia boleh mengamuk weh… dia kata isteri tak guna bodoh melawan cakap suamu itu dah tanggungjawab kau tak masuk syurga lah kau melawan suami.

Ehh ehh ehh habis perangai macam tu menghambakan anak bini boleh masuk syurga? bolayannn pandai nak judge orang je orang semua salah dia je betul ehh ehh ehh geram pula kita. So macam mana mukadimah cerita ni ada rasa bengang tak? ada kan mesti ada sure punya so korang boleh bayangkan macam mana kitaorang satu keluarga tahan dengan perangai dia?

Perangai kedua ayah aku ni memang suka memalukan kitaorang satu keluarga, kau bayangkan adik aku yang ketiga tu dia badan sedap sikit adik aku tu perempuan umur 21 tahun ni bila balik kampung jumpe saudara mara adalah yang cakap ehh besarnya anak kau yang no 3 tu korang tahu apa reply dia?

Dia kata ahah memang gemok macam anak gajah menyusahkan orang je duit habis nak kena bagi dia makan ehh kepala hotak dialah masa tu ramai gila saudara mara masa raya pula tu adik aku tu terus menangis tahu tak malu tak habis ayah sendiri cakap macam tu ehh tak guna betullah.

Aku pun pernah kena dah kejadian ni aku tak pernah lupe sikit pun masih kuat melekat didalam otak aku, kejadian ni berlaku masa aku spm aku ada last paper masa tu entah macam mana ic aku tertinggal aku pun call mak aku suruh hantarkan. Aku masa exam memang jenis datang awal so sempatlah nak tunggu hantar ic sebelum masuk dewan so dalam setengah jam ayah aku sampai.

Aku memang tunggu dekat dengan guard house korang tahu sampai je dia depan tu dia terus tekan hon kuat-kuat tak berhenti padahal dia dah nampak aku ada kat tepi tunggulah sekejap aku bukan the flash yang jalan 1 saat dah sampai depan dia, dia tak puas hati lagi tu dia menjerit-jerit pula tu woii anak tak guna cepatlah sikit menyusahkan orang je nak kena hantar kau punya ic tak guna ni

Wehhh aku masa tu terkejut gila ramai gila kot student dia memekak-mekak macam tu aku macam jadi kejung dekat situ sebab terkejut dia jadi lagi benganglah hon hon lagi masa aku baru nak tersedar dari terkejut dia mcam dah hilang sabar dia baling je ic aku wehh dia baling weh.

Perasaan aku masa tu? Sedih wehh menangis aku pergi kutip ic aku jalan pelan-pelan pergi dekat kawan aku meleleh-leheh air mata aku sedih weh masa tu aku siap buat drama dalam kepala otak mesti aku ni anak pungut tu yang dia layan aku macam tu.

Aku jawab exam masa tu macam dalam keadaan mamai aku pun taktahu apa yang aku goreng alhamdulilah nasib baik keputusan spm aku agak memberansangkan. Kejadian memalukan ni banyak sangat berlaku sampai aku dah lupa-lupa 2 kejadian ni antara kejadian yang paling aku ingat sampai sekarang.

Okay mari kita masuk ke part seterusnya iaitu ayah aku ni tak reti hormat orang yes include orang luar, Contohnya dengan nenek aku a.k.a mak mentua dia mana nak borak ke apa kalau nenek aku datang rumah dia salam terus masuk bilik, mana nak makan sama-sama aku rasa mesti dia takut orang tahu perangai tak guna dia tu.

Lepas tu mulut macam makcik bawang dia kata keluarga mak aku ni menyusahkanlah buat anak banyak2 nak masuk sekolah pinjam duit dekat orang kalau dah tahu tak mampu jangan beranak banyak ehh dia tak sedar ke yang anak tu rezeki? sekarang mungkin dorang susah nanti anak-anak tulah yang akan bantu mak bapak dia baiki taraf hidup dorang kearah yang lebih baik tak bergitu teman2?

Tapi dia mana fikir mcam tu, makcik aku tu datang bertanya je, mak aku suri rumah dah surelah mana dia ada duit nak bagi pinjam dekat adik dia tu, yang ayah aku pula dia kategori senanglah kerja bagus duit pencen banyak, apa salah tolong kalau mampu, bukan duit boleh bawa masuk kubur pun haihlah ayah.

Masa makcik aku datang tu dia siap kata macam ni kalau tak mampu kau tak payah hantar anak kau tu belajar suruh dia kerja je jadi kerani cabuk, stupid kan? haih tengok aku pun dah tercarut. Benda-benda macam ni menyebabkan aku makin benci ayah aku seriusly, aku perasan skrg rasa hormat pada dia pun makin kurang dengan perangai dia macam tu.

Ayah aku sekarang ni dah pencen tau jadi duduk rumah 24 jam, dulu mak aku ada me time masa dia pergi kerja sekarang mana ada pukul 6 dah memekak suruh buat air padahal beli nescafe 3 in 1 air coway ada dekat rumah tekan jelah jadi air panas susah ke? Nak kena juga mak aku buat.

Haritu aku marahlah dia ayah ni tak reti nak buat air sendiri ke bukan susah pun dia nak lempang aku wehh dia kata aku anak tak kenang budi kuat melawan sama mak kau ehh aku rasa nak hempuk je dia.

Okay first guys aku tahu buat air tu tak susah pun korang jangan nak judge ehh kenapa kau nak marah mak kau buat air bukan lama pun, masalahnya sekarang dia jenis tak menyempat nak bende tang-tang tu juga mak aku kekadang tengah lipat baju masa tu lah nak minum airnya susah ke untuk dia buat sendiri? mana susah dia je saja malas nak menghambakan orang.

Lepas tu ayah aku ni dah pencen adalah banyak duit kan sume kan, dia jadi kedekut tu kedekut tahi hidung masin dia macam berkira semua benda beli barang makan nak masak kat rumah pun dia berkira kata menghabiskan duit dia padahal beli makan anak bini kan dah jadi tanggungjawab hakiki dia?

Entahlah aku kadang-kadang buat conclusion sendiri dia jadi macam ni sebab hati dia tu dah hitam sembahyang mana jaga, dulu ada mak aku jumpe ustaz minta air lembut hati dia boleh baling air tu dekat muka mak aku sambil kata kau nak mandrem aku lah tu senang ambek duit aku lepas tu kawen dengan jantan lain, bodoh bukan?

Aku selalu kata dengan mak aku buat taktahu je dekat dia takpayah nak tegur-tegur orang macam tu kau cakaplah apa saje dia juga betulnya. Janji kita sebagai ahli keluarga dah tegur dah jalankan tanggungjawab yang mampu kita buat berjaya atau tak berjaya itu belakang kira Allah tahu niat kite.

Sejak akhir-akhir ni mak aku macam dah terlalu penat dia macam dah tak boleh nak bertoleransi dengan ayah aku lagi dia selalu cakap mak ni dah tua sampai bile nak kena maki lagi.

Aku sebenarnya dah beli rumah, aku ingat at the worst part aku nak bawa mak aku dan adik-adik aku duduk rumah aku sebab ayah aku memang dah pernah mengungkit nak halau mak aku sebab dia kata kitaorang ni tak sedar diri menumpang dekat rumah dia. Korang rasa apa yang patut aku buat?

– ANAK DERHAKA KE AKU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *