Hi, salam perkenalan semua. Aku N berasal dari selangor dan masih belajar insyaallah akan grad tahun 2026.
Tu je la kot serba sedikit pengenalan tentang diri aku since aku pun introvert orangnya, hehehe.
Actually aku dah baca confession ni lama dah cuma masa tu takde keinginan lagi untuk menulis tapi tetiba je rasa nak menulis since aku pun takde tempat nak meluah keluh kesah yang terbuku di hati selama bertahun lamanya, cewahhhh.
Hopefully admin siarkan la ek citer aku ni kot la orang yang bersangkutan baca so at least boleh la release apa yang aku rasa selama ni.
Ibu dengan ayah aku ni bercerai dah lama since aku tadika lagi dan diorang tiada komunikasi yang baik.
Semua keperluan aku ibu dan abah (ayah tiri) tanggung senang citer ayah aku ni memang culas pasal tanggungjawab dia kepada aku dan adik aku.
Lepas bercerai tu ada la beberapa kali dia bagi nafkah tu pun tak sama dengan amaun yang dipersetujui di mahkamah.
Sepanjang aku hidup hampir bertahun-tahun ni tak pernah langsung dia nak tanya khabar aku padahal kalau dia takde no telefon aku pun boleh je mintak dengan makcik aku (adik dia).
Aku sangat amat musykil dia takde ke perasaan rindu ke dekat anak kandung dia sendiri? Haha.
So, baru-baru ni aku ada la mesej ayah aku untuk inform yang aku dapat masuk ipta lepas tu aku cakap la “kalau ayah ada masa datang la melawat”.
Nak tau tak dia reply apa?? Insyaallah je tanpa tanya ambil course apa, semua dah settle ke belum, duit belanja cukup tak.
Sejak dari tu, aku kecewa dan sedih sangat-sangat ye sambil cakap dalam hati sampai bila-bila aku takkan mesej dia apa-apa since dia pun memang dah bagi tanda yang dia taknak ambil tahu pasal aku langsung.
Benda ni pun awalnya aku taknak citer dekat sesiapa sebab aku rasa macam memalukan tapi sebab mulut aku ni dah tak tahan sangat terkeluar la jugak dekat ibu aku.
Masa aku citer ni aku dah ade dekat asrama so aku tak tahu muka ibu aku macam mana tapi yang pasti dia sedih dan marah la.
Ye la siapa je tak marah anak sendiri dibuat macam tu oleh bapaknya kan. Cuma ibu aku pesan, takpelah kakak belajar pandai-pandai bagi tahu dia siapa kakak yang sebenarnya.
Actually keadaan ni makin parah selepas atok aku meninggal 2 tahun lepas.
Sebelum ni ade la wakil keluarga ayah aku macam makcik aku atau nenek aku tanya khabar aku ambil berat tentang aku dengan adik aku tapi sekarang semua tu tinggal kenangan je.
Tipulah kalau aku kata tak sedih dengan keadaan renggang yang macam ni cuma aku rasa mungkin ni lah true colours KELUARGA AYAH aku.
Sebelum ni diorang ambil berat sebab atok aku yang suruh atau jugak mungkin dorang rasa aku dah besar kot. Hmm entahla.
Last but not least, kalau boleh aku mohon sangat dekat abang, kakak atau sesiapa yang baca ni doakan AKU & KELUARGA AYAH aku tak renggang macam sekarang,
Dan doakan jugak aku grad dengan pointer 4.00 at least boleh la tahu perasaan dapat selempang tu macam mana hehe.
Sincerely,
Anakmu,
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit