Salam…
Baru je baca confession daripada Kaklong pasal ayah dia. Belek komen yang rata-rata cakap bertuahnya Kaklong punyai ayah sebagus tu. Saya terbaca jugak komen makcik yang berbunyi lebih kurang macam ni, sehebat mana ayah orang, ianya tetap ayah orang, mak bapak kita tetap orang yang paling sayang kita. Terasa pula nak tulis confession pasal ayah saya.
Mungkin kisah ayah saya tak seindah kisah ayah orang lain tapi inilah ayah saya. Kena terima hakikat tu selagi dia masih hidup. Saya lahir dalam keluarga mak dan ayah keduanya kakitangan kerajaan, membesar dalam keluarga yang adik beradik ramai jadi hidup kami setaraf je dengan kawan yang ayahnya seorang pemandu bas. Zaman saya membesar astro, telefon bimbit, komputer dikira luxury walaupun emak bergaji besar tapi anak ramai dan urusan kewangan banyak ditanggung mak sebab ayah pun gaji kecil dan banyak habiskan duit untuk rokok mahal berkotak-kotak sehari.
Tak seperti ayah Kaklong yang kaki surau tu ayah saya pula berlawanan, seorang yang tak solat, suka ilmu mistik dan berguru yang bukan-bukan. Tapi yang peliknya dalam waktu yang sama dia jadi orang yang disegani atas beberapa sebab salah satunya dia jadi tok guru mengaji untuk budak-budak di kawasan perumahan saya. Ayah saya juga ada perangai buruk lain. Dia terlalu garang dengan mak dan anak-anak, kena marah dan maki, tumpahkan makanan sebab marahkan hal remeh dah biasa kami saksikan semasa kecil. Kena hukum ditinggalkan kat tempat terpencil, dibogelkan tengah hujan pun normal masa tu. Dia juga suka pasang girlfriend, paling teruk dia boleh berskandal dengan isteri jiran saya sedangkan mak saya lawa kot, mak macam mixed blood, putih, kurus walaupun sekarang dah 50an berat kekal 45 kg.
Buruk-buruk perangai ayah saya paling buruk yang susah ayah orang lain nak challenge mungkin adalah sikap haruan makan anak dia. Ya, ayah saya adalah seorang pencabul. Adik beradik saya lelaki perempuan semua jadi mangsa nafsu serakah dia tapi mungkin saya yang paling teruk kena sehingga masih terima kesan perbuatan dia sampai ke hari ini. Adik beradik saya macam tak aware dengan perkara ni semasa membesar walaupun kebanyakan kami telah develop strange behavior semasa kecil kerana dicabul. Saya pula memang seorang yang lebih sensitif, saya masih ingat ada perasaan takut, keliru, marah, bernafsu untuk merosakkan diri sendiri walaupun baru berusia 7 tahun. Saya masih simpan memori berkaitan kejadian yang berlaku terhadap saya dan kejadian yang saya saksikan dilakukan oleh ayah sejak usia 5 tahun. Saya tak boleh ingat dengan jelas peristiwa sebelum berusia 5 tahun tapi perangai syaitan ayah mungkin bermula lebih awal sebab saya masih ingat apa yang dia lakukan kepada seorang bayi dalam pantang dan saudara terdekat kami. Mangsanya ramai tak kira pangkat dan usia tapi pelik bila semua kunci mulut.
Mungkin kerana ini perkara taboo dan konsep aib masyarakat melayu islam? I don’t know. Saya sendiri pun hanya terbuka bercerita kepada adik beradik perempuan saya apabila saya berusia 20an dan mempunyai seorang anak tanpa bernikah. Gangguan daripada dia hanya berhenti setelah saya berkahwin. Dia juga telah mula solat dan kelihatan insaf. Tapi saya tahu itu hanya topeng bagi mengaburi semua, dia masih seorang pencabul dan dipercayai telah melakukan perkara sama kepada anak saya. Cuma dia lebih bijak untuk mencabul secara kasual di khalayak ramai tanpa ada yang menyedari perbuatan dia. Saya pula tak ada bukti.
Saya sekarang berusia lewat 20an. Telah berhijrah ke negeri lain dan beberapa bulan lalu telah diputuskan hubungan sehingga akhir hayat oleh dia kerana menegur dan mengugut dia melalui sekeping kertas. Sewaktu itu saya hanya berasa gembira, lega dan selamat tapi hari ini saya kembali bimbang kerana dia mahu berbaik dengan anak perempuan saya semula. Sesuatu yang takkan saya benarkan berlaku.
Walaupun saya tak perincikan dengan jelas, saya harap melalui confession ni mak-mak dan masyarakat ambil tahu kesan gangguan seksual terhadap anak kecil. Adik beradik saya kebanyakannya pelajar cemerlang, dapat tajaan ke luar negara, saya pernah percaya saya boleh jadi apa sahaja saya mahu jadi. Saya cemerlang as a kid, belajar ok, markah seratus, nombor top 3, lompat kelas walaupun buku tulis dan buku latihan kosong dan cikgu komplen tak pernah tengok papan hitam masa dia mengajar sebab asyik termenung je. Tapi kesan daripada zaman kanak-kanak saya, saya terlibat dengan perkara hitam lain yang turut memberi trauma. Pada usia hampir 30 tahun saya baru mula bekerja. Sebelum ini saya terlalu takut untuk meninggalkan anak-anak atas jagaan orang lain. Sekarang pula saya bekerja kerana tuntutan kewangan dan takut anak-anak terkesan dengan kesihatan mental saya. Sehingga hari ini saya tak pernah dapatkan bantuan psikiatri walaupun saya tahu saya memerlukannya.
Maafkan saya kalau confession saya bercelaru. Saya pernah cuba menaip sebelum ini tapi mungkin tak di approve sebab bahasa yang terlalu celaru. Memang susah nak cerita benda ni semua. Pada yang ayahnya baik tu, bersyukurlah. Pada yang tak berayah pun, bersyukurlah daripada ada ayah macam ni. Paling tidak bukan ayah kamu yang merosakkan hidup kamu.
– Ivy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit