Assalamualaikum, saya Aripiprazole pertengahan 30an.. Saya anak sulung perempuan di bawah 3 adik lelaki.. Saya sedar ayah saya tak suka saya anak perempuan sebab bila beli pakaian di mall ayah cakap,
‘Kalau beli kat engkau.. Engkau sorang ja pakai nanti tak muat tak boleh recycle. Kalau beli kat anak laki kalau tak muat nanti boleh pass ke adik2 di bawah’
Maka saya tengok sahaja mereka shopping pakaian.. Skincare masa remaja muka jerawat mintak tak pernah dapat.
Ayah saya seorang cikgu matematik. Masih ingat lagi malam sebelum exam matematik UPSR esok.. Saya tengah study dan tak tahu jawab kiraan saya tanya ayah tapi dia tak endah lalu keluar depan saya untuk aktiviti badminton.
Saya rasa sedih masa itu kerana di sekolah dia membantu mengajar anak orang lain tapi anak sendiri?
Rupanya masa itu ayah sudah hangat bercinta dengan gadis muda lepasan siswazah.. Patutlah dia selalu lepak malam di kedai dan kerap kursus di pulau pangkor.
Ada staf sekolah kesian kepada mak lalu cerita sebenarnya kursus itu tak wujud.. Bila balik kursus jumpa dalam beg transfer duit ribu kat akaun orang lain.. Masa kantoi saya sudah selesai exam UPSR.
Akhirnya ayah bagitau nak kahwin lain. Masa tu adik bongsu pakai pampers lagi maknanya masa mak pregnant anak ke 4 memang mereka dah bercinta.
Taktik diguna ayah adalah bagitau status adalah duda. Lepak kedai bukti tiada komitmen keluarga. Kantoi di pihak perempuan bila ada orang tak dikenali memberitahu awek ayah tentang wujudnya mak. Tapi terpaksa diteruskan kenduri sebab sudah diedar kad.
Tak lama ayah kahwin lain.. Mak terima dan jadual bahagi hari berlaku. Saya nampak ada 1 jadual ditampal di dinding tepi. Dalam bonet kereta ada tengkolok pakaian kahwin.
Saya jumpa plastik KFC dalam kereta ayah. Bila ajak makan dia tak endah saya katanya membazir sebab kepala ramai. Baik belanja bini muda 1 kepala sahaja. Jadi kfc ni ada 1 memori yang trigger saya.
Ada 1 hari telefon ayah berbunyi. Saya yang capai buka dan baca kuat kuat depan mak ayah. “Abang.. Kilat.. Ayang takut.. Abg balik lah. ” terus ayah start kereta keluar rumah..
Hari tersebut giliran ayah di rumah kami tapi ayah dan isteri muda itu tak ikut.. Sendiri buat jadual sendiri tak ikut..
Tak lama mereka poligami. Mak pilih cerai. Mak keluar dari rumah. Ayah tak benar sebab sapa nak jaga anak2. Mak kata takpa kita try dulu kalau tak ok nanti kita rujuk.
Memang itu taktik mak untuk lepaskan diri dari ayah. Memang tak kembali dah. Punca duit nafkah tak bagi. Suri rumah tangga mana ada income. Anak berderet setiap setahun dua.. Saya dengan adik ke2 jarak 7 bulan lekat baby ke2.
Result UPSR masa ini sudah dapat. Mulanya semua anak mak ambil. Lepas tu anak2 laki nak tinggal dengan ayah. Yelah ayah berduit. Mak baru nak menapak cari kerja.
Permulaan kerja mak lepas cerai adalah pembantu tukang masak asrama sekolah menengah. Awal buta mak dah pergi kerja sebab perlu sedia bahan masak untuk tukang masak dan sedia sarapan untuk anak2 asrama. Malam baru balik. Memang jarang jumpa mak.
Saya pilih tinggal dengan mak sebab saya takut mak sedih alami tekanan sebab asal 1 keluarga sempurna tiba tiba hilang semua ahli keluarga. Jadi biar tinggal saya dengan mak. Sebagai wakil anak. Lagipun pernah kami anak-anak dibawa ke rumah ibu tiri sebab mak lari diri masa tu (sebelum cerai).
Ayah dan bini muda kurung diri berdua dalam bilik. Anak-anak dibiar di luar. Adik bongsu saya masa itu masih pakai pampers. Dahla tak bawa pampers. Adik menangis. Saya dapat bayang kalau duduk dengan deorang mesti saya dibuli jaga adik. Sedap jadi bini muda ya. Ayah aku kau nak.
Ayah menjadi idola kawan-kawannya sebab berjaya dapatkan anak dara sebagai bini muda dan idola poligami. Ayah harap je cikgu tapi kedekut duitnya. Itu hasil bekerjanya maka dia control susah mak nk mintak sikit.
Mak terpaksa jadi pengasuh duit pengasuh renovate tambah bilik dia sendiri di tepi dapur. Tapi sekarang rumah itu sudah dijual ayah. Mak mintak bahagian duitnya hasil renovate tapi tak dapat. Rumah loan nama ayah. Renovate tu kehendak mak jadi tak dapat apa.
Ayah pernah bagitau kalau tak dalam dunia hanya ada saya seorang sahaja hidup. Sebab dia bertahan dengan mak maka keluarlah 4 orang. Masa poligami saya tolong mak jual nasi lemak pagi. Tengah hari kelas sekolah form 1 saya di tengah hari kan saya sudah buat pilihan untuk stay dengan mak.
Sepanjang selepas cerai sampailah saya bekerja ayah tak pernah bagi nafkah kat saya. Dia kata kalau nak kena datang jumpa dia baru dapat duit. Saya baru tingkatan 1 manalah saya tahu nak pergi rumah luar negeri ikut negeri bini muda (sekarang ustazah sekolah).
Ayah bagitau makcik saya ayah sedia ja laptop untuk saya tapi saya tak datang. Mak pernah fight isu nafkah di mahkamah untuk saya.
Ayah diwakili peguam lelaki mintak kurangkan kos nafkah saya sebab ayah perlu menyara isteri mudanya yang baru lepas u belum bekerja dan kos pergi kerja.
Ayah hanya bagi 1 kali ja nafkah lepas itu tak bagi dah. Kalau nak kena fight lagi. Mak kata mak tiada duit lagi untuk fight untuk saya. Setakat ini sahaja.
Saya pernah makan belacan dan garam untuk lapik perut saya masa saya sekolah. Mak tiada di rumah bekerja. Ayah kahwin lah sampai 10 sekali pun saya tak kisah, tapi nafkah wajib ya bapak sekalian. Ayah ada duit ada kerja tetap dia buli kami perempuan 2 ini. Catu duit. Power of money.
Dari situ saya niat lepas kerja nanti saya akan kumpul duit sendiri dan aset harta tak harap harta mak ayah dan lelaki. Perempuan kena ada income sendiri baru tak dibuli macam ini.
Adik laki ayah nasihat cari bini kerja. Bila saya dah kerja ayah paksa saya jadi penjamin kereta untuk adik. Nak saya sambung ke?
– Aripiprazole (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit