Ayah Tak Suka Anak Perempuan II

Untuk part I, (https://iiumc. com/ayah-tak-suka-anak-perempuan/).

Saya sambung sebab saya tak jadi penjamin kereta adik. Tapi saya dibuang dari group whatsapp sibling dan dia tag saya di fb ceramah agama bila senang tak membantu adik beradik susah.. Dia kata saya tak boleh dia lebih dari saya.. Tapi saya tahu mastermindnya adalah ayah.

“Boo.. Cikgu S kawin lain.. TT ada mak tiri..” Malunya saya.. Saya balik terus adukan pada ayah saya diejek anak muridnya. Berita poligaminya tersebar luas mak ayah murid pun tau. Ayah kata sabarlah biasa budak2..

Bila parent cerai terlepaslah saya dari ejekan ini. Mak bawa pindah ke bandar, ayah transfer ke negeri bini muda. Mak asalnya seorang cikgu ganti.. Mak ayah kenal di sekolah mereka praktikal..

Permulaan cerai mak ambil lesen kereta dulu. Saving yang ada beli kereta lama Chatered putih. Mak usahakan kantin asrama tahfiz.. agak penat sebab saya pekerja tanpa gaji yang kena basuh segala periuk pinggan. Mak limitkan pekerja.

Saya pergi kerja lepas sekolah habis kerja jam 11 malam sampai rumah kena pijak urut kaki mak smpai mak terlena barulah saya ada masa belek kerja sekolah cikgu bagi kalau tak esok kena rotan..

Saya buat tu sampai 3 pagi.. mata saya jadi dark eyecircle sebab kerap rutin tiap hari tidur lambat.

Habis tender mak buka gerai nasi tomato di medan selera, gerai yang terakhir 3 kerja iaitu gerai minuman medan selera, subuh jadi driver pasar pagi untuk 1 peniaga lauk tengah hari.

Tak tahan kereta busuk mak bertukar jadi driver menghantar student diploma praktikal di hospital ulang subuh dan petang, kerja ke 3 jadi penjaga orang tua ibu kepada tuan rumah kami sewa bila dipanggil. Sayalah pekerja gerai minuman mak.

Saya jarang ke sekolah. Mula ke sekolah masa dekat spm itu pun bila ada kelas fizik kimia matematik ja. Kalau fizik selepas rehat saya pergi kelas lepas rehat.

Pagi di gerai mak. Saya tak ambil upah sebab tak tahu amaunt yang sepatut dapat. Mak cakap ambil je berapa nak. Tak ambil takut mak tak cukup pusing modal.

Adik adik laki bahagia bersama ayah. Dapat bertukar telefon iphone, iPad, moto walaupun tiada lesen.. Saya tiada telefon maka bila balik rumah mak mereka suka tayang aset.

Adik2 tak hormat saya kata mereka, “perempuan dicipta lemah, Lelaki Allah cipta kuat”

Mak tak welcome mereka datang dan kunci pintu rumah sebab mereka seperti spy akan cerita apa berlaku di sini sampaikan ke ayah.

Saya berjaya sambung belajar ke kolej tajaan KKM. Semasa sem akhir adik ke2 saya kemalangan sehingga sebulan koma. Sayalah yang menjaganya semasa minggu study week exam. Kalau gagal kena repeat sem repeatlah.

Mak tak nak jaga sebab tak nak jumpa ayah. Ayah tak jaga sebab jaga exam SPM dan hari itu jugak bini muda beranak.

Sebulan saya berkampung di hospital sampai pitam sebab takde duit nak makan dan tak cukup rehat. Takde teman untuk gilir jaga, kena 24jam jaga sebab paru-paru adik kena tebuk tak boleh bernafas sendiri. Terbuka tebuk itu, jadi sentiasa kena pantau kahaknya dari lompat keluar kena orang.

Kakitangannya diikat. Sentiasa kena sedut kahak kalau tak lemas. Sebulan lepas tu dia sedar tapi katanya ayah yang jaganya. Bila sihat kurang ajarnya dia layan saya. Takpelah selesai tugas sebagai kakak.

Muka saya mirip wajah ayah. Kuku saya seperti kuku ayah, tahi lalat sama tempat dengan ayah, dan cara jalan. Maka saya dibenci mak.

Kata mak saya hodoh takkan ada lelaki yang nakkan saya. Dia tak bercakap dengan saya. Selalu ditinggal sorang di rumah. Tugas saya kalau di rumah kena kemas rumah sahaja. Tak kena di matanya akan dileter dan dijeling. Tak pernah disentuh dibelai..

Kawan2 saya takut untuk datang ke rumah sebab takut dengan mak saya. Awalnya saya dapat uitm banking tapi mak tak bagi pergi sebab tak jamin kerja.

Tawaran belajar kkm ni baru mak terbuka hati nak lepas tapi kena lapor diri seorang diri dengan teksi drive nun dari negeri utara.. Hilanglah pekerja tanpa upah mak..

Saya akan sambung lagi bab raya dan perkahwinan saya paling tragis.

– Aripiprazole (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

3 Comments

  1. awakkk , kuatnya seorang anak perempuan..tak terbayang apa awk rasa dari dulu hidup dgn keluarga takda hati perut..semoga setiap kebaikan awk buat , ganjaran syurga menanti. terima kasih share kisah awk , jadi pengajaran untuk kami yang membaca..semoga awk diberi rezeki melimpah ruah , kasih sayang berpanjangan dari suami dan anak2..

  2. Seksa dunia awak. Ibarat dibuang mak, ayah, adik beradik. Syurga abadi untuk awak insyaAllah. Jangan menangis lagi atas dugaan yang awak dapat ni. Allah dah sediakan jalan untuk awak ke syurga. Yang penting kalau dah kahwin taat suami dan jangan buat anak2 macam mak ayah buat pada awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *