Ayah Yang Baran

Assalamualaikum dan hai pembaca IIUM Confessions. Aku Ina (bukan nama sebenar ya). Aku seorang penjawat awam berumur 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Kisah aku lebih kepada sikap baran ayah aku. Ayah dan ibuku kedua-duanya penjawat awam bezanya ibuku mungkin lebih sibuk dari ayahku. 

Ayah ku akan berpencen awal tahun depan. Tapi sikapnya yang baran dan pentingkan diri sendiri buat aku tertanya-tanya. Mengapa ibuku sanggup bertahan dengan ayahku selama 30 tahun.

Akan ada beberapa peristiwa yang bakal ku coretkan di sini harap pembaca memahami dan beri pendapat ya.

Peristiwa satu

Ini kisah aku dengan ayahku sendiri. Waktu ini aku belum berkahwin. Aku bekerja jauh dari rumah ketika ini. Jadi ada waktu lapang ayah aku akan video call.

Satu harini aku sedang makan dan ayahku video call. Aku sudah selesai makan jadi aku bangun basuh pinggan tak bawalah handphone tu. Suara ku tinggikan sikit sebab sinki dan meja aku letak handphone tu jauh. 

Eh dia marah-marah aku kata aku ni jerit kat dia. Aku minta maaf tapi dia taknak terima. Aku dahlah stress dengan kerja dengan boss. Aku panic attack tak boleh bernyawa rasanya. Aku off telefon.

Ayah aku mesej kata aku ni nak jadi anak derhaka ke letak telefon macam tu. Aku block sampai dekat seminggu baru ayah aku tenang balik. Tapi serius hati aku mudah rapuh selepas kejadian ni. 

Berat aku turun mendadak. Mudah menangis dan kesannya sampai harini akan ada episod emosi aku tak stabil.

Alhamdulillah suami aku penyabar dan sangat baik. Namun, suicidal thoughts tetap ada. Masa aku pantang aku meroyan jugak mungkin kesan daripada apa yang jadi kepada aku.

Peristiwa 2

Ini kisah ayah dengan ibu ku. Ibu kalau ayah naik darah memang dia akan diam selalunya. Sebab kalau dia pertahankan dirinya ayah aku akan marah sangat-sangat dan mula baling-baling barang dalam rumah.

Ada satu harini umur aku dalam darjah 5 macam tu. Aku tak ingat apa puncanya. Ibuku agak sarkastik ketika itu. Mungkin silap ibuku. Dia cuma kata amboi cantiknya perangai. 

Ayahku mungkin terasa. Tapi tindakannya terlalu agresif. Dia baling periuk nasi dengan pinggan atas lantai depan anak-anak ni.

Kami semua kecil-kecil lagi. Aku anak sulung. Adik aku ada yang baru 5 tahun masa tu. Banyak kali dah ayah aku buat macam ni. Tapi yang tu paling aku ingat. 

Ada ketika mak aku tak masak malam sebab letih atau sakit atau memang tak ada lauk untuk dimasak. Dia akan mengamuk macam malam ni remote tv yang dibalingnya. Anak aku yang tertidur terus terjaga. Terkejut mungkin. Dia rasa dia yang terpaling betul dalam semua hal.

Politik ke pendidikan semua dia yang betul kalau ibuku membetulkannya akan dijerkah ibu aku. Padahal kerja ayah aku banyak ibu ku yang buatkan.

Dulu sebelum ada online banking. Kad bank mak aku ayah aku yang pegang. So mak aku punya duit ayah aku control. Sekarang alhamdulillah mak aku celik it dia dah dapat betul-betul rasa guna duit sendiri. 

Tu belum kira hutang yang ayahku senyap-senyap buat tanpa pengetahuan ibu alih-alih dalam slip ada potongan. Nak tanya lebih kena marah pulak.

Ayah aku juga hampir disondol rakan sekerja tapi tak jadi dan pernah ayah aku terpanggil ibuku dengan nama panggilan penyondol tu. Tapi ni kisah lama aku darjah 2 ke 3 masa ni.

Peristiwa 3

Kisah adik-adik aku dengan ayah. Ayah aku kalau marah memang dahsyat tambah masa dia muda dulu. Aku pernah kena kurung dalam jamban kena tinggal tepi jalan. Kena rotan lempang tu biasa lah.

Dah makin tua kurang dah pukul-pukul ni. Tapi emosi adik-adik aku ke laut ya. Aku nampak benda ni tapi aku taktau nak buat apa sebab aku sendiri pun ada trauma yang sukar aku lupakan. 

Setiap kali ayah aku kena hantar adik aku ke tempat mereka belajar (alhamdulillah adik-adik aku semua belajar tempat elok) mesti ada cerita sedih berkait dengan ayah aku. Sikapnya yang kurang sabar banyak kali sudah hampir meragut nyawa kami anak beranak.

Ya dia suka memandu laju. Zaman moden ni kita banyak guna google map /waze. Kadang-kadang kalau bawak laju mesti terlepas simpang kan. 

Ya benda ini pun buat ayah ku mengamuk dan salahkan adik-adik aku belajar jauh ni menyusahkan aku ja.

Ayat ni pedih ya adik-adik aku pernah luah kat aku kalau ibu dan ayah cerai mereka akan setia dengan ibu. Tapi perkataan cerai tidak pernah keluar dari mulut ibu.

Adik bongsu aku pernah kena pukul teruk sampai dia jerit ha pukul lagi aku sampai aku mati. Ibu aku yang halang kalau tak mungkin arwah dah adik aku.

Peristiwa 4

Sikap kurang sabar ayah sangat bahaya. Kampung ayah ku terletak di pantai timur kami tinggal di utara. Hari itu kami dalam perjalanan pulang ke utara. Alhamdulillah Allah lindungi kami sekeluarga.

Ayah bawa terlalu laju memotong semua kenderaan sehingga kami tiba di satu selekoh mungkin licin dan jalan ini berdekatan dengan cerun. Allahu. 

Kereta hilang kawalan kereta kami naiki berpusing. Kereta hadapan kami dah tekan hon mungkin fikir ayahku microsleep ke apa tapi tak memang dia bawa laju sampai hilang kawalan. Tapi tidak insaf ya ayah aku still bawa laju walaupun jalan kampung.

Sebenarnya terlalu banyak kisah sedih dalak keluarga aku. Yang orang luar nampak keluarga kami bahagia. Cukup ilmu agama cukup makan pakai tapi emosi ahli keluarga aku tak stabil ya.

Aku sedar dalam family aku adik-adik pandai menyembunyikan kisah keluarga kami. Kami tak buka cerita.

Tapi yang dekat-dekat seperti nenek dan datuk belah ibu yang tinggal berdekatan kami mungkin tahu serba sedikit. Tapi mereka pun tidak berani menegur sikap menantu mereka.

Ayahku pilihan ibuku. Walaupun datuk menolak dulu. Mungkin dah jodoh. Ayahku bukanlah jahat sangat. Walaupun di sini aku cuma coretkan kisah buruk.

Didikan ayahku yang keras dan yang mementingkan keselesaan kami menjadikan kami orang yang berjaya. Namun kesihatan mental dan emosi kami kelaut. 

Ayahku banyak memudahkan urusan perkahwinan ku dengan suami. Dan dia juga tidak pernah meminta duit dari aku setelah aku bekerja. Banyak juga kebaikan ayahku.

Aku hargai tapi bila datang barannya aku jadi geram marah sedih. Tambahan sekarang aku tinggal dengan mereka. Aku masih menunggu rumah ku siap dibina. Bulan depan inshallah doakan ya.

Maaf kalau cerita aku terlalu panjang dan bercampur-baur. Kisah selama 30 tahun ni sudah aku cuba ringkaskan sehabis baik. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Ina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Aku baca sampai peristiwa 3 dah sakit hati..tulah org zaman dulu asyik sabar je sbb malu kot nk bercerai or mybe ibu xboleh tggung kewangan..zaman skrg lain..saya teramat faham sbb saya dlm situasi yg sama…mak saya asyik susah dan dipersalahkan je semua…at the end sakit dan meninggal…ayah saya tenang sentiasa sampai kiamat pun dia xrase dia ada salah..so biar jelaa…family yg saya sayang pun mak saya je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *