Ayah Yang Degil

Assalamualaikum semua, harapnya semua dalam keadaan sihat dan selamat di dalam RUMAH. Saya nak cerita tentang perangai ayah saya yang degil.

Sebelum2 ni pun saya pernah hantar confession yang lebih kurang macam ni. Ada yang saya dapat komen baik ada yang saya dapat komen teruk. Yang komen teruk tu kata saya anak tak bersyukur, saya patut beruntung masih ada ayah. Ye lah saya faham.

Diharapnya confession saya yang ni pun diterima dan diharapkan pembaca sekalian boleh bagi komen cadangan yang murni2.

Semua diarahkan duduk di rumah dan hanya keluar pada waktu yang betul2 perlu je di musim covid19 ni. Yang patut keluar tu pula hanya KETUA KELUARGA SAHAJA (ketua keluarga tak semestinya lelaki kalau tiada lelaki di rumah).

Di rumah ni, KETUA KELUARGA saya ialah AYAH saya. Ayah saya seorang yang EXTROVERT dan PERAMAH tak kira tempat, masa dan keadaan.

Dia tak faham erti PRIVASI, SENSITIVITI, DARURAT atau apa sahaja. Sebelum ni kalau nampak polis masa dia naik motor, dia mesti nak bertegur sapa dan bermanis mulut. Kebanyakan orang lain akan lari dan pusingkan motorkan?

Tapi ayah saya lain, dia sanggup ulang 2 kali jalan yang sama sebab nak tegur polis tu. Tak tahulah sebab apa dia suka sangat tu, hobi dia ke, menyibuk ke atau atas dasar keprihatinan yang tinggi dalam diri tu?

Sekarang saya akan masuk cerita yang dalam lagi. Macam dah bagi tahu yang kita tak patut keluar rumah tapi ayah saya sejak perintah kawalan ni LAGI suka KELUAR RUMAH. Ada je benda dia nak beli, ada je benda dia nak cari dan ada je benda yang dia tak cukup tu. Bukan dia masak pun.

Mak saya dah kata barang semua cukup kalau sekadar untuk 2 atau 3 hari tu lepaslah kalau nak makan. Tak akan sampai kebulur dan mati pun lah orang kata. Tapi ayah saya tetap nak beli sebab dia kata takut barang dalam rumah dan barang dekat kedai tu HABIS LANGSUNG.

Ayah saya siap kata yang mak saya ni tak bersyukur sedangkan dia dah beli macam2 bawak ke rumah. Dia ingat dia berperang dan berebut bahan keperluan di medan perang ke apa sampai kata kita patut bersyukur atas usaha dan pengorbanan dia tu?

Dah orang suruh duduk rumah patut duduk rumah je lah. Ini tidak bukan nak kata keluar selang sehari tapi kadang2 keluar hari2 kadang2 satu hari keluar 2 kali.

Geram je kita dengan perangai dia tu. Lagi pencen lagi tak nak dengar orang cakap tak ada perbezaan langsung sebelum pencen dengan selepas pencen. Nak kena tahan polis masuk lokap agaknya baru nak berubah.

Dah satu hal suka merayap keluar rumah sebab kata tak boleh TERPERUK dan TERKURUNG dalam rumah. Ish susahlah kalau dapat orang macam ni sebab tahap SOSIALnya tu tinggi benor mengalahkan budak remaja.

Bila ayah saya beli barang, mesti tahukan apa akan jadi? Pengeluaran duit pun BANYAK. Ini bukan masanya nak menabur duit demi membantu ekonomi negara. Ini masanya untuk duduk RUMAH.

Ayah saya ni bukan pencen kerajaan pun cuma pencen BANK SWASTA. Tak dapat pencen pun bila habis cuma tinggal simpanan je makin lama makin susut. Tak tahulah sama ada dia tak fikir tinggi ke apa? Kerja bank tapi suka benar nak memborosnya tu.

Itu dah 2 isu, sebelum ni kalau keluar rumah bila balik dia malas betul nak mandi dan basuh baju dengan alasan baru keluar kejap dan tak berpeluh.

Banyak betul alasan bagi, lepas sekali mak saya kata nak penat basuh baju ke nak duduk hospital baru dia basuh baju. Tu lah orang suruh duduk rumah kalau duduk rumah tak payah basuh baju banyak kali tapi tak nak dengar degil.

Korang ada mak ayah yang degil juga tak? Ke korang sendiri degil? Boleh komen2 di bawah supaya kita boleh lepaskan geram sama2.

Banyak lagilah benda2 degil nak menggeramkan yang ayah saya buat tak kiralah sebelum covid ke selepas covid ke. Dia tak kisah kalau bumi terbalik atau alien menakluk bumi sekalipun. Dia tahu kepala dia je. Degil yang amat.

Keluarga dia nasihat dia tak nak dengar tapi yang ironinya ialah dia suka menasihati orang sekeliling jiran2 dan sahabat handai. Yang pelik pulak tu semua orang dengar nasihat dia walaupun dia sendiri tak dengar nasihat kita.

Dari dulu sampai sekarang ayah saya ni suka betul tengok berita dan suka betul baca surat khabar. Berita dalam negara berita luar negara semua dia tahu tapi buat endah je. Kan pelik tu? Buat apa tahu berita kalau tak ikut apa yang disarankan?

Dia bila tahu berita tu nanti bila jumpa orang yang sesuai mulalah dia membincangkan tentang isu semasa bagai mengupas isu di dalam forum perdana. Tapi apa nasihat yang ada dalam berita tu ‘bagai mencurah air ke daun keladi’ dan juga ‘masuk telingan kanan keluar telinga kiri’.

Inilah antara masalahnya yang ayah saya lakukan. Saya suka PKP dilanjutkan tapi tak berguna betul bila ayah saya macam ni.

Ayah saya seorang yang tak makan saman langsung. Gertaklah macam mana sekalipun atau gunakan kaedah psikologi sekalipun tetap kita tak dapat nak nasihat dan bagi dia ikut nasihat tu. Lagi kita dimarahnya adalah.

Ini jugalah kenapa saya menjadi seorang yang panas baran sebab berhadapan dengan ayah degil macam ni. Macam2 cadangan saya fikir nak buat supaya ayah saya duduk rumah.

Antaranya sorok kunci supaya tak dapat keluar, sedut semua minyak kereta dia, panggil polis suruh tahan dia, buat mogok supaya mak tak payah masak dan cakap dengan dia, ikat tangan dan kaki dia serta bermacam lagi tapi saya tahu tak akan menjadi punya.

Sewel kita dibuatnya dapat ayah macam ni. Benda yang kita halang lagi dia nak buat tapi benda yang kita suruh tak nak pula buat. Paling ironinya ialah macam beli barang. Bila selama ni suruh beli barang bagi alasan malas tapi sekarang ni kita kata jangan beli barang asyik beli je.

Ayah saya ni memang aktif bersosial, ada saja benda dia nak buat sblm PKP ni. Berjoging lah, kayuh basikal lah, berkebun lah, mendaki lah, pergi surau pergi masjid dan macam2 lagi tapi suruh kemas rumah bagi alasan macam2 malas.

Nak tanya semua lelaki perangai macam ni ke? Itu je lah benda yang saya nak luah.

– Si anak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *