Untuk part I, (https://iiumc.com/ayah-yang-degil/).
Assalamualaikum semua. Ini confession last saya untuk ‘ayah yang degil’ ni. Harap dapat diterima.
Bagi yang tanya ayah saya umur berapa tu kan? Ayah saya dah masuk umur 60 tahun tapi belum 65 tahun. Mak saya muda lagi dari itu. Dan saya muda lebih lagi dari itu.
Kenapa ada 3 orang je saya tulis? Sebab ada 3 orang je manusia dalam rumah ni yang lain tu makhluk lain.
Seperti yang dah tahu ayah saya seorang yang teramat aktif, peramah dan banyak kawan. Rating skala keluarga kami menurun maknanya mak saya kurang sikit aktif, kurang sikit ramah dan kurang sikit kawan berbanding ayah.
Manakala saya lebih lagi kurang aktif, lebih lagi kurang ramah dan lebih lagi kurang kawan.
Orang tak ramai nak kawan dengan saya sebab saya bermuka sombong dan ada emas dalam mulut.
Bab aktif tu pula sebab saya ada semput. Buat apa2 pun saya semput. Bangun kejap dari kerusi atau katil pun pening. Naik tangga dan angkat barang sikit pun mengah. Itu saya.
Itu jugalah penyebab kenapa orang tak nak kawan dengan saya. Saya dianggap lembik, menyusahkan dan tak dapat membantu. Dengan kewujudan saya menyusahkan lagi orang sekeliling terutama mak saya.
Bagi yang tanya kata macam tulah perangai orang warga emas dan bukan senang nak urus.
Bagi saya ayah tak perlu diuruskan langsung dan memang tak suka diurus langsung. Baju dia sendiri dia yang akan basuh sendiri dan gosok sendiri melainkan lipat baju.
Tapi yelah lelaki bukan pakai banyak baju pun. Saya yang lebih perlu diuruskan oleh mak kerana saya selalu sakit muntah, masuk angin dan pening2 mungkin sebab migrane dan insomnia.
Bagi yang baca confession sebelum ni kata ayah saya banyak kelebihan dan kebaikan.
Yang itu memang tak boleh dinafikan tapi ada juga kekurangannya macam manusia2 lain juga. Apa yang paling saya kesal dan kecewa ialah ayah saya tak pernah membantu dan menguruskan bila saya atau mak sakit langsung.
Ayah tak pernah papah saya masa saya sakit kaki bengkak dulu. Ini sisi lain ayah. Saya bukan nak memburukkan, mengecam atau ajak membawang macam yang dikatakan oleh sesetengah komen lain.
Saya tahu sebagai anak terutama orang malaysia melayu muslim 3M ni, apa yang kita cakap, kita tulis dan kita buat jika bercanggah dengan mak ayah dianggap tak bersyukur, berdosa dan derhaka. Itu memang pasti.
Kalau saya tak tulis dekat sini, mana lagi saya nak luahkan dan nak dapatkan nasihat?
Kalau tanya kenalan lain maknanya membuka aib keluarga. Sekurang2nya sini anonymous. Saya tiada adik beradik, mak dah penat layan kerenah ayah jadi tiada tempat mengadu.
Bagi yang kata nak urus warga emas susah tu dan makin tua memang perangai macam kebudak2kan sebab tu lah degil sedikit dan lagi kita tegah lagi buat. Salah ya. Amat amat salah.
Ayah saya dari dulu lagi perangainya macam tu. Semua adik beradik ayah tahu yang perangai ayah macam tu.
Bagi yang kata bersyukur ayah saya tak panas baran pun salah. Ayah saya seorang yang sangat panas baran cumanya bila dah berumur lebih 50an panas barannya berkurang yang tinggal hanyalah sifat pemarah.
Orang yang tak kenal dengan ayah saya ni saya confirm kalau sekali je pun kena marah dgn ayah saya confirm berasap telinga dan menangis punyalah. Macam tulah ayah saya punya bisa sengatan kata2 dia.
Tapi ayah saya ni dengan orang yang dia tak kenal dia jadi PERAMAH tapi orang yang kenal dia secara dekat macam frontliner panggil ‘close contact/ kontak rapat’ dia akan jadi PEMARAH.
Cari barang hilang pun dah marah2 amacam mana nak nasihat baik2 bagi dengar ni?
Saya bukan apa, kita keluarga tak ramai. 3 orang kepala je dalam rumah. Jangankan kata kalau dah meninggal nanti. Keluar sekejap je pun rumah dah sunyi.
Kalau ayah keluar2 bahaya, bukan sahaja bahaya dekat ayah yang keluar tu tapi bahaya sekali dekat saya dan mak saya. Terus lenyap susur galur keluarga macam ni.
Selama ni saya belajar di IPT dan mak saya kerja tinggal ayah di rumah jadi mungkin ayah sunyi sebab tu ayah keluar. Tapi sebelum ayah pencen dan sebelum saya lanjutkan pelajaran asyik saya je tinggal rumah sorang2 sampai malam tu.
Saya pun sunyi juga tapi saya tak keluar rumah. Saya dari umur 3 tahun dah mula duduk rumah sorang2 sampai sekarang. Kadang2 sampai malam, kadang2 masa blackout, kadang2 masa petir kilat semuanya sendiri.
Sedihlah saya kalau orang kecam kata kalau mak ayah meninggal nanti saya sunyi sedangkan dari kecil saya sendirian.
Kalau sesiapa tak merasai pengalaman hidup macam saya seeloknya tak payah lah kecam. Bab duit yang saya cerita tu, saya bukan main2.
Kalau ayah asyik keluar beli barang nanti makin lama simpanan habis nak cari mana? Nak tunggu saya kerja?
Kerja pun susah nak dapat sekarang ni ditambah pula musim covid19. Kebanyakkan kerja pula nak pengalaman dan nak sihat tubuh badan yang saya memang tak layak.
Kebanyakkan graduan muda kan buat kerja runner, all-rounder dan multipurpose ni. Saya jalan pun mengah macam mana nak berlari ke sana ke sini ni?
Bagi sesiapa yang kata saya suka membawang tu kan. Ye lah saya suka membawang sedangkan kawan pun tiada.
Saya memang selalu dikecam macam confession yang duluuu. Mungkin sebab gaya cerita tak pandai. Apa yang kita fikir dgn apa yang kita luah tu tak sama. Fikir lain luah lain tapi bunyi lain.
Dan bagi sesiapa kata saya tak baik fikir dan buat tak elok dkt ayah saya tu kan. Hmm penat lah. Saya tak buat apa2 pun. Elok je ayah saya bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini, Ke Sana Ke Sini, KE SANA KE SINI, KKKKKKEEEEEE dan tak diikat pun. Nak gambar bukti ke?
Jadi kesimpulannya sesiapa yang ada ayah, yang jadi ayah, yang bakal ayah atau sesiapa sekalipun tolong duduk di rumah. Bukan susah pun. Duduk di rumah dan bersama dengan anak2 tak kira usia berapa.
Ayah saya dari saya kecil sampai saya sekarang mana nak duduk dgn saya sama2 main2 borak2 atau tolong buatkan kerja sekolah.
Ayah cuma nak buat benda yang dia suka dan dia mampu buat. Sebagai contoh ayah suka jogging kalau saya ikut ayah jogging dah lama saya arwah.
Hidup kita lain2. Cerita kita tak sama. Patutnya kita2 jaga kita tapi apa yang nampaknya kita jaga diri sendiri je lah.
Tapi ingat bab jangan keluar dan berjimat tu penting. Duit dan kesihatan segala2nya. Mesti duit dan kesihatan sekali. Ada duit tapi tak sihat tak ada guna. Ada kesihatan tapi papa kedana pun susah juga.
– Si anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit