Ayah Yang Dipinggirkan

Assalamualaikum wbth.. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada admin jika pos ini disiarkan. Nama saya Farah, berusia 30an, masih single dan tinggal bersama-sama ibu ayah yang telah tua serta uzur.

Tujuan tulisan ini bukan untuk luahkan rasa hati, sekadar berkongsi pengalaman sebagai anak bongsu yang telah diberi peluang oleh Allah menjaga ibu ayah terutamaya ayah yang sakit terlantar.

Saya mempunyai 4 orang abang dan 3 orang kakak yang masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal berlainan daerah dan ada juga berlainan negeri.

Mereka sudah mempuyai keluarga masing-masing namun sebagai anak mereka sudah tentu juga masih bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,

Bukan sekadar bertanya khabar dari jauh sahaja dan melepasakan segala-galanya kepada saya untuk menjaga kedua orang tua.

Alhamdulillah ibu saya masih sihat dan dapat membantu menguruskan ayah saya walaupun kekadang tak mampu disebabkan faktor usia ibu yang sudah melebihi 70 tahun.

Ibu juga selalu saja sakit lulut, semput, cepat penat tapi Alhamdulillah kerana dia dapat mengurusakan dirinya.

Cuma ayah, segalanya perlu diurus dan dijaga seperti baby, bahkan kekadang lebih dari itu. Kekadang penat juga sebab saya bekerja, awal pagi sangat rushing perlu siapkan ayah sebelum pergi kerja.

Kadang-kadang dah panaskam kereta, tup-tup kene naik balik ke rumah sebab ayah berak dalam pampers.

Jadi kene gak tukar pampers sebelum pegi keje, takkan nak tunggu petang saya balik keje stress mak saya nanti dengan bau busuk dan nasib tak baik ayah saya bawak keluar najis tu habis melekat kat badan dan cadar.

Keadaan ini sering saja berlaku dan macam-macam lagi keadaan yang teruk yang tak perlu saya mention kat sini, hanya doa yang terbaik saja untuk ayah.

Bab makan Alhamdulillah ibu saya yang uruskan, saya cuma perlu sediakan makanan dan ibu menyuapnya.

Jika sekarang zaman covid19 dengan PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan sebagainya boleh juga diberi alasan tidak boleh rentas negeri/ daerah untuk melawat ibu bapa, lani dah boleh rentas daerah tau asalkan dah lengkap 2 dos vaksin saja.

Tapi keadaan sama saja mana diorang yang jauh2 nun datang jenguk pun walaupun dah lama lengkap vaksin kelain boleh pulak diorang pergi.

Keadaan ini sebenarnya bukan baru berlaku setahun dua ni saja sebenarnya, dah bertahun-tahun sebelum muncul covid19 lagi.

Susah benar diorang nak jenguk ayah yang terlantar ni. Kalau datang pun 2, 3 jam dah blah dengan macam-macam alasan.

Datang jap pun kalau tolong tukarkan pampers ker, suapkan makanan ker atau urut-urut badan sikit ok gak. Ni tak macam orang lain saja, datang sekadar melawat sembang-sembang tanya khabar sikit pastu blah.

Nasib baik tingggal la seratus dua kat mak suh beli pampers ayah, nasib tak baik tinggal pesan jela suh jaga ayah baik-baik dan tinggal tips yang konon nya cara yang betul untuk jaga ayah.

Huh, itu saja ke yang kamu mampu wahai abang-abang kakak-kakak. Pesan, nasihat, tips bagai sesape pun boleh bagi, yang hadap segalanya saya.

Kekadang datang pun sebab menyinggah saja dari tempat lain atau nak ke lain bukan semata-mata nak melawat orang tua yang terlantar ni. Mana perhatian dan kasih sayang kamu pada ayah, seolah-olah dipinggirkan.

Tapi Alhamdulillah sebenarya masih ada juga sorang abang dan sorang kakak yang masih ada rasa belas kasihan dan rasa tanggungjawab yang kuat terhadap kami iaitu ayah, ibu dan saya.

Abang saya yang tu kekadang datang la 2 minggu sekali ke jenguk kami. Walaupun perlu kebenaran surat polis nak rentas daerah ada gak usaha dia untuk datang tengok ayah dan bawa keperluan pape.

Kakak sorang tu pulak ritu susah-susah balik kampung rentas negeri dengan tinggalkan suami sementara sebab nak bantu saya jaga ayah yang masuk wad ritu dan kekadang saya tak mampu handle ayah sorang-sorang.

Syukur sangat-sangat dah ada dua orang tu, yang lain-lain mana??? Hanya whatsup kekadang saja, ayah rindu kat korang sebenarnya cuma dia tak mampu berkata-kata. Bercakap hanya mampu sepatah kata, selebihnya perlu diatur dan diurus segala.

Lupa nak cakap, ayah saya sebenarnya dah umur 80 lebih. Sebelum ini menghidap darah tinggi, bila campur tolak dengan usianya penyakitnya lebih kepada sakit tua. Kekadang ingat lupa, bercakap pun tidak jelas dan susah untuk bertutur, kekadang melalut.

Tapi boleh lagi dia ingat nama anak-anaknya walaupun kekadang tertukar.

Maaf untuk saya katakan, kekadang perangainya sangat annoying dan mengada-ngada. Mungkin dia inginkan perhatian atau ini mungkin ada pape kaitan dengan masa mudanya.

Sebagai anak yang menjaganya kekadang saya juga tertinggi suara dan sedih dengan keadaanya. Namun, hanya mampu sabar dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan saya menjaga ayah dan ibu saya.

Semoga abang-abang dan kakak-kakak juga tidak membiarkan ayah yang terlantar itu rasa terpinggir.

Ibu Alhamdulillah masih boleh uruskan dirinya sendiri, namun ayah perlukan perhatian dan penjagaan daripada anak-anak.

Bukannya jika datang menjenguk hanya pandangan kosong yang diberi. Peganglah, sentuhlah, picitlah dan ciumlah ayahmu walaupun sedikit jika tidak mampu membantu apa-apa. Semoga dengan itu ayah tidak rasa terpinggir.

Maaf andai ada yang terasa dan bosan dengan perkongsian ini, rasanya sudah panjang saya menulis. Walaupun masih banyak rasanya nak coret tapi cukuplah dulu.

Saya masih BDR/ WFH sekarang ni tau, syukur sangat ada BDR sebab ibu dan ayah ada depan mata tak kalut sangat nak uruskan.

Terima kasih ya semua sudi membaca.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *