Assalamualaikum semua. Moga kalian sentiasa bahagia selalu. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Ini coretan seorang anak yang sayangkan ayahnya tapi buntu untuk mengubah.
Aku anak sulung dari dua beradik. Ayah aku sahaja lelaki di dlm rumah. Perubahan ayah aku mula ketara selepas dia pencen awal.
Ayah aku seorang anak lelaki yang tak mementingkan kebajikan ibubapa, isteri dan anak-anaknya. Ayah aku hanya pentingkan orang luar iaitu kawan-kawan dia. Apabila ditegur, ayah akan melenting. Aku buntu mahu tegur bagaimana. Aku risau disana kelak, ramai yang menariknya.
Ayah tidak pernah bagi nafkah dekat ibu. Segala perbelanjaan rumah, ibu yang tanggung. Ayah tidak bekerja tetapi segala kerja rumah ibu yang uruskan. Balik kerja, ibu akan terus kedapur untuk memasak bagi ayah makan.
Ayah memang tidak menolong sedikit pun kerja rumah, dia hanya tengok tv dan bermain handphone. Segala duit gaji dia hanya untuk diri dia. Dia akan beli seluar baru, baju baru dan keluar melepak dengan kengkawan dia.
Aku hanya memerhati segala tingkah laku dia. Bila ibu minta sedikit wang, selalu ayah cakap tidak ada wang. Tapi ayah tidak pernah memukul ibu cuma ayah pernah maki ibu bila ibu tak masak.
Ibu memang seorang wanita yang baik dan hebat. Aku kagum dengan ibu, walaupun dia penat, dia tetap laksanakan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Seurat emas pun tidak ada di tubuh ibu sebab habis ibu gadaikan untuk menolong ayah dahulu.
Duit gaji ibu, ibu akan penuhkan keperluan dapur sampai keperluan sendiri terabai. Aku tahu ibu penat sebab menanggung seorang diri. Bila ibu cakap ibu penat, ayah akan melenting dan mereka akan bergaduh. Sekarang ini, ibu lebih banyak mendiamkan diri.
Aku tidak pernah ada nikmat sembahyang jemaah. Ayah tidak pernah mengajar ilmu akhirat kepada aku. Ayah pernah memarahi aku kerana aku pakai tudung.
Sejujurnya aku sangat jahil bab agama. Ayah tidak pernah menegur setiap perbuatan aku sampaikan aku tak pasti apa yang aku buat menyalahi agama atau tidak. Kekadang aku rasakan apa yang aku buat salah, tapi ayah tak menegur jd aku teruskan.
Ayah juga bukan anak yang baik, banyak benda yang dia lakukan menggores hati ibubapa dan tak patut dilakukan. Aku menjadi saksi atas apa yang dia lakukan. Sejak itu, rasa hormat aku pada ayah mulai tipis.
Bila dewasa, aku dan adik bekerja, jadi kami yang banyak tolong ibu dalam hal kewangan. Ayah masih seperti itu. Masih aktif dengan kawan-kawan. Ayah juga pakcik bawang yang suka menyampaikan cerita walau tak pasti kesahihannya.
Aku sudah tiada rasa terhadap ayah, sebab aku melihat semua yang dia lakukan. Aku cuma hormatkan dia sebab dia ayah aku. Aku takut dekat sana banyak benda yang dia kena atas kelalaian dia dalam tanggungjawab.
Doakan ayah aku supaya dapat jadi ayah dan suami yang bertanggungjawab sebelum dia pejamkan mata. Doakan ibu aku juga supaya dapat tempat di syurga nanti.
– Cik Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit