Ayah Yang Nak Cerai

Assalamualaikum semua. Aku anak sulung dari 5 beradik, sekarang berumur 26 tahun, bekerja dan sudah berkahwin tapi belum ada lagi anak. Adik kedua pun sudah berkahwin, bekerja juga tiada anak.

Aku ada lagi 3 orang adik yang masih belajar, 2 orang dekat universiti tempatan dan seorang lagi akan menduduki peperiksaan PT3.

Ayah kami umur dah 66 tahun (nikah lambat) seorang cina muslim sementara mak saya berumur 53 tahun, 13 tahun muda dari ayah.

Kisah untuk aku kongsikan ini bukan bertujuan untuk membuka aib diri apatah lagi ibu bapa yang banyak berjasa. Tetapi disebabkan tidak tahu untuk meluah kepada siapa, elokla untuk aku menggunakan medium iiumc sebagai platform untuk mengurangkan beban dijiwa ini.

Mak aku seorang yang agak baran. Dari kecil kami tidak merasai kehidupan seperti anak2 kecil yang lain yang boleh bermanja dengan mak. Kesilapan yang kecil akan dibalas dengan makian, dan pukulan. Aku faham dia stres mungkin sebab aku dan adik kedua rapat tapi kenapa mak orang lain tak sebegitu?

Ayah banyak bersabar dari mula kahwin, ayah seorang yang rajin bekerja dan memasak. Barang mentah macam Ikan, ayam dan sayur semua dah siap siang tinggal nak masak pun kadang mak aku bising2. Allahu.. Semoga dia diampunkan dosa.

Dulu masa mak mengandungkan aku, mereka gaduh besar sampaikan ayah nak bunuh diri (gantung diri) tapi mak tahan dia. Situasi berlaku sebab mak buat2 pengsan dan ayah rasa give up lalu bertindak macamtu.

Teringat masa nak dapatkan keputusan peperiksaan, betapa berdebarnya jiwa ini memikirkan balasan yang akan aku terima sebab keputusan pmr cuma 4A.

Pulang ke rumah, aku dirotan secukupnya. Handphone ayah aku masa tu mak rampas dari tangan ayah dan lempar ke dinding. Ayah terus keluar rumah, setelah beberapa ketika baru beliau pulang.

Ayah pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk bercerai sebab tak tahan dengan kelakuan mak yang kurang ajar dan tidak menjaga tutur kata. Kata ayah, tunggu anak2 habis sekolah baru dia akan bercerai dan memulakan hidul baru. Tambah ayah lagi, jangan cari dia lagi. Anggap dia sudah tiada.

Sekarang setelah 24 tahun kahwin, perkara sama berlaku mereka masih lagi tidak bersependapat. Mak aku sekarang berkeras nak pulang ke kampung halamannya, sedang ayah masih nak kekal menetap di pantai timur.

Sejak ayah pencen, mak asyik merungut ayah tak berkemampuan sedangkan duit kwsp ayah bagi bulat2 dekat mak. Belum masuk lagi isu buat rumah kena tipu dengan adik sendiri.

Ayah aku? Mampu menyimpan sedih didada. Sekarang mak pun dah ada sebut nak jumpa kadi, nak cari suami lain (ini hanya disuarakan depan anak).

Baru ni, mak bergaduh dengan menantu (suami adik) sebab dia tegur cara mak bercakap agak kasar sampaika n ayah aku naik risau. Ayah panggil adik2 aku (no 3-5) untuk bersemuka.

Untuk pengetahuan kes ni disebabkan adik aku no 5 (satu2 nya lelaki) jadi ‘minyak’ antara mereka berdua.

Ayah aku sekali lagi bertekad depan adik2 aku bahawa dia akan bercerai dengan mak aku lepas mereka habis pengajian. Segala aset ayah akan serahkan pada mak dan duit pencen dia akan pakai untuk dia survive.

Aku jadi sedih dengan keadaan keluarga aku. Berbeza dengan cara mertua aku. Dalam hal ni, aku tak tahu siapa salah siapa yang betul. Perlu ke mereka jumpa kadi? Apa anak perlu lakukan untuk mak ayah sebegini? Aku jadi buntu.

Dulu pernahla aku tulis surat masa zaman plkn hantar kat mak aku. Aku cakapla aku sedih mak aku selalu carut2, maki2… Nasib dia terima tapi masih tiada perubahan. Sedih juga aku bila fikirkan masalah keluarga sendiri.

Aku berharap ayah aku tak tawar hati dengan mak walaupun sebenarnya dia bertahan demi anak2. Please, jangan berpisah.

Maaf andai terlalu panjang dan berterabur… Hati dan fikiran agak kusut untuk menyusun ayat. Minta tolong jasa baik anda semua, doakan  kebahagiaan keluarga kami. Terima kasih.

– Anak sulung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *