Pertama sekali, maaf sebab aku bukan seorang penulis yang baik. Maafkan nukilan yang carca marba ini ya.
Saya Haney berumur awal 30an, anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Yang sulung dan kedua perempuan, dan bongsu adik lelaki, masih di semester terakhir di uni. Aku dan kakak dah berkeluarga dan ada anak2.
Kami tinggal di rumah masing2, berlainan negeri. Ayah dan ibu pula tinggal 25 minit dari rumah aku dan suami.
Apa yang aku nak share ni adalah tentang ayah kami. Ayah merupakan seorang yang berpelajaran tinggi, bekas penjawat awam yang agak tinggi pangkatnya (dah pencen) , manakala ibu punyai pendidikan tahap STPM (tak sure dulu panggil apa).
Ayah ni seorang yang sangat tinggi egonya. Yelah dia orang bijak pandai, rajin membaca. Semua isu semasa negara mahupun dunia serba serbi dia tahu. Hebat! Kalau berbual dengan dia tanpa pengisian isu2 terkini memang terasa b****hlah.
Kadang2 tetiba disoalnya kami terasa macam pop kuiz pulak, terkulat2 nak menjawab. Bab agama dia agak so so. Tapi alhamdulillah solatlah. Bila dah berumur ni dia lebih banyak dalami agama. Cumanya apa yang nak diceritakan kat sini adalah cara pendekatan ayah dengan isteri dan anak2.
Ayah jenis tak ambil peduli sakit lelah isteri dan anak2, tak jaga hati ibu, tak bercakap dengan baik pun dengan ibu. Selalu merendah2kan ibu sebab level pemikiran dan sebagainya.
Kami tiga beradik sejujurnya lebih rapat dengan ibu sebab rasa senang dan selesa untuk berbual apa saja topik berbanding ayah. Ibulah yang masukkan kami ke sekolah rendah agama, ibu yang banyak nasihat dan ajarkan tentang agama. Bercuti pun sangat selesa antara kami, kecuali ayah.
Kalau ayah ada semua tak kena, jadi tak seronok. Siap kami pernah ad hoc punya raya holiday, terus nak pilih tempat. Ayah suruh suggest, kami pilih Langkawi tapi ayah tak setuju.
Dia ajak ke Thailand, sedangkan kami dah bosan asal raya je pegi sempadan Thailand buat apa je pun, baik vidit family jer. End up kami semua pegi Langkawi, ayah sorang ke Thailand.
Ayah ni suka mental abuse kami, especially ibu, dengan menggunakan kuasa veto dia, dan macam bagus, macam perfect dalam segalanya. Orang lain semua salah selalunya. Dalam keluarga, ibulah orang yang paling tinggi kesabarannya sangat2. Rasanya dari mula kahwin sampai sekarang.
Sekarang ibu dah jadi tepu, jadi malas nak melayan ayah, malas nak sediakan makanan, uruskan pakaian. Dah lelah dengan sikap ayah.
Semua hal rumah atau ayah, macam pandai2 lah uruskan sendiri. Tidur pun berasingan, dan perkara ni dah lama sangat bertahun2 semenjak kami sekolah lagi. Ibu ayah ni selalu sangat bergaduh. Gaduh mulut je selalunya.
Tapi… bukan biasa2. Ayat semua pedas2, menusuk kalbu. Kami anak2 ni kalau dengar perkataan2 yang keluar dari mulut ayah ni silap2 boleh gaduh besar melawan ayah. Dia bukan mencarut, tapi suka menyakitkan hati ibu melampau2.
Contoh, “Jangan nak jadi isteri derhaka ya”, “Kalau nak masuk syurga, kamu kenalah ikut cakap aku”, “nanti kamu tak cium bau syurga” “perangai kamu tu sama je macam abah, keturunan sana tu” (atok kami dah arwah ye, sakit hati kalau dengar ni), dan banyak lagi sebenarnya.
Based on apa ibu cerita, ayah ni dulu cepat2 ajak kahwin, yang ibu pulak nenek cerita lepas ex bf dia meninggal accident, dia jadi sedih sangat. Then baru kenal ayah.
Baru kenal beberapa bulan je, ayah terus tergesa2 lamar ibu. Kira tak sempat kenal betul2 lah. Ibu mula kenal siapa ayah yang sebenar masa lepas kahwin. Antara cerita2 tak best ibu mula mengenal ayah sepdrti yang diceritakan di bawah:
1. Tak ambil berat, jaga isteri – Pernah masa mengandung kakak dulu, ibu kata tengah sarat dah, takde mesin basuh. Terkangkang2 ibu membasuh baju dlm bilik air, ayah boleh tanya boleh tak nak pegi stadium tengok bola. Kau rasa?
2. Suka berhutang, tak bertanggungjawab – Pernah tiba2 ayah suruh ibu pegi keje bawa kereta dia. Masa tu ada 1 kereta je. Macam tak pasal2 beriya suruh bawak kereta.
Masa ibu habis kerja, masuk kereta tetiba ada 2 orang lelaki sado2 camtu ketuk2 cermin kereta marah2. Cuak la ibu ketakutan. Rupanya orang tu datang tarik kereta, tak bayar beberapa bulan.
Ayah dah tahu yang orang tu akan cari ayah hari tu tapi sengaja biar ibu yang kena. Dan masa tu again ibu tengah mengandung ya, mengandung gais. Anything can happen kot. Ibu menangis, then balik naik bas.
Selain tu pernah masa kami kecik dulu. Satu pagi tu ada orang gegar pagar rumah, ayah boleh baring buat2 tidur walaupun ibu kejut banyak kali. Dia cakap tak payah bukak pintu, biar je buat tak tau.
Ibu takut la tapi senyap berdiam diri tak bukak pintu. Rupanya sama jugak orang datang nak tarik kereta sebab tak bayar. Kiranya selagi boleh lari dia lari, sorok.
But yang peliknya ayah ni kerja tetap, gaji agak stabil tapi selalu tak cukup sana sini. Kebanyakan hutang2 sana sini ibu yang gesa dia bayar atau ibu yang bayarkan. Sepanjang perkahwinan, ibu sentiasa takut kalau2 ayah ada berhutang dengan orang lagi.
Dulu ayah sambung master kat Aussie selama 2 tahun, ibu ikut temankan ayah sambil cuti tanpa gaji, bawak adik masa tu umur dia 2 tahun. Kami tinggal dengan nenek sekolah kat sini je since ada masalah financial nak sekolahkan kami kat sana. Sesekali je kami visit ibu ayah kat sana.
Sepanjang ayah study sana, ibulah yang banyak tolong ayah menaip buat thesis bagai sampai sakit leher yang serious ye, siap kena pakai bantal support leher tu berbulan2 ye. Ayah? Buat tak tahu je since ibu boleh cari ubat rawat sendiri.
Kat sana biasa lah ada masa yang ada kekangan duit tu ibu usaha tolong apa yang patut. Banyak sangat pengorbanan ibu untuk suami. Siap keluarkan savings bagai nak bantu support expenses kat sana.
Pernah sekali tu tanpa pengetahuan ibu, ayah pinjam duit daripada pakcik sebelah ibu dalam ribuan ringgit jugak. Ibu mula tau pasal ni bila dah balik, masa beraya rumah sedara mara. Itu pun moyang kami yang sampaikan cerita sebab ayah tak ganti duit yang dipinjam tu. Maluu sangat ibu masa tu.
Bila dia tanya ayah terus dia kena marah. Tak pasal2 dia tuduh sedara mara sebelah ibu ni nampak suci tapi mulut puaka. Eh boleh eh? Sape yang hutang tak bayar pastu buat tak tau je. Eh sape salah sebenarnya? Boleh ye dia pusing cerita. Kami yang kecik lagi ni pun dah mula faham dan malu masa tu.
Haa sambung tadi time ayah study oversea. Tiba masa nak balik MY, nak uruskan shipment barang rumah nak bawak balik MY ayah refuse untuk bayar all the charges plus bil letrik, air segala kat rumah sewa sana.
Ibu siap merayu lagi kat ayah, nanti kalau tak settlekan ayah tak boleh konvo, kan affect prestasi bila ayah masuk keje gomen kat sini.
Last2 menggelabah lah ibu cari duit untuk settlekan hutang, bills semua. Lepas tu dapatlah ayah role dalam sektor gomen yang sesuai dengan edu level dia dengan smoothnya.
3. Suka layan p0rn – Kecik2 dulu pernah terjumpa VCD p0rn kat almari ayah masa cari barang. Even sekarang pun kalau dia mintak tolong registerkan apa2 atau tolong dia manage online banking ke mesti terjumpa p0rn video download kat PC dalam bilik dia.
Selalunya kalau terjumpa aku delete je pastu empty recycle bin. Belum lagi google search keluar banyak history search tak senonoh. Dulu2 zaman dia masih kerja, dia selalu sangat balik lewat.
Kerap outstation, dan sangat panas baran. Selalu keluar malam jugak. Katanya pegi berurut sakit badan. Oh btw ibu dulu posting overseas bawa adik sekali, so ada tahun2 yang ayah sorang kat rumah, aku menyewa masa zaman belajar. Kakak pulak duduk rumah nenek sebab dekat dengan tempat kerja.
Haa, bila dia kerap2 balik lewat tu, aku pernah curi2 tengok phone dia. Pernah je terjumpa SMS conversation dengan perempuan Indon mana entah. Semua mencurigakan dan tak senonoh.
Tapi citer ni hanya aku dengan kakak je yang tau, sampai sekarang. Masa tu dah semakin meluat dan menyampah dengan ayah.
Rasa tak kena dengan cara dan kata2 dia yang letak harapan tinggi kat anak, tegur anak itu ini, tapi perangai dia WTH. Ha kan dia selalu outstation serata Malaysia semasa masih keje dulu. Tiap kali ke negeri sebelah utara, dia mesti singgah sempadan, masuk Thailand.
Macam mana aku tau? Check passport dia la. Korang rasa dia buat apa kat sana? Kalau dah selalu sgt pegi. Tak boleh nak husnuzon dah. Lagipun ada la sesuatu yang support tuduhan yang kami ni.
4. Pemarah – Banyak benda tak kena di mata dia. Kalau dulu zaman study kadang2 elok nak makan bersama, dia tanya “duit belanja ayah bagi tu apa yang tak cukup lagi. Ayah tak suka orang menipu.. “. Weh terbantut tak selera kau, sedangkan kau tak menipu pun.
Dulu study ada semester tertentu guna duit lebih sikit sebab banyak project ke apa kan. Bila dah banyak kali rasa diri disangsi sebab duit belanja yang cukup2 makan tu (tapi aku bersyukur).
Aku mula record tulis kat kertas buat list duit habis ke mana, dan berapa harganya. Tepat2 aku tulis dan bagi kat ayah tapi dia marah pulak seolah2 perli dia. Habis tu tak percaya sgt kan.
Pernah jugak ada isu apa entah ayah dengan ibu bergaduh. Lepas tu ada pisau atas meja makan. Boleh pulak ayah ambil pisau tu dia acah2 masa marah tu sambil cakap “eh aku tikam jugak kamu ni kang”.
Ya Allah aku yang menyaksikan kejadian tu rasa naik darah, naik hantu nak maki hamun ayah. Perangai bapak apa macam ni haa.
Bila ibu balik Malaysia, adik banyak la masalah nak adapt dengan syllabus sini pulak kan. Dah tu balik2 umur 16 tahun, following year SPM, ibu panic la kan bagi masuk tuisyen satu2 subjek. Duit ibu banyak habis untuk bantu adik ni. Ayah sikit pun tak tolong.
Haa lagi satu, adik laki kami ni dia keras jugak character dia. Dia memang tak rapat dengan ayah langsung nak2 ayah pun tak pernah nak amek peduli masa dia ikut ibu posting (adik ada masalah kesihatan dengan nak adapt dengan international school).
Ibu hari2 call kami cerita masalah kat sana sedangkan ayah tak ambil tahu pun, even tak tanya okay ke tak, duit apatah lagi. Since adik tak ngam dengan ayah, kiranya dia memang selalu buat hal dia je dalam bilik, makan, keluar jumpa kawan.
So ayah ni selalu tak puas hati dengan dia, katanya macam anak raja, tak tolong kerja rumah, dimanjakan ibu sangat2, macam2 dikatanya. Ibu siap kena ugut “apa2 jadi esok kat adik, kalau tak jadi orang, tak keje ke apa ke kamu tanggung la, sebab kamu la, tak pandai didik anak”.
Eh again WTH, adik tu anak sape? Anak ibu sorang ke? Eh eh! Haa btw ayah cakap camtu sebab ayah dengan adik pernah beberapa kali bergaduh. Hampir2 bertumbuk tapi ibu leraikan. Salah satunya dulu lepas ibu balik dari posting, kan ibu dengan ayah duduk bilik asing.
Jadi kat rumah bilik tak cukup, adik tak ada bilik. Kesian terpaksa merempat sana sini tidur. Pernah sekali dia tumpang tidur bilik ayah kunci pintu.
Ayah balik dari utara outstation, penat2 balik nak masuk bilik terkunci dah ketuk2 adik tak bukak sbb tidur m4ti. Dia ketuk tendang2 pintu tu, terkejut la adik bangun tetiba kena maki hamun.
Korang bayangkan orang kejut korang bangun tidur mcm tu, tak boleh kekut elok2 ke kan. Aku duduk bilik sebelah time tu pun terkejut apesal tetiba suara lelaki jerit2 gaduh, ketuk pintu macam nak pecah.
Muka masing2 sejengkal je aku tengok time tu macam nak bertumbuk, terus aku peluk tarik adik jauh2 dari ayah. Adik terus chow pegi tidur surau merajuk eh.
Bila fikir balik nasib baik surau, kalau dia pegi buat benda tak elok macam mana? Sejak dari tu la adik dengan ayah tak bercakap sangat sampai sekarang. Cakap bila perlu je.
5. Berkira – Ayah ni gaji jauh lagi tinggi dari ibu. Tapi dia kurang pandai buat life planning, budget etc. Kami tinggal di kuaters kerajaan atas nama ayah hampir 10 tahun. Rumah pertama yang ayah beli dulu dia jual sedangkan dia tak buat planning rumah untuk kami tinggal selepas pencen.
And again ibulah penyelamat. Lepas ayah pencen, kami tinggal du rumah yang ibu berjaya beli di saat lagi beberapa tahun nak pencen.
Maknanya, masa pencen ibu masih berhutang bayar rumah la. Ayah? Tak ambil tau pun tentang urusan pembelian rumah, semuanya ibu settlekan sendiri. Ayah tak bantu ibu bayar hutang rumah?
Jawapannya tak. Dia cuma keluarkan duit sikit untuk renovation, siap cakap “since aku invest duit untuk renovation, aku pun ada hak ke atas rumah ni” tiberr. Lepas pencen ibu yang tanggung hutang sorang.
Lepas ayah pencen, aktiviti dia adalah melancong. Merata2 pegi, tapi kebanyakannya negara jiran je. Yang selalu ke Indonesia la. Cakap je ceruk mana kat Indon tu semua dia tau. Kami pun sebenarnya tak tau apa yang dia buat kat sana.
Ibu? Tak ikut pun. Tak ajak dan kalau diajak pun ibu tak hingin nak ikut. Dia pegi sorang je jalan2. Kadang2 katanya jumpa kawan reunion masa study Aussie dulu, jalan2. Bila kita mintak share flight itineries, nama hotel semua dia tak bagi.
Yela macam manapun kita risau la kalau apa2 jadi, kami tahu ayah ke mana. Ni skrg nasib PKP, tak dapat keluar, tu pun ayah dah bising je sebab dah bosan duduk rumah. Ada sekali tu dia hampir2 ajak kawan2 dia datang rumah masa raya pertama. Bila kita tegur macam2 dimarahnya.
Yela Covid19 bukan boleh bawak main. Kami pun ada anak kecik, baby lagi takkan senang2 nak bagi orang luar datang. Puas jugak lah berperang mulut sampai ayah sedar betapa bahayanya wabak ni.
Ni sekarang aku, suami dan anak baru berpindah ke rumah kami sendiri. Masa berpantang hari tu ibu dtg tidur sini, tolong jagakan aku dan baby.
Bila dah habis pantang ibu dah mcm tak nak balik walaupun hampir 3 bulan duduk rumah aku. Alasannya kesiankan baby kami. Tu pun puas kami paksa secara halus suruh balik temankan ayah. Yelah macam mana pun kesian jugak kat ayah, makan pun beli je tiap hari.
Bila mood tak ok, ibu mula marah cakap yang aku sengaja sibuk nak duduk rumah sendiri sebab nak lari daripada ayah, nak tinggalkan ibu sorang2 face ayah, padahal memang dah sampai masa kami duduk rumah sendiri, ada privacy sendiri dan besarkan anak cara kami.
So sekarang ibu dah jadi macam cepat kecik hati, marah2 dengan aku. Kadang2 kalau cakap via phone pun bila terasa sikit terus letak phone.
Aku tau ibu sedih sangat sebab tak sanggup nak bersabar dengan ayah, nak kuatkan semangat tanpa aku. Sebab katanya kalau anak2 aku ada, dia boleh alihkan kebencian tu dengan layan cucu2, lagi tenang jiwa.
Tapi tak bolehlah dengan memaksa aku tinggal dengan ibu ayah lagi. Lagipun rumah aku 25 minit je pun dari rumah ibu. So apa yang aku nak tanya kat sini, macam mana kami nak bantu ibu dan ayah ni bersatu hati, duduk satu bilik balik, buang ego dan terima pasangan seadanya.
Kami selalu ingatkan ibu untuk banyakkan bersabar dan redha dengan ujian suami yang begini. Bak kata ustazah Asma’ suami ni kadang2 sebagai asbab je. Ujian Allah bagi tu untuk kita lawan, kuatkan iman sebagai jalan ke syurga.
Tapi orang kata cakap memang senang, sedangkan kalau aku balik rumah parents, ada selisih faham dengan ayah pun aku tak boleh sabar sebab kata2 dia jenis yang suka mengungkit, cari pasal, macam bagus, macam tulah.
Kalau based on observation, untuk kembali duduk sebilik tu macam mustahil sebab kebencian ibu terhadap ayah tu mcm dah membatu, menyampah. Tapi ibu ni banyak tenangkan hati dengan solat tahajjud, dhuha, mengaji. Jadi perasan benci marah kesian tu seperti berulang2.
Cumanya walau macam mana buruknya ayah tu dia tetap ayah kami. Sakit hati macam manapun aku selalu cuba tenangkan hati, dan doakan dia berubah satu hari nanti.
Aku nak juga ibu ayah ni masuk syurga. Nak juga tengok ibu dapat redha suami, tak kisahlah ayah tu macam manapun dulu aku harap dia dah bertaubat.
Aku pun nak dapat redha ibu ayah sebab walaupun dah minta maaf raya hari tu, kejadian2 sama tetap akan berulang lagi dan lagi. Aku tetap akan serabut bila ibu asyik cerita tentang ayah itu ini dan ayah sendiri dengan mulut takde insuran dia.
Tolonglah macam mana nak bersihkan hati ni.
Yang mahukan keindahan dalam kehidupan,
– Haney (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit