Ayah Yang Tak Diimpikan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/ayah-yang-tak-diimpikan/).

Korang, maafkan kalau penulisan aku dalam confession yang lepas mengundang kebencian kalian. Terutamanya part ‘paksa ibu balik secara halus’ dan ‘kami perlukan privacy’.

Hurm macam2 cacian aku terima. Tapi kan lagi molek kalau nasihat tu secara berhemah. Ni ada yang siap maki hamun, ber bab* bagai. Terima kasih kepada yang mampu bersabar dan memberi nasihat yang baik.

Yang lain tu tak apa, aku dah maafkan kalian. Aku terima semua komen baik dan buruk dengan hati terbuka. Seterusnya, biar aku beri pencerahan sebagai kesinambungan cerita nanti kat bawah ye.

Sebelum tu, ingin aku ceritakan serba sedikit tentang peranan kami sebagai anak2 dalam masalah yang kami hadapi sepanjang hidup ini. Aku dan kakak selalu bertindak mempertahankan ibu jika dia terkena das2 ‘tembakan’ kata2 ayah.

Boleh kata setiap kali berlaku pertelingkahan ibu dan ayah, kami akan menyusul berbalas kata2 untuk back up ibu, tapi bergantung pada masalah la. Jadi kiranya ada yang katakan aku bertindak sebagai observer sahaja tu, aku sememangnya bukan begitu.

Bergaduh mulut pernah, confess tentang perihal ayah yang kami tahu pun pernah, tapi macam mana pun kami selalu chow je lepas gaduh sebab tahu perkara ni takkan selesai dan awal2 dah boleh agak siapa pemenangnya.

Mungkin dalam confession sebelum ini agak berat sebelah. Banyak luahan menceritakan tentang kekurangan ayah. Ibu juga ada kekurangannya, tapi normal la manusia mana yang tak ada kekurangan kan?

Tentang kenapa tak biar ibu tinggal bersama tu, terima kasih kepada segelintir netizen yang faham dan sedar dengan kewujudan suami aku.

Sebenarnya tindakan aku mula berpindah rumah tu salah satunya untuk kurangkan lebih banyak lagi aib keluarga daripada terdedah kepada pengetahuan suami.

Secara kasarnya dia memang dah tahu sikap ibu dan ayah daripada sebelum kahwin. Kalau aku mengadu pun kadang2 dia malas nak layan masalah2 ni dan anggap perkara ni terjadi sebab communication breakdown antara ibu ayah.

Cuma still tak best untuk aku cerita semuanya kepada dia. Jadi biarlah aku je yang menjadi anak yang menjawab, melawan, tapi bukan suami aku. Bagi aku, suami mesti menghorm4ti ibu dan ayah.

Tapi bila dah tinggal bersama (sejak lepas kahwin), mestilah sedikit sebanyak terkena tempias permasalahan family aku ni. So far dia masih lagi boleh kawal emosi. Sebelum lebih banyak aib terdedah baik kami berpindah demi kebaikan bersama.

Kalau boleh aku mahu perhubungan ibu ayah dan suami baik2 sahaja. Mana yang boleh aku jaga/ cover aku akan cover supaya semuanya sempurna, tanpa selisih faham mana2 pihak.

Dan yes untuk bawa ibu pindah terus tu mestilah kena berbincang dengan suami kan. Ada yang komen mengatakan dengan adanya pihak ketiga (ibu) dalam urusan rumahtangga aku, this can lead to other problems. Memang betul, siapa yang faham tu faham lah.

Sesiapa pun kalau tinggal bersama mertua, panjang ceritanya. Macam2 isu. Manusia ni tak sempurna. Suami ada perangai dan cara sendiri, ibu ayah juga begitu.

Mungkin aku je faham karenah masing2 dan tak perlu aku ceritakan secara terperinci kat sini. Tapi keduanya baik2 je, takdelah bergaduh.

Untuk elakkan mana2 pihak kecil hati dan sebagainya, lebih baik kami sekeluarga kecil ni tinggal berasingan, dan aku yang bertegas dalam membuat keputusan ini. Bagi aku ini bukan keputusan mudah.

Jangan salah anggap, aku sayangkan ibu aku dan selalu memikirkan tentang dia. Kami seringkali video call boleh kata hari2. Oleh kerana rumah aku tak berapa jauh, kami selalu pulang ke rumah parents juga.

Mungkin cara aku tulis tentang ‘privacy’ dan ‘paksa ibu balik’ tu obviously seperti selfish. Aku setuju korang marah pasal tu. Tapi adalah masalah disebalik tu. Kalau faham tu fahamlah.

Tentang bercerai pula, ini juga bukan semudah yang disangka, percayalah. Bercerai tu tak pernah difikirkan oleh ibu.

Kadang2 kalau dah tak sanggup nak dengar mereka bergaduh, aku cakapkan juga pada ibu, “kalau dah macam ni eloklah masing2 hidup sendiri, atau jomlah jumpa kaunselor”.

Tapi ibu memang marah dengan nasihat aku tu. Bagi dia tak ada istilah bercerai dalam hidupnya. Dah banyak yang kami nasihatkan, tapi ibu juga berkeras tak mahu.

Kesukaran dari pihak aku untuk berkeras memujuk ibu ke arah penceraian pula adalah dek kerana melihat betapa sayangnya ayah kepada cucu2 dia.

Pernah sekali tu aku berbalah dengan ayah via Whatsapp, then macam malas nak contact the next day tu. Tiba2 anak aku menangis2 nak video call atok dia. Rindu katanya.

Jadi aku rasa tak sampai hati bila membayangkan keadaan kehidupan ayah jika tanpa keluarga. Entahlah rasa kesian tu tetap ada walau macam mana teruknya ayah. Mungkin kami semakin matang dan boleh memaafkan.

Macam yang aku mention sebelum ni, ayah sedikit sebanyak cuba menimba dan menambah ilmu agamanya pada ketika ini, sesekali ke masjid untuk solat berjemaah.

Apa yang aku sampaikan tentang sikap2 ayah dari usia muda tu seperti sebagaimana rasa sakit hati kami padanya.

Jadinya kebanyakan content confession lepas berunsur negatif sahaja sebab jiwa terganggu sikit, rasa marah membuak2 oleh kerana peristiwa yang baru terjadi masa tu.

Marah meluat kami terhadap ayah pun, kami sering let go benda2 lepas dan mulakan conversation baru, cakap baik2 dengan ayah. Sehabis baik kami cuba hormat ayah tu walau macam mana buruk pun dia. Itulah yang ibu sering nasihatkan pada kami.

Paling2 pun kami buat hal sendirilah sehingga rasa marah reda. Ibu pun sama seperti kami. Jadi sebenci2 kami pada ayah, ibu sering nasihatkan supaya kesiankanlah dia, dan anggaplah ayah tu kurang kasih sayang sebab dia kehilangan ibunya sejak lahir.

Jadi perasaan kami ni sentiasa bercampur baur, kejap kesian, kejap marah, sedih, kelakar pun ada. Tinggikan kesabaran kami ni? Semua diwarisi daripada ibu.

Aku faham tentang keadaan ibu ayah tak tidur sebilik, makan pakai tak terjaga semua tu boleh jatuh dosa pada ibu, dan puas kami minta ibu pertimbangkan supaya tidak sia2 amalan ibu.

Tapi ibu masih lagi kuat bertahan dan sentiasa mendoakan ayah berubah atau sekurangnya cuba memperbaiki dirinya.

Kami anak2 pun takkan lupa untuk sentiasa meminta pada Allah untuk kembalikan ‘sparks’ hubungan ibu ayah dan keluarga kami. Semoga kesabaran ibu membuahkan hasil. Semoga Allah panjangkan usia ibu ayah dan sempatkan mereka berbaik dengan izinNya.

Kami adik beradik selalu berbincang tentang ibu dan ayah. Adik beradiklah tempat kami meluahkan perasaan dan untuk minta pandangan.

Baru2 ni kakak balik ke rumah ibu. Katanya cuba kita mulakan dengan solat berjemaah dengan family untuk berpahala di samping mengeratkan hubungan family.

Dia umpan anaknya untuk mengajak ayah solat berjemaah dalam masa seminggu ni and luckily ayah setuju.

Entahlah, bagi aku semua ujian Allah tu ada hikmahnya. Aku sentiasa berdoa supaya Allah berikan jalan yang terbaik dalam permasalahan ini.

Sekarang ni bila dah bercucu, perangai ayah semakin baik la especially towards cucu2. Mungkin cucu ni pengikat kasih. Balance sikit2 bahasa kasar dia tu masih ada, tapi kami sentiasa ambil hati kedua2 ibu dan ayah, elakkan pergaduhan.

Yelah kalau masih ada sinar untuk berbaik walaupun sekelumit, why not kan?

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kami. Kalau ayah berubah sedikit demi sedikit pun, kami amat berbesar hati memaafkan dia. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni. Kami cuma cuba untuk menjadi insan yang pemaaf.

Semoga kalian dapat memberikan pandangan yang positif. InshaAllah kalau susah untuk berbaik kami akan usahakan mereka berjumpa kaunselor. Terima kasih korang. Assalamualaikum.

– Haney (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *