Sempena tahun baru ni, aku nak luahkan sesuatu yang buat kan aku as a wife rasa sedih sangat dekat husband aku. Aku kahwin dah almost setahun lebih. Belum ada rezeki untuk ada anak.
Suami aku seorang duda anak dua. Sepasang lelaki perempuan. Kami kenal lama selepas dia cerai. Maksudnya masa dia dengan ex wife ada problem dan bercerai, aku belum kenal dia lgi. Lepas 4 atau 5 tahun cerai, aku baru kenal dia then tunang and kahwin.
Aku selalu baca pasal ibu ibu tunggal yang marah bila bekas suami tak ambik tahu apa apa pasal anak. Jarang aku baca, bekas suami yang marah, pasal tak dapat jumpa anak.
Sebenarnya aku agak annoying baca tweet yang ramai cakap sebelum nak kenal / kahwin dengan duda, kena selidik latar belakang, sebab apa cerai blablablabla. Macam ada satu sitgma yang asal nama nya duda cerai hidup mesti cerai sebab masalah duit atau kaki perempuan.
Kau tak pernah jumpa duda yang kenal tinggal sebab bini dia tak pernah bagi masa dan perhatian. Terlalu melebih kan kerja sampai perasaan suami terabai?
Suami aku bercerai sebab dia takda jodoh panjang katanya. Lepastu sejak kahwin dia kurang perhatian. Sebab nak pergi mana mana, mak mertua dia selalu nak ikut. Bila tak bawak sebab nak spend masa dengan anak bini je, nanti mak mertua buat muka.
Bila mertua dah buat muka, bini lak tak happy nak keluar. Untuk happy kan bini kene bawak sekali lah. Lepastu mertua selalu ikut campur urusan laki bini.
Bekas isteri pulak kalau gaduh sikit, duit tak ckup semua cakap dengan mak. Sampai mak dia maki suami aku, asik meratib anak dia susah hidup dengan laki aku, sampai suruh cerai.
Mak suami aku cerita, dia kesian dengan anak dia. Mak suami aku selalu nasihatkan aku, kalau gaduh, ada masalah laki bini jangan cerita dengan keluarga. Sebab abg dah pernah rasa dulu sampai bercerai.
Isunya sekarang ni adalah, dua dua anak semua pada bekas bini dan mak mertua. Yang lelaki ada masalah kesihatan dan memerlukan perhatian. Kena selalu pergi check up hospital. Jadi yang lelaki, mak kepada bekas bini dia yang jaga siang malam. Sampai bawak check up, mak bekas bini yang pergi.
Yang sulung perempuan. Sihat, pandai berdikari, selalu kene main sendiri sebab takda orang layan. Sampai sekarang, pada aku dia ada masalah untuk faham apa aku cakap. Sulung ni boleh bercakap, tapi dia tak faham apa kita tanya. Dia akan bercakap apa yang dia tahu je. Kadang aku kesian, sebab takda orang jaga dia.
Dia dah sekolah, balik sekolah nenek dia bukak kan tv sampai malam lepastu tido. Mana mak dia? Mak dia sibuk kerja. Keluar pagi sampai rumah dan malam dalam pkul 11/12.
Jangan cakap sebab dah takda laki untuk bagi nafkah dekat dia. Sebab laki aku cakap itu memang masa keje dia daripada dulu. Dari kahwin sampai dah cerai. Sampai laki aku rasa terabai takda perhatian.
Jadi bila bekas bini drpd dulu keje macam tu, mak dia marah. Cakap laki aku tak guna. Bini keje sampai malam. Laki takde inisiatif nak keje gaji besar.
Padahal mak mertua aku cakap, laki aku dah suruh dia berhenti atau cari kerja ofis tapi bekas bini dia taknak. So nak buat macam mana kan. Dia izinkan jelah. Sebab cakap banyak pun, mak bekas bini dia tetap salah kan dia.
So sekarang anak dah nak sekolah. Laki aku bagi nafkah semampu nya. Kalau anak masuk hospital, semua bil laki aku bayar. Kalau anak nak beli barang sekolah, mainan, yang mana bekas bini bagi bil, dia bayarkan.
Tiap kali keluar dengan kiteorang, tak pernah tak bawak balik mainan baru. Semua nya laki aku bagi untuk anak anak. Mestilah ada yang kurang tapi laki aku usaha bagi untuk cukup kan semua.
Sebab nenek dia dah bagi perhatian dekat yang bungsu, laki aku ambik inisiatif untuk jaga yang sulung. Duduk dengan kiteorang, bagi perhatian yang dia tak dapat, masuk sekolah elok sikit, ajar solat, mengaji. Lagi nak mengurangkan beban dekat bekas bini dia.
Jadi bekas dia jaga sorang, laki aku jaga sorang. Nanti cuti dengan hujung mggu, kita pulang lah balik. Bukan nak putuskan hubungan dorang adik beradik. Kita bukan takda agama nak buat macam tu.
Jadi laki aku discuss lah dengan bekas dia macam tu. Bagitau dah sampai masa untuk laki aku pulak yang jaga.
Dulu masa cerai, laki aku dengan mertua aku pun nak jagakan tapi bekas bini tak bagi ambik. Katanya family dia ada untuk tengok dan jagakan anak anak dia. Jangan ambik sorang pun kalau tak dia naik court untuk tak bagi laki aku jumpa anak anak langsung. Sedih aku dengar masa ni.
Lepastu bila dah discuss, dia cakap ok. Tiba tiba, petang macam tu, bekas mak mertua laki aku call. Marah marah, maki hamun, sampai keluar ayat bapak tak guna, bekas menantu sial. So laki aku tanya, apa masalah ni sampai nak maki maki. Laki aku takde buat apa pun.
Rupanya anak dia dah bagitau dia, laki aku nak jaga sorang, dia mengamuk. Nenek yang mengamuk tak tentu hala. Sampai cakap nak pergi court pun boleh. Sepatutnya petang tu kiteorang punya turn nak ambik anak anak, tapi nenek nya tak bagi.
Nenek tu bekas mertua laki aku ehh. Nenek dia tak bagi bapak kandung jumpa anak. Dia cakap kalau datang, dia terus bawak pergi report polis and bermacam macam kata cacian dia cakap dekat laki aku.
Laki aku pun angin lah. Orang takde maki kau, kau asal tiber nak maki aku. Macam tulah konsep dia. Laki aku ni kalau tengah marah, dia memang akan diam dan palau semua orang sampai dia sejuk sebab takut cakap benda bukan bukan.
So mak mertua ni tak puas hati laki aku tak layan, dia pergi call bekas besan dia a.k.a. mak laki aku. Dia pun mengadu laki aku tak guna, duit satu sen bagi tak ckup, anak dia kene keje, dulu masa kahwin selalu anak dia mengadu tak cukup makan, duit tak ckup nak enjoy sana sini. Dah mengungkit hal dulu. Bapak tak guna sebab bagi nafkah sikit.
Mak mertua aku kaki langgar. Mana tak betul, mak mertua aku cakap tegak je. Takde nak bercakap berlapik konon nak jaga hati.
Mak mertua aku pun angin lah orang kutuk anak dia. Mak mertua aku marah lah bekas besan dia. Bagitau hal anak anak kita jangan ikut campur. Kenapa awak marah sangat dengan anak saya? Apa hak awak untuk maki anak saya? Anak saya ada maki awk tak? Anak saya ada maki anak awk tak? Apa yang tak cukup?
Anak awak dulu masa kahwin tahu kewangan anak saya macam mana. Sebab dia tu tolong itu ini. Jadi bila dah cerai, awak expect apa? Anak saya takda komitmen? Awak expect semua gaji yang anak saya dapat, semua pass untuk cucu kita? Habis keluarga baru dia macam mana?
Awak tu siapa nak halang bapak kandung jumpa anak sendiri? Even pergi court pun, court takkan halang sebab takda isu apa. Then bekas mak mertua laki aku senyap takleh jawap apa.
Kadang aku pun heran. Kau as bini kau tahu kewangan laki kau macam mana. Dulu masa hidup sama, kau ada kan tolong support laki kau macam mana. Jangan cakap semua perempuan, dia tak keluar satu sen pun semua laki tangung. Mesti ada yang willing untuk support, sebab kita tahu kewangan laki kita macam mana.
Jadi bila dah cerai kenapa kau expect bekas laki kau kene bayar semua? Lepastu bising court tak support ibu tunggal. Support lelaki je. Tak. Masalahnya, courts pun tahu berapa yang bekas laki kau mampu. Kau as bekas pun memang pikir semua duit gaji bekas laki kau kene bagi anak ke? Hidup dia? Komitmen dia? Bini and keluarga baru dia?
Asal kahwin baru je pikir oohh dia mampu. Amende lah. So tak mampu jangan kahwin? Abistu duda yang layak kahwin lgi adalah duda yang berduit je ke? Yang tak berduit takboleh kahwin? Bila bagi tak cukup je, oklah tuntut dekat akhirat.
Engkau yang menyusahkan dan menghalang bapak jumpa anak kandung macam mana? Boleh tuntut dekat akhirat tak? Engkau yang terpaling mak, bila bekas laki tanya anak anak ok tak, sihat tak, rindu dengan anak anak. Engkau palau, tak update apa apa pasal anak boleh? Tuntut dekat akhirat boleh tak tu semua?
Memang tuntut dekat akhirat ni valid untuk bekas laki yang bagi duit tak cukup macam kau nak ke? Contoh laki aku, dia bukan lepas tangan. Tak bagi sesen pun. Setiap bulan dia bagi tanpa miss. Tapi memang tak ckup lah sebab dia tak mampu untuk bagi 10k sebulan.
Sambung balik, sebab bekas mak mertua laki aku marah, sebab dia penat. Dia dah taknak jaga cucu. Dia dah taknak kene bangun pagi, buat kan makan, pergi jalan kene berkejar dengan cucu. Dia penat. Dia nak bangun tido suka hati dia, dia nak masak bila bila dia suka.
Bila ada cucu, dia tak boleh buat semua tu. Dia tetap kene bangun pagi sebab anak dia nak pergi keje, dia kene masak sebab takde orang dekat rumah. Nanti cucu balik sekolah nak makan. Yang dekat rumah pun nak makan. Dia marah sebab laki aku nak ambik sorang.
Laki aku sepatutnya ambik dedua. Oklah laki aku cakap nak ambik dua dua takda masalah. Yang jadi masalah bekas bini dia tu, taknak bagi sorang pun. Tu yang bekas mak mertua laki aku marah. Angin tak tentu hala.
Lepastu pulak dia ni taknak cakap dekat anak dia. Mak penat. Mak taknak jaga budak. Kau bagi jelah biar family dorang pulak jaga. Mak dia tak nak.
So anak nya tak tahu, mak penat ke mak tak suka. Tak habis habis cakap dekat laki aku, takpe. Family saya boleh jaga. Awak jangan ambik tahu hal anak anak. Lepastu sikit sikit, hah menjawab lah awk dekat akhirat. Apoo? Lepastu memekak suruh buat anak sendiri.
Sis, kalau bekas laki kau ni ada rezeki ank sendiri, kau tak takut ke dia memang betul betul tak ambik peduli pasal anak dia tu? Yelah kau lah terpaling boleh beranak. Kalau tkde sperma laki aku, kau pun sama jelah, takleh beranak gak. Sakit betul hati aku.
Actually aku pernah nampak dorang satu keluarga makan. Kiteorang pernah terserempak dekat luar. Memang nampak kesian lah. Anak (bekas bini laki aku) makan sedap sedap.
Aku pun pernah tengok mak dia. Macam mak mak kita yang dah berusia baru lepas keluar KWSP. Yang memang umur macam ni boleh wat rilek wat pis tanam sayur dekat rumah, bagi ayam makan kalau ada bela.
Jadi masa tu mak dia kene pimpin cucu kulur kilir. Mak dia yang kene bawak cucu tunjuk itu ini, nak bagi diam. Anak dia duduk main telefon. Ambik gambar. Aku ni kira masih ada empati lgi lah. Aku suruh laki aku ambik ank dorang, bawak round mall dulu, lepastu pass balik.
Laki aku ni pun tengah fasa kecewa macam putus cinta. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Makan sikit, tengok tv pun mengelamun. Tv yang tengok dia. Sampai aku rasa terabai bila aku ajak borak dia diam je.
Mak mertua aku pun asik call tanya, abg macam mana. Ok tak? Makan tak? Aku sedih.
Kau marah ke sebab bekas laki kau kahwin lagi? Dulu masa dia ajak rujuk kau taknak. Kau cakap sampai mati kau takkan kahwin balik dengan dia even sebab anak. Sekarang kau nak balas guna anak anak pulak. Kau tahu kan anak anak tu separuh dari hidup dia. Kau nak halang kenapa? Tu bukan anak kau sorang.
Jujur aku cakap, selama ni tak pernah ikut campur urusan dorang. Sebab aku sedar untuk part ni aku orang luar takda kaitan. Tapi kalini aku rasa tooo much. Sangat sangat kesian untuk laki aku.
Selama ni aku diam je dengar. Tapi dah sampai laki aku kene maki, takkan aku nak diam je. Tapi still aku belum pernah tolong reply atau tolong angkat call bila family bekas dia call. Next week turn ambik anak. Tak tahu lah macam mana gayanya nanti.
Tolong lah ehh. Engkau pempuan jadi orang jangan ego. Sebab ego kau sorang, banyak orang yang terluka.
– HANA DIANA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya rasa jalan terbaik ialah dgn dapatkan jafual atau hak penjagaan melalui mahkamah. Sekurang2 nya ada jadual untuk jaga anak tu. Tak perlu bincang jika ada masalah emosi dgn pihak bekas isteri.