Assalamualaikum.
Hari ini teringin nak kongsi kisah diri sendiri.
Sujud syukur pada Allah swt dengan limpah dan rahmatNya… Ayah saya telah KEMBALI.
Kembali ke pangkal jalan.
Dulu ayah jahil sangat pasal agama Islam. Ikut kawan-kawan yang bukan beragama Islam, ayah buat tatu nama sendiri di tangan (sehingga kini tatu masih ada).
Hidup ayah dulu jauh sangat dengan Allah.
Ayah meletakkan dunia didepan berbanding akhirat.
Hujung tahun 2014, ayah pulang ke negara asalnya sebab berkahwin dengan ibu (setelah kematian mak). Mereka berdua tinggal di rumah yang telah ayah bina di sana. Perkembangan ayah dikhabarkan melalui ibu setiap kali telefon.
Alhamdulillah… diusia ayah 65 tahun, ayah berjaya khatam al-Quran sebanyak 3 kali. Walaupun bacaan perlahan dan merangkak-rangkak…ayah tidak pernah kenal putus asa.
Baru-baru ini, ayah balik Malaysia sebab melawat anak-anak. Demi Allah, kami tidak pernah terjangkakan diberi nikmat untuk melihat ayah dalam keadaan tenang sebegini. Ayah berubah 360 darjah.
Lima waktu solat di masjid / surau.
Ayah menjadi bilal.
Ayah berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
Setiap kali pulang dari solat, pasti baca al-Quran di rumah.Walaupun bacaan masih belum lancar, ayah baca Al-Quran berserta terjemahan sekali.
Allahu akhbar.. indahnya kurniaan Allah swt.
Subuh tadi, lepas pulang dari surau, ayah baca Al-Quran. Sesekali saya perbetulkan bacaan ayah.
Saya tahan air mata dari mengalir depan ayah.
Rasa nak je peluk ayah erat-erat.
Ayah mula mengenal Al-Quran diumur 62 tahun.
Ayah tinggalkan semuanya disini dan buka buku baru di negara kelahirannya.
Saya menyaksikan seolah-olah ayah saya seperti dilahirkan semula. SUBHANALLAH.
Kini…hasrat ayah dan ibu teringin sangat-sangat nak tunaikan haji. Tapi tabungan belum mencukupi. Kami sebagai anak-anak ayah, rasa sedih sangat jika impian ayah tidak dapat kami tunaikan.
Atas perbincangan adik-beradik, kami keluarkan simpanan sendiri untuk menunaikan hasrat ayah dan ibu.
Jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan ayah pada kami (walaupun dulu, ada kisah pahit semasa kami membesar), apalah sangat sumbangan kami pada ayah ini.
Seboleh-bolehnya kami mahu tunaikan hasrat ayah dan ibu. Mudah-mudahan urusan ke tanah suci ayah bakal dipermudahkan oleh Allah swt.
Untuk anak-anak diluar sana, jika ibubapa kita bukanlah orang baik sekalipun, kita wajib hormat pada mereka. Itulah syurga kita sebagai anak-anak.
Jangan putus berdoa dan bermunajat pada Allah SWT.
Dialah yang pegang hati kita semua.
Jika hari ini seseorang itu jahat… belum tentu dia jahat selamanya.
Dan jika seseorang itu baik… belum pasti dia baik selamanya.
Setiap kali lihat wajah ayah.. saya rasa nak menangis.
Alhamdulillah… terima kasih Allah sebab mengembalikan semula ayah kami.
– -Anak Ayah-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit