Ayahku Dan Rahsianya

Assalamualaikum and hi, admin n semua.

Thanks admin, sebab siarkan confession aku ni.

So kita terus masuk kepada topik seperti yang disebutkan di tajuk.

Long short story, kita orang ni B40. Adik beradik aku ramai and majoritinya lelaki.

Ayah aku, sepanjang dalam memori kita orang adik beradik, ayah kita orang adalah seorang lelaki yang belajar pun tak pandai. Setakat SRP aje.

Dia kerja kampung aje.

Dekat rumah, dia sangat rajin tolong mak dan anak-anak dara dia buat kerja rumah. Kalau atap rumah bocor, dia yang panjat bumbung tukar atap. Kalau paip bocor, dia yang tukar paip. Lampu rosak, dia yang tukar mentol.

Nak renovate rumah, tak payah cari tukang. Dia sendiri yang bancuh simen dan bina sendiri rumah kita orang. Dan kerja-kerja lain lagi.

Seribu rahmatlah ayah kita orang ni senang cerita.

Ayah aku ni tersangat soft spoken. Dekat kita orang adik beradik, dia tersangat sabar didik kita orang jadi manusia sampai semuanya berjaya dan masuk U dan kerja bagus.

Tapi…

Tak tahu kenapa, dalam ke-soft-an dia, dia macam ada vibes yang buat orang gerun. So aku rasa, vibes tulah yang sebenarnya yang banyak ajar kita orang adik beradik supaya jangan sesekali cari pasal dengan ayah.

Saudara-mara kita orang yang sebelah mak pun selalu puji ayah. Dia orang selalu bandingkan ayah dengan laki dia orang, sebab laki dia orang kasar dengan anak-anak.

Ayat yang selalu kita orang dengar,

“Tak macam ayah kau orang. Ayah kau orang baik.”

Dan anehnya, bila aku balik kampung ayah, satu kampung tak berani cari pasal dengan dia. Dia siap boleh ada gelaran dekat kampung dia. Tongkughak Tubong.

Yang bermaksud ‘Tengkorak Kubur.’

Aku tak tahu kenapa, tapi setiap kali aku dengar term tu, aku seram. So aku memang tak berani cari pasal dengan ayah.

Hari-hari biasa, dia boleh melawak gurau-gurau. Masa tu, watak dia adalah Surinder Sahni yang seperti dalam Rabne Bana Di Jodi. Dia sangat down to earth.

Dipendekkan cerita, disebabkan vibes ‘maut dalam soft’ ayah aku ni, dia hadkan yang kita orang adik beradik dilarang bermain alat muzik. Sentuh pun jangan. Dia kata, dia akan tersangat marah.

Kita orang plak tersangat minat muzik. Bakat tu memang datang sendiri. Dekat sekolah, waktu muzik adalah waktu keemasan. Kita orang main alat-alat muzik dengan perform sekali.

Tapi disebabkan ayah tak bagi, kita orang pun patuh. Pendam keinginan main muzik dengan sangat terseksa sekali.

Kita orang tak pernah tahu apa kisah ayah masa zaman muda dia. Mak aku pun tak mahu cerita. Mak-mak sedara kita orang pun senyapkan aje. Ayah pula memang langsung tak ada gambar dia masa zaman muda.

So kita orang tak tahu apa-apa tentang ayah. Yang kita orang tahu, ayah adalah lelaki kampung yang ordinary, menjalani hidup yang ordinary, di dalam rutin kehidupan yang ordinary. Tak ada apa-apa yang luar biasa.

Tapi yang buat kita orang ni pelik, adalah pada suatu hari ni, sorang adik aku masuk hospital. Warded. So ayah yang jaga adik, sebab mak tak dapat cuti. Mak aku kerja kilang.

Adik aku baru darjah satu kut masa tu.

Masa ni satu rahsia ayah kantoi.

Depan kita orang selama ni, ayah tunjuk macam ayah ni bodoh sangat tau. Tak pandai speaking, tak pandai math.

Tapi lepas kejadian adik aku masuk wad tu, adik aku tu cerita yang suatu malam, dia terjaga sebab dengar ayah berbual dengan doktor. Ayah tak sedar adik aku terjaga.

Yang menjadi persoalannya, ayah berbual dengan doktor menggunakan full english. Siap ada slang Australia.

Adik aku ceritakan benda tu pada aku. Aku rahsiakan dapatan ni daripada pengetahuan ayah.

Sampai sekarang, benda tu kekal rahsia.

And….

Bila kita orang membesar, one day opah kita orang meninggal.

So lepas kenduri tahlil, kita orang kemas-kemaslah rumah arwah opah.

Then…

Adik aku terjumpa satu gambar lama.

Gambar ayah aku berjubah doktor, tengkuk tersangkut stetoskop, bersama-sama beberapa lagi lelaki lain yang berpakaian sama macam ayah. Jubah doktor dan stetoskop.

Adik aku tunjuk gambar tu pada aku. Aku suruh dia orang rahsiakan gambar tu dari ayah.

Dalam masa yang sama, kita orang secara sembunyi selalu bincangkan pasal gambar tu.

Back and forth, akhirnya kita orang sedapkan hati yang ‘ayah tu tetap merupakan ayah yang sama yang kita kenal selama ni.’

Ayah tak ada apa-apa rahsia. Gambar tu mungkin sekadar gambar. Kut-kut rombongan kelas dia ke fakulti perubatan ke…

Itulah andaian kita orang masa tu.

Then masa berjalan.

Kita orang ni tak ramai kawan. Sebab ayah sangat strict. Dia tak bagi kita orang berkawan sangat. Cuma boleh berkawan dekat sekolah aje. So kalau kita orang nak tanya ‘siapakah ayah aku’ pada orang kampung pun, kita orang tak berani.

Rumah opah aku. Rumah tu pun macam banyak juga rahsianya. Lagi kita orang kemas, kita orang jumpa gambar-gambar lama yang… menceritakan yang ayah ni bertentangan daripada ayah kita orang yang kita orang kenal.

Aku pula terjumpa gambar ayah satu frame dengan Amy Search.

Dan pada suatu hari, kantoi yang rupa-rupanya ayah pandai main muzik.

Ceritanya, suatu hari dia terpegang satu gitar. Muka dia masa tu macam dia rindu gila dekat benda tu tau. And dia tanpa sengaja pergi petik gitar nyanyikan lagu birthday untuk mak aku.

Masa tu kita orang adik-beradik berpandangan.

Adik aku tanya ayah,

“Ayah kata ayah tak pandai main gitar. Tu pandai tu?”

Situ juga ayah berhenti petik gitar. Ayah campak gitar tu.

Ayah cover. “Mana reti. Tadi tu main-main aje.”

Tu satu.

Orang kata, rahsia ni berapa lama sangatlah boleh kekal rahsia ye tak. Nak-nak lagi, kita orang adik beradik ni makin besar. Makin boleh fikir.

Dulu, bila aku mengadu dekat ayah yang aku tak tahu ikat tie, ayah suruh aku belajar dengan jiran.

Tapi bila sekarang ni kita orang semua dah besar dan keluar, tinggal adik bongsu kita orang aje yang still sekolah.

Nak dijadikan cerita, adik bongsu aku ni jenis tak pandai ikat tie tau. Jenuh belajar. Dia tetap tak boleh ingat.

Baru-baru ni, kakak dia mendaftar uitm. Selama ni kakak dia yang jenuh ajar dia ikat tie. So bila si kakak ni dah masuk U, dah tak ada lagi orang yang akan ikatkan tie si bongsu tu.

Menangis si bongsu tu.

Tetiba ayah aku ambik tie tu dan tolong ikatkan.

Tie mungkinlah benda biasa pada orang2 B40 kelas atasan dan M40 dan T20. Tapi bagi kita orang yang miskin tegar ni, benda tu luar biasa tau.

Aku terkejut. Sebab dulu ayah beria kata ayah tak pandai ikat tie.

Ayah kata, “ayah ni belajar pun tak pandai, apatah lagi nak ikat tie.’

Itu. Aku ingat sangat ayat tu.

Sekarang? Tetiba jadi pandai?

Tapi sekali lagi ayah nak cover.

“Dulu-dulu ayah pernah kerja pejabat. Kena pandai ikat tie.”

Okey. Pejabat ya.

Aku tanya, “Ayah kata ayah tak pernah kerja bagus-bagus. Tu pernah kerja pejabat tu? Kerja baguslah tu, kan?”

Mungkin masa tu ayah dah start rasa rahsia dia akan kantoi, so dia mengelat.

“Dahlah. Malas ayah nak layan soalan kamu ni. Pelik-pelik aje.”

Okey, fast forward lagi. Yang ini kemuncak.

Adik-adik aku, dah mula pandai berfesyen.

Tapi fesyen dia, style rockers 80-an. Jeans ketat, jaket denim, rambut panjang.

Suatu hari, mak cik aku terlepas cakap kata,

“Sebijik macam bapak dia muda-muda dulu!”

Aku yakin sangat dia orang tak sedar yang dia orang dah terlepas cakap.

Atau mungkin dia orang tak sedar yang kita orang tiga beradik ni ada kat situ.

Mak cik aku pergi imbau kenangan ayah aku muda-muda dulu.

Katanya, dulu masa kumpulan M**a nak record lagu SBSDGS,

Ayah aku yang bawa vokalis kumpulan tu pergi sungai kat kampung ayah and dia orang sama-sama berlatih vokal bawah air terjun. Sebab lagu tu sangat tinggi dan susah dibawa.

Okey, moment of eureka bagi kita orang adik beradik masa tu.

Mak cik aku cerita lagi,

Jiran opah kita orang tu, cucu dia bassist Wing. Rapat dengan ayah aku. Selalu pergi konsert sama-sama.

Okey, eureka lagi.

Sampailah ke penemuan terakhir, iaitu sekeping gambar ayah aku berpakaian rockers 80-an, sebijik macam fesyen yang adik aku gayakan.

So terjawablah kenapa ayah tak mahu kita orang main muzik. Sebab ayah dulu orang muzik. Dia tahu sepak terajang dunia muzik. So dia tak mahu anak-anak masuk dunia muzik.

Soalan terakhir kita orang pada mak cik,

“Kenapa ayah pernah bergambar pakai jubah doktor dan ada stetoskop?”

Mak cik tak mahu cerita.

Kita orang paksa-paksa juga.

Dengan berat sangat, mak cik pun cerita.

Rupa-rupanya ayah kita orang ni, masa muda, dia gengster kampung. Sebab tu sampai sekarang, orang tak boleh dengar word ‘Tongkughak Tubong.’ Dia orang gerun dekat ayah aku.

Dulu dia belajar kat Australia. Ya, budak medic. Tapi dia tak habiskan belajar. Tak tahu apa sebabnya, mak cik aku tak mahu cerita.

Dia balik Malaysia dan lepaskan geram kegagalan dia jadi doktor tu, dengan menjadi ketua gengster. Dia playboy, dia rockers. Rockers-rockers tahun 80-an tu semua member dia dulu.

Then, dia kenal mak aku. And jatuh Cinta.

Mak aku pulak anak tuk imam.

Atuk aku letak syarat dekat ayah aku, kalau nak kahwin dengan anak dia, ayah kena berubah. Buang semua kisah silam dia tu.

Ayah aku setuju. Tapi rupanya, dia memang betul-betul bertaubat, bukan berubah sebab nak kahwin aje. Dia malu dengan masa silam dia, dan tak mahu anak-anak ikut langkah dia.

So terhapuslah semua sejarah tentang siapakah dia dulu-dulu. Dia minta semua orang rahsiakan daripada kita orang tentang siapakah dia di zaman mudanya.

Sampai sekarang, ayah menjadi personaliti bertentangan dengan diri dia muda-muda dulu. Soft spoken dan sangat baik. Tapi jangan cari pasal. Jangan sampai dia jadi ‘Tongkughak Tubong’. Masa tu, kau akan…. Wassalam.

Satu kampung tahu siapa sebenarnya ayah aku. Dan dia orang dengan sangat komitednya terus menyimpan rahsia tu.

Kau orang agak, berapa banyak lagi rahsia bapak kita orang yang masih tersimpan?

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *