Ayahku Ketagih Internet

Hi dan assalamualaikum aku Zaana (bukan nama sebenar). Aku merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik yang kesemuanya perempuan.

Aku ada seorang ayah. Dia sangatlah baran, paranoid dan bermacam lagi sikap dia selalu buat aku naik angin.

Hendak dijadikan cerita, ayah aku ni telah kematian isterinya iaitu arwah mak aku. Dah masuk setahun.

Dia ni sangatlah gemar melayari laman web seperti youtube dan bigo setiap malam di laptop. Bukan malam sahaja malah daripada pagi boleh dikatakan sepanjang hari dalam setiap hari.

Untuk pengetahuan dia bukanlah pandai membaca, buta huruf. Dia ini sangatlah obses kepada Internet. Aku ni sudah banyak kali terangkan kepada dia setiap kali kalau Internet dia sudah habis dipakai.

Aku ni bukan kerja telekom. Tapi asalkan keadaan sebegini ada sahaja dia tak puas hati kemudian melempar kata hinaan dan tuduhan kepada aku dan kakakku. Tuduhan dia pula yang tak masuk akal dan kenapa kami kena buat macam tu.

Ceritanya, ayah aku ini pengguna maxis. Pass Internet dia mahal. Aku pernah belikan dia Internet sebulan yang boleh hotspot ke laptop tapi tahan untuk dua minggu kerana ayah aku ini tak pernah tutup data Internet dia,

Dan hotspot ke laptop dia juga sentiasa terpasang untuk elakkan susah menyambung semula rangkaian Internet di telefon ke laptop.

Aku selalu belikan dia Internet pass tahan sehari yang unlimited tapi pass Internet tu tak dapat hotspot ke laptop, jadinya aku terpaksa beli internet tambahan 3gb.

3gb terlalu lah sikit baru beberapa jam sudah habis ditambahkan pula ayah aku sejenis bukak Internet berpanjangan tak pernah tertutup.

Ada je kouta Internet yang banyak sedikit tapi harganya berbelas, tahan sehari. Tak habis pakai kan rugi.

Ayah aku ni tak boleh Internet perlahan tersekat spoil mood jadinya.

Ayah aku tak pernah tahu berapa kali aku dan kakak aku cover top up untuk dia semata nak pastikan Internet dia sentiasa ada sehingga satu tahap kami pun dah tak cukup wang memang takde wang untuk bantu dia memang kami terpaksa biarkan dia guna duit dia sahaja.

Sampai kalau kami top up untuk kami, kami sanggup share kredit kami untuk dia semata bagi dia ada Internet.

Aku pernah cakap dengan ayah aku, guna Internet untuk telefon sahajalah kerana tak banyak data pun pakai. Tapi ayah aku sejenis tak nak dengar kata aku. Nak juga apa dia nak tu ada. Dia nak juga ada Internet untuk laptop dia.

Aku selalu hairan, dia nak tayang kat siapa dia bukak laptop besar besar website seperti itu. Dia pun cakap dia tak puas tengok kat henpon, skrin kecil dan susah dia nak pakai.

Kadangkala ada masa aku ni rasa dia ni tamak juga. Henpon dia nak bukak, kat laptop pun dia nak bukak.

Pulak tu dia main sampai lewat malam, lepas tu dia tak cukup rehat tidur salahkan kami pula. Lagi satu dia ni dengki tengok kami senang main phone Internet sentiasa ada.

Masalahnya kami ni Internet tak guna untuk laptop memang lah sentiasa ada. Itupun kami struggle nak ada Internet bila kami tak beli internet untuk sebulan atau seminggu. Habis juga duit kami untuk top up.

Sejujurnya dia sebelum ni tak tahu pun nak pakai laptop macammana, Internet semua. Memang aku yang usulkan untuk dia belajar gunakan tapi tak sangka pula dia seteruk sebegini obsesnya. Dia jadi bertambah teruk bila aku mula intern dan makku meninggal dunia.

Aku ada luahkan pada makcik sedara aku, tapi aku balik disalahkan kerana akulah punca semua itu terjadi dan dia pun bagilah nasihat dan peringatan.

Dia boleh sahaja menegur ayah aku tapi takkan berkesan dan berulangan jikalau aku terus berikan laluan kepada ayah aku untuk memenuhi dia punya kemahuan.

Makcik ku juga terkilan mengapa perkara yang penting aku sering rahsiakan dan turutkan sahaja arahan ayahku,

Seperti pengeluaran duit kwsp ayah aku semata untuk beli internet, laptop baru dan repair sebegitu tiada pula aku tanyakan pendapatnya, sedangkan perkara remeh sebegini pandai pula aku nak meluahkan.

Aku bukan apa, aku tak mahu peningkan kepala ku. Aku layankan sahaja kerenah dia selagi terdayaku. Tapi benda itu tetap memeningkan kepalaku dan menyakitkan hati bila dia asyik menuduh melampau.

Aku ni ada tahap kesabaran. Dia suka mencabar aku. Suruh berambuslah ataupun dia yang berambus kalau dia ini sudah menyusahkan kami. Apa perasaan kalian kalau dengar sebegitu.

Untuk pengetahuan korang, laptop yang dia pakai ini juga laptop telah ganti kerana laptop sebelum ini telah dia hempaskan dan rosak disebabkan Internet sering terputus dan susah untuk sambung. Dia stress dan pula menuduh aku telah mengubah setting di laptop itu.

Aku pun tak tahulah, tapi aku memang mudah baran dengan ayah aku, telinga aku cepat panas dengar kata katanya kepada aku dan adik beradikku lagi lagi setelah kematian mak aku.

Ayah aku ni memang suka cari isu, sedangkan kami elok dalam bilik pun dia suka cari pasal tak senang tengok kami berehat senang senang dalam bilik. Kami riuh dia marah, kami senyap tak nak layan dia pun dia angin.

Sambung semula, dia pun sanggup mengejutkan aku di tengah malam buta, semata tanyakan dan uruskan Internet dia.

Kekadang tinggal berapa jam untuk aku bangun pergi kerja. Aku kalau dah bangun Kekadang susah nak tidur balik. Ceritanya aku mengantuk di tempat kerja.

Aku juga sering memperpanjangkan tidur kerana nak cover waktu tidur yang tak cukup itu. 1 jam atau 30 minit sebelum waktu kerja itu aku bangun, siap2 dan pergi kerja.

Itupun sempat ayah aku tahan aku tengokkan dan uruskan Internet dia. Aku dah lambat bertambah lambat.

Aku ni jalan kaki ambil 20- 30 minit kalau pergi tempat kerja. Kalau gerak seperti 7.40 sebegitu, mesti aku akan sampai tepat tepat ke tempat kerja atai terlewat sedikit.

Ayah aku juga sering persoalkan kenapa kredit dia cepat habis topup banyak kali. Aku pun angin juga bila tanya banyak kali macam tu. Dah beli internet untuk dia mesti lah habis.

Belum lagi dengan sos topup dia itu berhutang sampai 30 ringgit. Topup sahaja tolak terus tinggal seringgit. Itu pakai sos top up balik cover tapi tak bertambah lah top up malah kurang 2-3 ringgit.

Yang dia tahu mengamuk sahaja bukan nak bersyukur sanggup habiskan duit semata nak ada Internet kat laptop.

Dia pun bukan kerja office, tak menjadikan dia pandai membaca pun. Lagi buatkan dia jadi baran adalah, kuat menyalahkan orang lain. Aku pernah perli dia, kasihan dia kerja over time penat sangat. Padahal penat tu dia cari sendiri.

Benda lain aku masih boleh telan even benda tu tetap perkara remeh. Kalau dia malas nak uruskan, biarkan. Nanti aku dan kakak aku selesaikan. Tak payah tunjuk rajin dan penat kalau tak ikhlas. Suka menuduh, memaki hamun, mengungkit.

Fikir penat dia aje. Perasaan dia saja. Kami ni apa, patung diam dan turutkan bila perasaan dan fikiran kami di pijak pijak.

Jangan ingat dia ayah, jadikan dia ada hak untuk lepaskan semua perasaan kemarahan dia pada kami. Kami tak kacau dia, dia jangan kacau kami.

Sekian itu sahaja luahan remeh tapi beremosi.

– Zaana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *