Ayahku Hampir Kahwin Lagi

Firstly sebelum aku cerita pasal ayah aku, aku nak cerita pasal ayah angkat aku dulu. Kita panggil dia Ayah Dhey. Ayah Dhey dengan ayah aku ni adik beradik angkat lah. Muqaddimah *pendek cite* semua ni, Ayah Dhey aku pernah diuji jugak dengan hal perempuan. Mudah kata, Ayah Dhey pernah hampir kawen ke-2. HAMPIR!

Masatu Ayah Dhey ni semakin ‘loaded’ dalam bisnes dia, sebabtu juga dia diuji sebegitu. So mesti lah perempuan2 yang tertahu akan ke’berjaya’an Ayah Dhey, mula menggeletis. Long short story, Ayah Dhey tak jadi kawen dengan perempuan tu. TAPI! Ok, ni cerita yang kena dengan tajuk cerita aku kalini.

Masa kekhilafan Ayah Dhey, ayah aku ni antara orang yang lantang menghentam Ayah Dhey. Tu yang orang tua ada cakap, “kita ni jangan cakap besar, nanti kita pun akan diuji begitu”. So ayah aku pun diuji.

Ayah aku juga hampir terjebak dengan perkahwinan kali ke-2. Dan perempuan tersebut adalah, kawan baik mak aku sendiri, aka sepupu mak aku jugak. Getir gaklah saat tu. Bestfriend sendiri cuba nak sailang suami sendiri. Plus, mak sepupu aku tu dah kawen, ada anak2 pun sebaya aku and adik aku.

Mak aku? Bukan typical perempuan yang suka serang2 orang, bukan juga typical perempuan suka mintak cerai, bukan juga typical menyusahkan orang laki dengan dipaksa ‘memilih’ antara dua. Permintaan mak aku, cuma nak balik kampung, tinggal dengan mak dia (tok aku), nak jaga tok aku.

Pendek cerita, ayah aku nyesal dan putus dengan sepupu mak aku. Mulanya mak aku ni macam kosong gak. Mestilah kosong, blur gila. Apa salah mak aku sampai ayah aku buat camtu? Tapi dia jenis orang yang alim, solehah, dia serah semua pada Allah. Ayah aku pun berubah banyak lepas kes hampir kahwin tu. Dulu dia baran, suka menjerit. Sekarang dia bukan macamtu lagi. Alhamdulillah lah.

Apa jadi dengan mak sepupu aku? Renggang. Dah tak bercakap dengan mak aku. Maybe malu, maybe segan? Who know? Hubungan aku dengan mak sepupu aku pada mulanya tetap seperti biasa, sebab bagi aku masalah mereka tiada kaitan dengan hidupku. Aku tidak mahu putuskan hubungan silaturahim ni.

Mak aku pun ok, dia tak benarkan kitorang adik beradik masuk campur/bermusuh dengan anak beranak mak sepupu aku. Tapi lama2 aku pun dengan sendirinya merenggangkan hubungan, sebab aku ada 1 pantang dalam hidup. Mak sepupu aku ni sayang kat aku adik beradik. Dari sebelum bermula semua ni lagi, bukan sebab nak kawen dengan ayah aku ok?

Ha, pantang aku ialah aku tak suka orang yang suka acah nak ambik tau hal hidup aku dari segala aspek! Aku ni kaki merantau. Kejap2 suka balik rumah tok aku (KL), kejap2 balik rumah mak sedara aku di Selangor. Di Selangor saja ada 3 orang makcik. Semua kawasan lain2 la. Dan pemergian aku tidak dimaklumkan pada sesiapa kecuali keluarga aku. And aku bukan typical manusia suka update semua benda, kemana aku pergi.

Mak sepupu and mak aku ni selalu mengaji kat satu masjid ni. Dari sebelum berlaku kes tu sampailah sekarang, sama2 istiqomah tak tinggal majlis ilmu (iklan : itu adalah ujian buat mereka, jangan disalahkan perangai khilaf mereka dengan konsisten nya mereka menuntut ilmu di masjid). Jadi, jemaah di masjid ni pun baik dengan aku.

So, kalau aku takde, makcik2 ramah bertanya kemana pula kalini aku menghilang? Mak aku, MAK KANDUNG AKU, belum apa2 nak jawab lagi, mak sepupu aku dah kalut cakap aku ni berada di sekian2. Heran gak dia tau mana? Ada certain benda aku boleh adapt sebab mak sedara aku yang aku selalu balik lepak (Selangor) jenis kaki IG punya orang. Semua benda nak update hatta aku baru sampai di perhentian bas. Hehe.

Macam2 lah hal aku yang kalau jemaah tanya, mak aku tak sempat jawab, mak sepupu aku dah kalut nak jawab. Dia tu macam nak tunjuk sangat yang dia tau semua benda pasal family aku. And ianya menjengkelkan aku. Dulu dia bukan macamtu. Tapi lepas putus dengan ayah aku, tahap menyibuk dia dalam urusan hidup aku sekeluarga MAKIN MELAMPAU.

Lama2 aku muak! Aku rasa diri aku ni diperhati. Dia macam tau je gerak geri aku terutamanya. Baruni adik aku bertunang, takde sape tahu kot. Malam kitorang nak pergi rumah tunang adik aku, baru lah kitorang maklumkan kat family belah ayah aku. Tapi family belah mak aku dah maklum, cuma tak maklum detail hari apa bertunang tu.

Aku memang rahsia habis lah pertunangan adik aku ni, tup2 mak sepupu aku mesej serkap jarang cakap tau adik aku bertunang. SPEECHLESS! Dari mana lah dia ni tau? Sebab hal ni, aku dengan adik aku bergaduh. Dia tak suka orang tau hal hidup dia, apatah lagi bertunang. Tunang adik aku pun sama, tak suka heboh benda2 ni.

Ok, jauh dah aku tersasar ni. HAHA! Sebelum aku kembali ke tajuk utama cerita ni, aku nak bagitau diri aku macamana dulu. AKU BENCI GILA POLIGAMI. AKU LANGSUNG TAK PERCAYA PEREMPUAN BERGELAR MAK TIRI. Well, maybe sebab kepala ni di-doktrin yang mak tiri ni jahat. Semua pengaruh TV.

Ok, kembali pada cerita ‘anti-mak tiri’ aku ni, mak aku lak tak bagi aku bersangka macamtu. Dia bukan kaki drama dan bukan senang dipengaruh. Tapi dia seorang yang berpengaruh. Lama2 aku pun ok, malah aku tak kisah pun awal2 tu masa tau ayah aku nak kawen dengan mak sepupu aku tu. Haha.

Mak aku pun tak marah maki hamun bagai, dia pujuk aku jangan benci mak sepupu aku ada lah. Cuma sekarang aku mendinginkan diri sebab tahap penyibuk gila babun mak sepupu aku tu je.

Kalu korang nak tau, mak sepupu aku pernah la cakap face to face dengan aku, yang aku terima tak dia jadi mak tiri aku? Aku jawab terima. Tapi! Aku mintak dia jauhkan diri dari aku and adik2 aku, aku nak bawak mak and adik2 aku balik kampung.

Ayah aku boleh hidup bahagia dengan mak sepupu aku. Tapi dah nama bukan jodoh, ayah aku yang insaf, maka semuanya kembali baik dan semakin baik. Cuma mak aku tetap berenggang dengan mak sepupu aku. Aku faham, bukan mudah nak baik macam dulu bila kawan baik membesar bersama dari kecik, tetiba buat macamtu.

Aku takmau salahkan sesiapa. Hidup ni kalu asyik menuding jari, sampai mati tak habis. Bak kata mak aku, semua orang pernah buat silap. Masing2 ada ujian masing2. Makin tinggi ilmu seseorang, makin tinggi darjat syaitan yang menghasut.

Mak aku nampaknya semakin bahagia, tahap tingkat ibadat beliau semakin hebat. Malah sekarang aku tengok mak ayah aku ni dah macam pengantin baru. Alhamdulillah lah. Mak sepupu aku pun macam makin lama boleh terima dah semuani.

Conclusion cerita ni 1 je. Kita jangan cakap besar time orang lain diuji. Allah nak splitkan sesuatu tu sekejap je. Aku makin hari makin belajar macam2 benda. Tak payah lah nak kecam sangat orang2 yang selalu di’tuduh’ orang ketiga. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tak adil tau kalau nak salahkan perempuan je.

Kadang tu kan, laki yang mula dulu. Sekeras2 perempuan, akhirnya dia boleh cair kalau laki tu pandai ambik hati. Tambah2 laki orang biasanya dah tau macamana nak handle orang perempuan ni. Kenapa aku cakap macamni? Sebab kemudiannya aku pula diuji.

Eh jap! Aku tak pernah cakap besar pasal kes family aku and family angkat aku ni. Tapi dia ada kaitan dengan cerita hidup zaman study aku. Tu aku cerita di next story. Tu pun tengok mood kalau aku rajin nak mengarang lah. Hahaha.

Ok tu jelah. Maaf terpanjang pula. Korang boleh tangkap kan apa mesej yang aku nak sampaikan? Ringkasanya ada di conclusion tu dan di awal perenggan cerita aku jelah.

Ok, korang comment yang baik2 je okay? Please, hidup ni kena banyak sangka baik. Jangan cakap besar. Jangan kuat kutuk cerita hidup orang lain, bumi ni bulat je. Harini kau ada di atas, esok kau boleh berada di bawah. Ujian tak kenal rupa korang. Kalau Allah nak uji, Allah akan uji juga. BEHAVE!

Adios.

– Cik Jay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *