Ayahku Narcissitic Personality Disorder (NPD)

Assalamualaikum. Hari tu aku ada terbaca pasal satu confession seseorang yang berjaya loloskan diri daripada tunangnya yang merupakan seorang NPD (Narcissitic Personality Disorder).

Pertama sekali, aku just nak ucapkan ribuan tahniah buat awak sebab telah ambil satu langkah yang sangat brilliant, sungguh tiada kerugian malahan sejuta rahmah yang akan kembali kepada awak InshaAllah.

Mungkin berkat doa makayah awak sehingga begitu bernasib baik kerana tidak ‘tenggelam’ melayari hidup bersama individu NPD.

Aku Wawa, umur 24, berasal dari Pantai Timur.

Tujuan aku menulis confession ini bukanlah kerana ingin mengaibkan diri sendiri dan keluarga tapi sebagai awareness buat orang ramai bahawa wujudnya golongan NPD dalam kalangan kita. Semoga ianya menjadi pengajaran buat pembaca-pembaca semua.

Mengikut pemahaman aku, Narcissist ni adalah merupakan seseorang yang sering menunjukkan kekaguman yang berlebihan terhadap diri sendiri, merasakan dirinya sentiasa penting, sentiasa mahukan perhatian dan kekurangan empati terhadap orang lain.

Ringkasnya, jika confessor tersebut hampir menjadi pasangan kepada seorang NARCISSIST, aku pulak ditakdirkan Allah swt untuk menjadi anak kepada seorang NARCISSIST. Hebat bukan?

Sungguhpun begitu, jangan judge life aku akan merana, maksudnya dari kecil sampai besar didera mental dan fizikal. Bukan3!!

Seperti mana yang kita tahu, individu NPD lazimnya cenderung akan menyakiti pasangan, iaitu ibu aku.

Jadi kita tolak ketepi mengenai tanggungjawab seorang bapa sebab ayah aku ni kalau dinilai secara mata kasar, sungguh dia rela mati untuk anak-anak. Tapi apakan daya, ia tidak cukup untuk mengatasi kebencian atas apa yang telah dia lakukan buat ibu aku!

Aku anak ke 5 dari 6 orang adik beradik. Dulu, semasa kami masih kecil, kami sudah ‘aware’ dengan perangai ayah yang suka membangga diri tak tentu hala.

Konon orang-orang yang kerja buat jalan, tukang sapu tepi jalan tu sebab dia tak nak belajar. Percaya atau tidak, ayah aku selalu je kata kat aku.

“Ha tu tengok tu orang buat jalan, belajar tak pandai la tu..” ayat yang kononnya nak me’motivasi’kan anaknya ini.

Tapi masa tu aku masih kecik, masih tak tahu realiti kehidupan. Once kami adik beradik memasuki kehidupan sebenar, barulah kami sedar yang dunia ni bukanlah seperti yang sering dimomokkan oleh ayah.

Jadi aku pun cubalah untuk explain pada ayah. Responnya agak tragis gais, pernah tau ayah bergaduh mulut dengan abang aku sebab abang aku cuba sangkal ayat dia.

Ceritanya bila kami satu keluarga tengah bincang-bincang pasal apa yang patut aku apply lepas SPM. So abang aku suggest untuk aku apply jugak SPA.

Ayah aku ape lagi, marahlah sebab dia kata SPA tak sesuai untuk aku yang dapat banyak A. SPA untuk yang budak-budak fail, apply nurse, basuh berak orang. Fuh ayat memang pedih! Dan banyak lagi la isu yang terjadi.

Kami anak-anak terbiasa dengan ‘bantahan’ ayah di setiap keputusan. Kalau membantah, ayah akan gunakan kuasa veto untuk ‘ikat’ kami mengikut apa yang dia nak. Kalau ketika kecil, antara ayat yang ayah guna,

“Kalau nak buat, jangan jadi anak ayah lagi.. Tukar binti”

Sungguh kami adik beradik sangat makan hati. Impaknya, kami sudah ajar otak kami untuk tidak bagitahu ayah tentang sesuatu perkara itu.

Apa guna bagitahu kalau semua benda tak kena di mata ayah. Jadi kami ambil tindakan sendiri, kalau perlu bagitahu ayah pun, hanya bagitahu benda basic sahaja, tak terangkan dari A to Z. Sebab masing-masing tak sanggup dah terima setiap ‘ayat pedas’ dari ayah.

Selesai sedikit sebanyak pasal hubungan aku adik beradik dengan ayah. Sekarang aku nak cerita pasal ayah dan ibu pulak which is benda yang patut aku highlightkan dekat sini.

Kalau dulu, aku dan adik beradik masih kecil, tapi sekarang, masing-masing dah besar, jadi kami tahu ada benda yang ‘tak kena’ dengan hubungan ayah dan ibu.

Nak tanya, sebagai seorang wanita, jika suami kita sendiri benci, hina, pijak lumat maruah makayah kita, adakah patut kita gelarkan dia seorang “syurga”?

Ya, itulah berlaku pada ibu aku selama ni. Hidup ibu disirami kata-kata ayah yang sering mengungkit, menghina dan mencemuh keturunan ibu aku terutamanya arwah atuk, iaitu ayah ibu.

Kesalahan ibu apa? Lupa tekan nasi, salah letak lada dalam telur, sup tawar.. bla.. bla.. bla… Kau sebagai anak, what you expect? Tengok ibu kau kena marah, kena tengking?

Kalau masih kecil, mungkin aku akan ignore, dengan alasan sebab aku tak faham dengan semua benda.

Tapi umur dah 24, kalau kau ignore, buat-buat bodo dengan semua ni maksudnya kau bodoh betullah kan?

Masalahnya ayah aku ni okay je kalau dia sendiri buat kesalahan. Contohnya, pasal telur tu. Kalau dia sendiri/ aku adik beradik buat, letak satu pokok lada pun takdak hal.

Tapi kalau ibu? MashaAllah, mulut dia kaw2 punya bagi kat ibu. So nampak tak masalah dia? Toxic kan..

Dengan setiap apa perbuatan ayah pada ibu, sedikit demi sedikit menimbulkan titik-titik dendam dalam hati aku. Bila balik rumah, aku akan cuba untuk tak jumpa ayah, maksudnya, kalau ayah kat dapur, aku rela duduk je dalam bilik. Ayah masuk bilik, aku keluar la.

Sebab aku marah, aku geram dengan dia. Aku takut aku tak boleh kawal perasaan bila hadap ayah. Kakak, adik aku ada je tegur aku, tapi entahlah..

Bagi aku, daripada aku “ter”kurang ajar dengan seorang bapa, baik aku ‘lari’ siap-siap. Aku pun tak sekuat adik beradik aku yang lain, sejenis ‘direct’ person, kalau nak marah, aku marah je, jenis cakap lepas.

Klimaks cerita ni bila nenek kami sakit. Nenek demam mengejut. Masa tu semua ahli keluarga besar belah ibu aku berkumpul kat rumah kami. Tentunya yang paling tak selesa dengan suasana tu adalah ayah! Sebab dia lama dah ‘terasing’ dari adik beradik ibu.

Individu NPD ni Allah swt beri kelebihan pada mereka, kalau kita jumpa sekali, memang kita akan cepat selesa, cepat sayang tapi once kita buat something yang dia tak suka, NPD akan jadikan kita musuh.

Macam ayah, kesnya simple sahaja, dah ayah jenis tak boleh masuk dengan orang, semua benda ayah tak setuju, last-last semua orang ignore, malas layan perangai ayah.

Bila kumpul satu family, semua orang ignore, tak ajak ayah makan, tapi ayah ‘over’ berdendam, tak move-on dan keep on mengungkit benda tu walau benda tu berlaku dah lebih 20 tahun.

Masa nenek sakit tu berlakulah sedikit konflik antara ayah dan adik ibu. Kesnya simple, ayah nak keluarkan nenek dari bilik, dengan alasan nak bagi pengudaraan yang baik. Sebab pada tafsiran ayah, nenek sedang menunggu ajal.

Kalau nenek pergi, senang kerja nak mandikan sebab dah ada kat luar.

Allahuakbar! Menangis aku dengar tu. Semudah itu ayah give-up pada nenek. Hebatnya ayah boleh tahu bila ajal nenek.

Kami tak setuju tapi apa boleh buat, kami masih budak. Tapi adik ibu, berani kata TIDAK! Salute gila! Dengan penuh perjelasan yang sangat bernas dan logic, adik ibu berjaya ‘patah’kan cadangan ayah.

Korang ingat NPD akan terima dan mengakui kesalahan? Tidak gaiss tidak.. NPD akan manipulate situasi tersebut mengikut tafsiran hati dia. Ayah cover rasa ‘tergugat’ tu dengan asingkan diri sendiri.

Means, dia berkurung dalam bilik, tarik muka dan jadikan semua orang musuh masa tu. Yang lawaknya, cerita tersebut diubah 180’C bila ianya keluar dari mulut ayah.

Kalau nak tahu, NPD ni kalau bercerita, memang akan sentiasa play victim, dan dia akan manipulate cerita tu untuk buat orang lain nampak yang dia langsung tidak bersalah. Pendek kata, dia MENIPU!

Masa tu aku mula lihat perubahan pada raut wajah ibu. Letih, penat.. entahlah sukar aku nak tafsirkan.

Nenek mulai sembuh, berkat doa dan usaha yang tak putus dari cucu-cucu lelakinya.
Terbukti, ayah bukan Tuhan! Bukan main kata Nenek dah nak ‘pergi’, tengok Allah SWT tunjuk kuasa melebihi tafsiran ayah.

Kes lagi hangat bila majlis bertunang kakak aku. Calon kakak aku ni kira macam bukan type ayah aku nak lah. Pelajaran tak ada, kerja tak best. Macam tak sekufu la. Jadi ayah memang ketatkan syarat untuk kakak aku kahwin. Kakak kena kerja dulu, boleh pegang duit sendiri.

Masalahnya kakak aku ni nak masuk 3 series dah weh. Pastu kakak aku pun bukannya duduk rumah goyang kaki, kerja sana sini.

Tapi semua benda tu tak valid sebab definisi kerja bagi ayah adalah “kerja kerajaan, ada slip gaji, gaji ikut kelayakan”. Korang ingat dalam 10 rakyat Malaysia, berapa je bernasib baik lepas grad terus dapat kerja sesuai dengan kelayakan??

Dipendekkan cerita, keluarga belah lelaki nak datang bawak cincin. Hey come on, datang jauh-jauh, takkan datang tangan kosong.

Ibu cuba explain dekat ayah but well, macam aku cerita kat tadi, apa saja benda, kalaulah ianya datang dari ibu, seelok manapun benda tu, akan jadi telur busuk jugak di pandangan mata ayah. Demi nak tunjuk ego dia, sesuka hati dia tetapkan

“MAJLIS TU TAKYAH CINCIN2, DATANG MAKAN PASTU BALIK”

Amboi bang aji, kau ingat yang datang tu sedara mara belah kau ke? Sesuka hati. Tiba hari kejadian, fuhh panas beb!

Korang pernah tengok drama antara dua darjat secara live? Yesszaaa, aku berpeluang menyaksikan segalanya didepan mata. Mulut ayah aku boleh tahan wei, kaw2 dia bagi kat keluarga belah lelaki.

“Anak saya ni ada Master”

“Saya nak anak saya kerja kerajaan. Nak rasa nikmat pelajaran dia dulu”

“Nanti pandai-pandailah kau cari kerja kat sini ye”

Depan-depan semua orang weh. Aku ni tunggu je salah sorang belah lelaki tu bangun, amik sirih cincin tu, sumbat mulut ayah pastu blah!!!!!

Yang paling best, adik beradik ayah, sengaja ibu panggil untuk join majlis tu, boleh buat ‘derk’ je, takde inisiatif nak ‘cut’ masa ayah cakap. Ibu tanya boleh pulak depan kata, “Alah biasala tu, memang perangai dia sejak dari dulu” Hakkk tuihhhhhh, hampeh punya manusia!

Silap ibu aku ni sebab dia terlampau percaya pada orang, especially pada adik beradik ayah. Sedangkan aku adik beradik ni memang dah faham sangat perangai diorang, talam bermuka-muka.

Depan-depan puji, belakang.. kata ibu aku isteri tak reti bersyukurlah sebab tak hargai ayah aku.. Depa tak sedar perangai adik depa macam hangsuang!

Ayah aku pulak, dan nama pun penyakit NPD. Memang ‘makanan’ dia la puji-pujian ni. Sebab tu ayah sangat agungkan adik beradik dia. Sampai dia letak level adik beradik dia lebih tinggi dari level kami anak-anak dia ni.

Tapi saat dia jatuh, saat dia sakit, belum pernah lagi mata aku ni tengok adik beradik dia datang tolong, yang ada, IBU aku.

Tapi majlis tu tetap berjalan sebagai majlis tunang. Kakak keluar bilik dan cincin selama disarungkan.
Lepas tu, keadaan rumah makin panas.

Ayah ignore ibu, tak makan sekali. Ibu pulak, untuk kes kali ni, aku nampak dia sangat ‘lain’.

Kalau dulu, teruk manalah ayah kata, ibu tetap akan act like biasa, jemput makan, tegur bila balik rumah. Tapi kali ni, aku nampak ibu seolah sangat-sangat tak ada reaction.

Aku yakin pasti ada perkataan yang keluar dari mulut ayah yang ibu tak tahan. Tapi ibu aku ni, sangat perahsia orangnya. Kami kena try hard untuk korek baru dia bukak mulut.

Ayah aku pulak macam orang ‘tak betul’, cerita sana sini kata ibu aku tipu dia, tak cerita yang keluarga sana datang bawak cincin.

Menjatuhkan maruah dia lah! Dan of course, dia ungkit, ungkit, ungkit dan ungkit segala benda “kesalahan/kesilapan’ yang ibu buat dulu.

“Ayah kau(arwah atuk) jatuhkan maruah aku. Hina aku sebab keturunan aku tak ada duit” antara ayat ayah. Yang pasti segala cerita yang dia ungkit tu sangatlah menyimpang dengan situasi sebenar.

Macam aku cerita tadi, dia akan manipulate cerita tu mengikut tafsiran diri dia sendiri.

“Sampai mati aku takkan maafkan kesalahan ayah kau, takkan lupakan apa yang adik beradik kau buat dekat aku. Aku takkan maafkan abang (abang ibu) dekat aku”

Sungguh kalau korang tengoklah ‘life’ ayah aku, dengan sembahyang full 5 waktu, mengaji, berzikir, memang akan expect perkataan-perkataan tu takkan keluar dari mulut dia,

Tapi sebab ayah seorang NPD, benda tu la yang menyekat ‘hati’ dia untuk terima segala benda dengan hati terbuka. NPD ni seolah-olah dia tak berdamai dengan hati sendiri.

Paling kami adik beradik tak boleh terima, ayah kata dia menyesal kahwin dengan ibu, tak boleh tengok muka ibu, muka ibu macam berok. Allahuakbar, luluhnya hati kami.

Abang sulung aku pernah kata, andai orang yang kata ibu kita macam tu adalah bukan ayah, pasti itulah hari terakhir orang tu bernyawa atas muka bumi ni!

Sakit gaiss, berperang dengan hati dan perasaan. Kalau dera fizikal, orang boleh nampak lebam sana-sini, tapi ni mental, kita cerita pun belum tentu orang percaya.

Status hubungan ayah dan ibu sekarang? Masih mendatar. Maksudnya, kat rumah tu, masing-masing buat hal sendiri.

Tak makan sekali. Ayah buat ibu macam orang asing. Kami adik beradik? Mestilah rasa sangat tak best dengan keadaan tu.

Pernah abang-abang aku konon-konon cuba ‘slow-talk’ dengan ayah, tapi ayah aku NPD gais. Abang aku niat nak menasihati, tapi ayah aku tafsir, ibu aku yang hasut anak-anak untuk benci dia. Complicated kan???

Even kalau kita rujuk pakar pun, takkan boleh sembuh sepenuhnya.. dia sejenis mental disorder. Tapi masyarakat sukar nak terima penyakit ni. Masyarakat hanya terima ia sebagai “Perangai, perangai, perangai.. dan perangai”

Abang aku banyak kali sebut “ Ibu, kalau ibu tak tahan, bagitahu abang. Kami adik beradik faham”
Dan ibu pernah suarakan hal tu.

Abang aku pun dah prepare untuk suruh ibu rujuk pejabat agama. Just untuk bagi warning pada ayah. Sebab mengikut apa yang kami baca, individu NPD akan ‘tunduk’ bila tengok pasangannya mintak cerai.

Tapi ibu aku baik, sungguh baik! Rezeki ayah dapat ibu kami sebagai isteri. Dalam pada hatinya lumat disiat suami sendiri, masih fikirkan aib ayah. Ibu risau ayah yang malu nanti.

Ibu kata biarlah ayah yang lepaskan dia. Dengan cara itu, nampaklah yang ibu yang salah, bukan ayah.

Korang rasa NPD akan rela lepaskan pasangan begitu saja? Tidak gaisss… Kalau dengarlah ayat ayah aku, sungguh korang akan cakap “ Kalau dah begitu teruklah isteri kau, ceraikanlah dia..”

Tapi respon ayah, seperti yang dijangkakan, NPD akan menggelabah tapi dalam masa yang sama akan tetap teruskan mengagumi dirinya.

“Eh tak ada sampai tahap macam tu”

“Dia mana boleh hidup tanpa aku”

Ha kau rasa? NPD ni egonya tinggi melangit. Hanya satu cara sahaja, ibu kena rujuk orang yang sepatutnya. Kalau setakat kami bagi nasihat, ayah akan tafsir benda lain.

Kalau ibu rujuk pejabat agama, setidaknya boleh ‘tunduk’kan sedikit dan seolah bagi amaran pada ayah yang bini dia bukan calang-calang.

Kami adik beradik pernah juga merancang untuk sama-sama berdepan dengan ayah. Bagitahu segala isi hati kami. Explain kenapa kami ‘ignore’/ marah ayah selama ni.

Tapi ayah seorang NPD. NPD akan lari bila kita ajak berdepan. Sebab itulah titik kelemahan dia.

NPD dikurniakan nikmat percakapan yang lancar. Maksudnya bila dia bukak mulut, dia ada kelebihan untuk mendiamkan orang lain.

Jadi dia akan terus bercerita dan bercerita tentang ‘penipuan’ dan cerita rekaan sendiri demi menampakkan dia sahaja yang betul.

Tapi ayah berani cakap belakang je. Maksudnya, kalau ada kes dengan pak sedara aku, dia akan cerita dekat orang kampong atau mana-mana individu yang sudi dengar ‘penipuan’ dia. Yang peliknya lepas tu, ayah sendiri yang akan asingkan diri dari pak sedara aku.

Kalau jumpa, ayah akan lari. Aku pelik, kalau dah betul sangat ayah dianiayai oleh pak sedara aku seperti yang dia duk UPkan, maksudnya pak sedara aku lah yang patut lari, kenapa ayah yang ‘teraniayai’ pulak yang susah-susah nak cabut?

So nampak tak individu NPD ni macam mana? Dia berani cakap belakang je, sebab dia tahu dia menipu. Kalau betul, dia takkan takut. Nak takut ape kalau kita betul. Pendek kata, NPD ni memang seorang PENGECUT!

Abang-abang aku cakap, kalau betul ibu nak minta fasakh, biarlah ibu saja yang beritahu ayah. Yang ni memang aku tak setuju. Come on, ayah definitely akan lari! Tapi ye lah, isu tu senyap begitu saja.

Hingga kini ibu lebih memilih untuk menelan segala-galanya. Aku hormat dan tak pernah salahkan ibu. 30 tahun lebih hidup berpasangan bersama seorang NPD.

Dari awal perkahwinan otak ibu sudah di’train’ untuk mengalah dengan alasan “takpe dah biasa… memang perangai suami aku macam tu. Aku sebagai isteri kena terima”. Jadi bila dah berlaku macam ni pun tetap ibu kata “Takpa, dah biasa, dulu kena lebih teruk”

Dengan penuh linangan air mata, ibu pesan

“Kalau la ibu pergi dulu, tolong jaga ayah.. tolong jaga ayah… adik beradik dia takkan jaga.. jadi anak-anak dia la yang kena jaga. Teruk mana pun ayah, sakit hati macam mana pun, jangan pernah give up, jangan tinggalkan ayah. Jagalah dia.. andai ibu pergi dulu”

“Apa yang berlaku antara ibu dan ayah, anak-anak jadikanlah ia sebagai iktibar, jangan risau, ibu okay. Allah ada. Ibu okay…”

Sungguh ujian ini buat kami sekeluarga jatuh terduduk. Kalau orang luar nilai ‘life’ aku, pasti diorang ingat aku ni serba serbi sempurna.

Keluarga senang, pelajaran ada, keluarga bahagia tapi hakikatnya sungguh kelat untuk kami telan.

Tapi kami adik beradik yakin besar lagi rahmat dan kuasa Allah swt. Doa aku hanya satu, semoga Allah swt tentukan yang terbaik untuk ibu dan ayah dan jadikan aku seorang anak perempuan ayah yang baik.

Semoga Allah kirimkan kekuatan buat aku dan adik beradik agar tetap terus berpegang pada nasihat ibu walau apa pun yang berlaku.

Buat yang masih mencari pasangan, satu je pesan aku. Kenali pasangan anda betul-betul. Kalau rasa seolah dia sahaja yang sering mendominasi hubungan, sering menguasai, ada baiknya berundur.

Jangan asyik mengalah dengan alasan cinta, jangan asyik mengiyakan dengan harapan dia akan berubah.

Kerana NPD TIDAK AKAN SESEKALI BERUBAH.

Yang berubah adalah kita. Kita akan terbiasa mengalah hingga kita lupa cara untuk melawan, akhirnya NPD akan menguasai kita dan kita terikat dengannya sampai akhir hayat!

Jadikanlah kisah keluarga aku ni sebagai pedoman dan iktibar. Kami tiada pilihan untuk berpatah balik, kami hanya ada satu pilihan saja. Iaitu dengan meneruskan hidup dengan mulut yang tak berhenti berdoa supaya Allah lapangkan setiap kesulitan yang akan berlaku nanti.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam sebiji kehidupan sy dan 6 org adik beradik. yg bezanye mak sy pula jadi bipolar bayangkan kehidupan kami ayah NPD dan mak pula Bipolar. Sungguh ujian Allah SWT nak beri pd kami =( Moga Allah bagi rahmat dan kekuatan buat keluarga yang ada orangtuan NPD aminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *