Ayahku Seorang Narsistik

Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih kepada admin sekiranya kisah aku ini disiarkan. Cerita nie sangat long story tapi aku cuba ringkaskan dan padatkan ya.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Ashraf (bukan nama sebenar). Aku anak sulung dari 5 adik beradik dan ya ayahku seorang narsistik dari aku kecil sehingga besar. Segala perbuatan yang dilakukan olehnya hanyalah untuk impres orang dan dipuji-puji orang lain.

Misalnya dia sentiasa bercerita pada orang lain tentang kehidupan dia yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan dan hobi berkebunnya. Tapi pada akulah, pekerjaannya tidak sesibuk mana dan memang dia berkebun tapi sampai sekarang hasilnya KeLaut.

Kalau kami family teringin nak makan buah apa-apa, kami selalunya beli sendiri. Kalau nak harap hasil dari kebun dia memang sampai bila-bila tak ada.

Dulu masa aku kecil, aku selalu impress dengan cara percakapan ayah aku yang serba tau dan serba boleh. Namun, bila aku dan adik beradik lain dah besar, baru kami tau yang ayah sebenarnya cakap pandai sahaja dan suka berlebih-lebihan apabila bercerita dengan orang lain.

Aku pun tak faham kenapa dia suka bercerita hal-hal yang kononnya nak buat orang lain impress tentang perihal dirinya. Kami sekeluarga yang dengar pon dah meluat dengar cerita projek sawit la, projek pisang la yang padahal tak wujud pon.

Nak kata dia tiada didikan agama, dia jenis orang yang ke masjid dan suka mendengar kuliah dan sebagainya. Tapi wataknya bila dengan ahli keluarga sendiri sangat berbeza dengan orang luar. Kami adik beradik selalu di kondem oleh ayah.

Paling terkesan adalah mak. Segala kesalahan yang dilakukan ayah, akan dihempuk atas kepala mak. Mak adalah punca segala yang berlaku baginya.

Sampai satu tahap mak makan hati berpuluh tahun dengannya. Macam kes adik bongsu kami kahwin, ayah senyap-senyap tambah order pada pihak catering sebelum berbincang dengan kami.

Akhirnya, duit catering RM6k perlu ditambah dan makanan banyak terbuang disebabkan lauk yang berlebihan. Hutang-hutang itu semua ditanggung oleh mak. Ayahku tanpa rasa bersalah pulang ke kampungnya tanpa memberitahu kami berkenaan penambahan order itu.

Untuk pengetahuan semua, sudah lebih 10 tahun ayahku selalu berulang alik balik ke kg nya di utara. Sekarang ini, kami adik beradik dan mak bekerja untuk menyara keluarga. Beliau lepas tangan dan tidak memberi nafkah kepada mak. Sekarang mak yang perlu beri nafkah kepada dia.

Baru-baru nie ayahku kantoi bercinta dengan janda di kg nya. Masa tu perasaan marah sangat membuak-buak. Aku terus cakap yang dia seorang yang narsistik dan gila perhatian.

Aku cakap, kalau ayah ugut-ugut mak lagi tentang cerai, aku tak akan teragak-agak untuk bawa mak ke pejabat agama untuk uruskan perceraian. Hati mak hancur sangat masa tu.

Mak cakap sekarang dia cuma ada anak-anak sahaja. Banyak perkara yang ayah buat melukakan hati mak. Segala herdikan, cacian yang dilemparkan oleh ayah kepada mak memang tak boleh dimaafkan.

Ayah selalu cakap pada mak, mak orang tiada didikan agama, bodoh, tak tahu berdunia dengan orang, orang tua nak mampus tak reti jaga cucu, dan macam2 lagi herdikan.

Semasa kejadian kes kantoi, mak call janda tu dan memaki hamun. Ayah juga turut di maki pada ketika itu. Pada mulanya ayah tidak mengaku perbuatannya itu. Tapi bila aku sendiri yang mesej cakap aku akan bawa mak ke pejabat agama barulah dia mengaku kesalahannya.

Mak cakap, masa tu dia memaki hamun ayah macam orang gila kerana banyak makan hati dan memendam perasaan dengan perbuatan ayah. Dari kami kecil sampailah kami besar, ayah tak pernah berubah.

Aku katakan kepada mak, kita perlu move on. Orang macam nie kita perlu silent treatment dan buat bodoh shj. Pekakkan telinga dan ignore apa sahaja percakapan dan perbuatannya.

Ayah ada cakap kepada mak, anak-anak tak sepatutnya berkata atau menegur perbuatannya kerana dianggap anak derhaka.

Ayah juga cakap, segala mesej di whatsapp bersayang-sayang dengan si janda itu sebenarnya tiada sebarang niat dan cuma berkawan. Ayah cakap kepada mak zaman rasulullah dulu nabi bersayang-sayang dengan sahabat.

Setahu aku nabi bersayang-sayang dgn sahabat lelakinya, bukannya sahabat perempuan. Aku katakan pada mak, ayah adalah penunggang agama. Dia akan memanipulasikan cerita untuk menunjukkan yang dia tidak bersalah.

End up, ayah cakap kalau orang lain tau berkenaan hal ini, yang bersalah adalah mak kerana tidak tahu melayan suami.

Sekarang nie ayah dah tidak whatsapp si janda tu lagi selepas diugut oleh mak. Sekiranya ayah buat perangai lagi, mak cakap bye-bye dan akan meninggalkan ayah. Kami anak-anak akan berada di sisi mak.

Selepas kejadian kes kantoi dengan janda, ayah buat-buat sedih dah minta simpati. Dia cakap dia selalu doakan anak-anak berjaya dan sekarang nie dia cuma mengejar akhirat dan bukannya dunia.

Aku katakan pada mak, sebelum-sebelum ni ayah cuma mengondem pekerjaan anak-anaknya dan mengatakan bisnes keluarga yang ditinggalkan olehnya akan lingkup apabila diusakan anak-anak. Nie terbalik pula bila dia cakap dia doakan anak-anak berjaya.

Aku tahu, berdosa sekiranya kita sebagai anak melawan cakap orang tua. Tapi dengan ayah terus terang aku katakan aku dan adik-adik yang lain hilang rasa hormat. Kami adik beradik memang dari kecil tidak dipeduli oleh ayah.

Aku ingat lagi, ketika aku dihantar ke asrama tahfiz dan dibiarkan terkontang kanting di sana. Ayah sedikitpun tidak bertanya tentang pelajaran dan kesihatan aku yang ketika itu merosot. Asrama yang aku diami sangat daif.

Pada ketika itu aku menangis ketika ditinggalkan. Mak pun sama menangis kerana aku terpaksa tinggal disitu. Itu belum lagi dengan kes buli aku di asrama sehingga menjadi kes polis. Alhamdulillah nyawa aku panjang.

Ayah??dia tidak peduli tentang aku. Yang dia tau, aku tetap kena sekolah di asrama jugak. Ya aku berpindah ke sekolah asrama lain.

Pada waktu itu hati aku memang geram dan sakit dengan dia yang suka mengatur kehidupan. Mak pun tidak setuju aku di hantar ke asrama. Tapi mak terpaksa akur dengan kata ayah ketika itu.

Sorry cerita ini agak panjang. Insyaallah kalau aku rajin menulis, aku akan sambung part 2 pula ya. Aku harap sangat pembaca dapat berkongsi pendapat tentang situasi aku sekarang.

– Ashraf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *