Assalamualaikum.
Apa yang aku nak ceritakan di sini sebenarnya adalah struggle aku dalam menjalankan birrulwalidain.
Aku berumur 40 an. Sudah berkahwin.
Makayah aku dah lama bercerai. Sebenarnya walaupun masa makayah aku belum bercerai, mak aku memang dah macam ibu tunggal.
Adik beradik aku ramai dan umur rapat-rapat.
Semasa aku membesar, aku memang tak ada banyak kenangan dengan ayah aku.
Yang aku ingat pun semua memori yang tak best.
Bila menginjak remaja, aku memang tak nafikan yang aku sangat benci pada ayah aku.
Ayah aku kaki pukul.
Masa kami kecil, kami selalu nampak dia pukul mak.
Kami pun selalu kena pukul dengan tali pinggang.
Tapi ayah aku berhenti pukul sejak kami mula besar dan mula lawan dan protect mak kami.
Ayah aku sebenarnya memang lepas tangan bab nafkah.
Dia langsung tak tahu dan tak ambil tahu perbelanjaan kami terutamanya masa kami belajar dulu.
100% di bahu mak aku.
Bila kami dah habis belajar,kami pun dah semakin matang malah kami pun dah kahwin masing-masingnya.
Masa nilah ayah mula berbaik dengan kami.
Terutamanya selepas dia bercerai lagi dengan entah berapa orang isterinya.
Dia literally sebatang kara.
Kami mula baiki hubungan dengan ayah.
Tak mudah sebenarnya.
Tapi kami cuba.
Kami kongsi-kongsi bayar sewa rumah dan sediakan duit belanja bulanan ayah.
Tapi ayah kami ni memang dari dulu seorang yang boros.
Kami galakkan dia masak sendiri.
Dia tetap nak makan luar.
Kami sediakan dapur,beli barang mentah.
Sejak kami kecil memang macam ni.
Hatta teh o kosong pun dia nak juga minum di kedai.
Ini memang terbalik betul dengan mak aku.
Mak aku memang seorang yang berjimat cermat.
Masa kecil memang tak pernah langsung kami makan di luar.
Lagi satu,ayah aku ni memang cerewet sangat bab makan.
Kalau bawa dia ke rumah kami pun memang dia akan caci makanan dan merungut bila makanan tu tak kena dengan tekak dia.
Tapi kami tetap telan perangai dia.
Perangai dia yang paling aku tak boleh tahan ialah sikap pilih kasih dia pada anak-anak.
Ada adik beradik kami ni kerjanya ada title lah sikit.
Walaupun kami adik beradik tak kisah pun pasal title,tapi ayah aku suka canang-canangkan anak2 yang bagi dia anak emas dia.
Tapi taukah korang bila dia sakit, anak2 yang kerja biasa nilah yang uruskan.
Ayah aku pun kaki merajuk.
Kalau anak2 tak contact dia,merajuk
Kadang-kadang tanpa sebab pun dia merajuk.
Taknak jumpa anak.
Kadang-kadang aku lemah iman.
Aku dah hadap perangai ayah aku ni sejak aku kecil.
Aku kadang-kadang bosan sebab kenapa dia tak boleh bertindak macam ayah?
Kenapa kami kena hadap perangai ni dari dulu sampai sekarang?
Dan sebenarnya perangai dia yang paling aku tak suka ialah dia memang tak solat,tak puasa.
Kadang-kadang aku malu juga dengan anak-anak aku bila dia tanya kenapa atuk tak solat?
Salahkah aku kalau aku menjauhkan diri daripada dia kerana aku nak elakkan pengaruh buruk dia pada anak-anak aku sendiri?
Dia seolah-olah tak ingat apa yang dia pernah buat pada kami dulu.
Dia mahu kami buat tanggungjawab sebagai anak tapi dia tak ingat ke dia dulu pun selalu culas bab anak-anak?
Aku tau birrulwalidain wajib aku buat.
Tapi ianya adalah struggle terbesar aku sekarang ni.
Mohon doakan aku.
Kalaulah ini bukan perintah Allah & Rasulullah, mahu sahaja aku putuskan hubungan toksik ni sebab aku memang muak dengan karenah ayah yang macam ni.
– QTakPuteh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit