Assalammualaikum..
Aku berbelah bahagi samada ingin menulis di sini. Kami mungkin perlukan pendapat mahupun sokongan dari pembaca semua.
Aku menulis tanpa pengetahuan keluargaku.
Dan berharap aku mampu berfikir dengan rasional tentang apa yang akan terjadi kemudian kelak..
Hal ini baru aku ketahui sebentar tadi…
———–
Harini dada aku rasa sangat sesak dari pagi. Rasa seperti heartburn. Jantung aku berdebar dari pagi.
Tapi aku malas nak berfikir bukan bukan. Aku teruskan rutin harian aku sebagai isteri dan ibu kepada anak anak aku.
Sedang melayan anak PdPR, aku terima panggilan dari adik bongsuku.
Suara adik aku kedengaran seperti tercungap cungap sambil berkata..
“Ngah, aku rasa sesak nafas ni ngah. Ayah ngah, Ayah!” kata adik.
“Kenapa dengan abah?” soalku yang masa tu terkejut mendengar suara adik aku macam tu.
“Kau baca message kejap ngah” jawab adik aku.
Lepas tu aku terus melihat message di handphone aku.
Adik aku sertakan screenshot dari ibuku..
Ibuku memberitahu adik aku yang ibu tengah bergaduh dengan ayahku.
Ketika aku baca screenshot yang pertama tu, aku masih berfikir tidak ada apa-apa, sebab ibu dan ayahku memang sering bertengkar, tetapi selepas tu sudah okay semula.
Biasalah rumahtangga. Suami dan isteri bertengkar adalah perkara biasa. Dan aku masih berfikir adik aku ni cepat sangat panik,
Selepas membaca screenshot kedua dan seterusnya..
Aku terdiam, aku mengigil…. Aku tak percaya ia berlaku… Lagi…
Anak perempuan aku yang memanggil aku di tepi pun aku seperti dengar tidak dengar..
Aku istighfar. Aku baca semula semua screenshot dari ibuku kepada adik aku. Aku baca penuh berhati hati dan masih mengharap aku salah baca apa yang aku lihat ketika itu.
Aku masih dalam fasa denial.
Adik aku menghantar message.
“Angah macamni angah? Kita nak buat apa ni ngah? Aku mengigil ni ngah!”
” Ibu tak bagi bagitahu kau atau Along, aku.. aku tak boleh simpa sorang sorang ngah!”
——–
Sebelum aku ceritakan apa yang terjadi.. aku ceritakan dulu sedikit tentang latar belakang keluarga aku untuk perihalkan mengapa aku berkata “ia berlaku lagi”.
Maafkan aku kalau cerita aku ni panjang dan susunan ayat tidak elok.
Aku cuba menaip secara berhati hati agar emosi aku tidak pengaruhi cara aku menulis..
Kami merupakan keluarga yang sederhana.
Ayah dan ibu asalnya peniaga. Kami hidup dengan cara orang berniaga.
Kami berpindah randah juga untuk berniaga.
Ayah, Ibu, Along, aku dan adik.
Kami semua anak perempuan.
Kami dididik untuk menjadi berdikari.
Ayah orang yang tegas. garang.
Ayah juga bahasanya agak kasar, cakap lepas.
Namun bagi kami itu mungkin perangainya.. dan masa itu kami lihat ibu ayah berkerja keras untuk menanggung kami adik beradik.
Along anak harapan ibu ayah, berjaya belajar di Universiti terkemuka negara.
Masa along berumur 13 tahun sehingga Along tamat belajar, Along memang sudah biasa tinggal berjauhan dengan keluarga.
Along tinggal di sekolah berasrama yang terkenal di selatan Malaysia sejak Tingkatan 1 kerana mendapat keputusan yang cemerlang semasa UPSR.
Aku dan adik pula selepas SPM, Khidmat Negara, terus kamibelajar di Kolej dan berdikari jauh dari keluarga.
Kami sudah terbiasa berdikari, kami dah terbiasa bekerja part time untuk duit poket kami sendiri.
Selepas Adik tinggal di Kolej. tinggal lah ibu dan ayah berdua.
Ayah ambil keputusan untuk berhenti berniaga dan ingi bekerja sebagai pemandu bas.
Ibuku mengikut abahku kerana ibuku boleh membantu ayahku membersihkan bas, memotong tiket dan sebagainya.
Ayah cakap, disebabkan kami semua dah habis belajar, ayah hanya ingin mencari duit sampingan dan disebabkan tiada lagi komitmen yang banyak untuk di bayar tiap bulan,
(Duit rumah, kereta dan lain lain semua sudah habis dibayar. Hanya duit dapur + duit rokok ayahku sahaja yang perlu di cari).
Memori aku bersama keluarga masa kecil dulu sangat gembira.
Ayah sering membawa kami bercuti.
Walaupun kami bukan dari keluarga yang berada, tetapi kami telah pergi ke merata negeri ketika itu. Mungkin kami masih kecil ketika itu, mungkin kami tak tahu apa yang dihadapi oleh ibuku ketika itu…..
Namun aku masih ingat momen kami bercuti ketika ibuku mengandung, dan kandungan ibuku gugur…. jelas terbayang wajah ibuku semasa percutiaan itu, muka ibuku sunggul, ibuku muram..
Tidak lama kemudian.. kandungan ibu gugur..
Ia mula terjadi dan diketahui ketika aku berumur 11 tahun…
– Anak yang malu. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit