Ayahku Yang Dulu

Dulu keluargaku hidup susah (seorang ayah bersama 3 anak perempuannya). Bercerai seawal anak2 bawah 3 tahun. Kini sudah 25 tahun malah kurangnya anak dengan kasih sayang dan sentuhan seorang bernama ibu.

Anak tidak pernah rasa kasih sayang seorang wanita. Dan didik oleh ayah & atuk yang sangat tegas. Tiada belaian tangan yang lembut buat anak2 ini. Jangan tanya kenapa, konflik keluarga bercerai dengan cara tak baik penyebab terhalangnya seorang ibu mahu melihat anak2nya….

Namun yang ingin diceritakan disini:

Kisah kami (seorang ayah & 3 anak perempuannya)…

Hidup menumpang orang, dihina malah selalu diherdik dan dihalau rumah selama bertahun tahun. Apabila berhijrah umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Hanya beralas bubur siang dan malam. Berpoket kurang RM10 menghadapi hidup. Dipandang hina jiran dan keluarga sendiri.

Diberi Nasihat seorang ayah yang selalu pada anaknya agar sabar dengan dugaan, sabar itu indah dan jangan peduli dengan kata orang. Pandangan kasih seorang ayah terhadap anak2nya penuh nikmat kasih sayang. Walau dipandang hina, dipandang rendah.

Namun keluargaku sangat bahagia, penuh dengan keberkatan, penuh dengan kesabaran, penuh dengan perhatian ayah pada anak2nya yang sedari dulu dijaga dan diutamakan hingga sanggup tak makan makanan sedap kerana mahu anak2nya merasanya sekali.

Namun, segalanya berubah sekelip mata…

Bila ayahku berkahwin lagi. Hilang segala kesederhanaannya. Bila isteri barunya gaji lebih tinggi malah kehidupannya mengajar ayahku agar nampak sempurna dimata orang hingga lupa mengikut kemampuan yang dipegangnya ketika membesarkan kami.

Segalanya mahu nampak sempurna dimata seorang ayah. Berbelanja melebihi kemampuan. Pinjam duit sana sini kalau tak cukup asal nampak sempurna dimata manusia.

Wahai Ayah, telah berubah dirimu dalam sekelip mata. Hingga anak2 semakin jauh darinya kerana bila ditegur dimarah pula balik. Anak2 yang mengingatkan ayah kebahagiaan semasa susah, diungkit kembali oleh ayah agar bersyukur sebab kita dah tak hidup susah ada rumah besar kereta yang mampu..

Tetapi sayang, keluarga kita tak bahagia ayah, kerana segalanya mahu perhatian manusia bukan kerana kebahagian niat kerana Allah yang sebenarnya.

Ayah terlalu dambakan perhatian manusia hingga lupa akan kesukaran kita masa dulu dan nasihat yang pernah ayah titipkan pada kami dahulu. Ayah terlalu tidak mahu mendapat hinaan orang seperti mana kita sering hadapi dulu.

Bersama isteri baru ayah hidup hingga lupa akan kita ketika susah sama2 hanya kerana isteri ayah banyak menyumbang dari segi ekonomi.

Wahai ayah. Walau kuat mana pun anak kamu berbakti. Kau masih nampak yang terindah adalah isterimu. Kau sering mengungkit kalau ayah tidak kahwin dengan isterimu kini kita tidak akan senang.
Wahai ayah senangkah hatimu dan keluargamu ayah? Kita hidup dalam rumah tangga tidak bahagia ayah.

Walau kau tahu siapa penyebab hingga kau sanggup menghalau anakmu keluar rumah katanya kerana semua rumah dan apa ayah ada untuk kami sedangkan isterimu mahu ayah dan keluarganya sahaja. Bukan kami.

Buka lah matamu wahai ayah. Hidup susah dulu kita bahagia. Hidup kini penuh dengan kemarahan dan ungkitan. Keluarga kita tidak akan bahagia wahai ayah. Jika dirimu dan isterimu tidak mahu berubah jangan diharap perubahan pada anak agar memahami kerana apabila selalu pendam sekali meluahkan sangat tidak baik akan situasi bingitan itu wahai ayahku.

Bahagiakah kita sebenarnya walau harta sudah ada?

Dimanakah ayahku yang dahulu aku rindukan?

Aku rindu ayahku semasa kita hidup susah menangis dan sedih bersama2 tapi bahagianya Allah sahaja yang tahu. Allah, aku rindu ayah ku yang dulu bersyukur dengan apa ada dan berbelanja mengikut kemampuan tanpa peduli apa pandangan orang terhadap kita.

Maaf ayah jika dirimu rasa anakmu berkahwin dan rasa dijauhkan. Setiap selang berminggu ada yang sering dah jenguk tanpa gagal namun gembira itu sudah tiada wahai ayah. Ayah dan isteri ayah terlalu mahukan kesempurnaan yang tidak ada pada manusia.

Aku rindu ayahku dahulu.

– 3 daughter

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *