Untuk part I, (https://iiumc.com/ayahku-yang-luar-biasa/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/ayahku-yang-luar-biasa-ii/).
Assalamualaikum warahmatullāh dan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam.
Syukur kepada Tuhan Yang Esa, Yang Mentadbirkan Alam serta Maha Bijaksana, tidak ada satu pergerakan pun di muka bumi ini tanpa sepengetahuan-Nya.
Selawat serta salam buat Baginda Rasulullāh Shollallahu ‘alaihi wa Sallam, para ahli keluarganya serta para sahabat baginda.
Pejam celik, pejam celik.. genap sudah 14 bulan 2 hari iaitu tempoh masa saya menjalani rawatan pemulihan narkotik di salah sebuah institusi pemulihan di tanahair tercinta kita ini.
Saya memiliki kesempatan lagi sekali dalam berkongsikan suatu kisah mengenai betapa tabahnya, cekalnya serta memiliki kesabaran yang tinggi.
Masakan tidak? Kedua-dua anak lelakinya tu merupakan bekas penagih dadah! Ditambah lagi pula dengan kedudukan ayahanda saya di mata masyarakat setempat…
Tambahan pula, ayahanda saya ni tak pernah langsung mengeluh, kedekut, berkira wang ringgit dengan anakanda-anakandanya..
Lebih-lebih lagilah untuk anakanda-anakandanya yang masih menuntut ilmu, tak kiralah ilmu akademik mahupun ilmu agama.
Saya sendiri pun semenjak kecil tak pernah merasai duit hasil titik peluh.
Sehinggakan saya ni pernah digelar oleh rakan-rakan sepermainan saya dengan gelaran, ‘anak manja’, ‘anak bapak’, ‘baloq liat’ dan macam-macam lagilah.
Walaupun begitu, abang saya tu tidaklah 100% perbelanjaannya itu ditanggung oleh ayahanda saya. Terkadang dia mendapat upah mengajar di masjid-masjid dan surau-surau kampung.
Saya merasa yakin dan pasti bahawasanya ayahanda saya takkan pernah merasa ralat sedikit pun pada abang saya, sebabnya dia setiap kali peperiksaan akhir saja, pasti mendapat pointer 4 Flat!
Jelas terpancar riak wajah yang sangat berbangga dan gembira di wajah ayahanda saya dengan kecemerlangannya pada setiap semester.
Ayahanda saya juga pernah dituduh menerima rasuah oleh BPR (Badan Pencegah Rasuah) di tahun 2004-2005, sampaikan beliau pernah dimasukkan ke hospital dek sikap tak berhati perut oleh pegawai-pegawai BPR ketika itu.
Syukur kepada Tuhan sebab ayahanda akhirnya terlepas juga tuduhan rasuah tu.
Seingat saya, dugaan yang paling besar pernah dihadapi oleh ayahanda saya selain kematian arwah ibunda adalah beliau pernah ‘ditikam belakang’ oleh sahabatnya sendiri yang beliau telah menganggap si pendusta lagi munafik tu sebagai adiknya sendiri!
Dia menipu, melemparkan fitnah yang dahsyat kepada ayahanda saya tu sehinggakan ayahanda saya pernah ‘dipulaukan’ oleh ahli-ahli kariah masjid sendiri!
Tetapi, Tuhan itu Maha Adil..hendak dijadikan cerita, isterinya pula terlantar sakit, kemunafikannya pula sedikit demi sedikit terdedah oleh Iradah (Maha Berkehendak) Tuhan Maha Esa.
Masih saya ingat lagi dia pernah beritahu pada ayahanda saya, “Kalau bersumpah palsu akan masuk neraka, saya tak kisah pun masuk neraka..”
Semoga Tuhan Maha Penyayang menjauhkan kita daripada sifat-sifat tercela itu semuanya.
Jikalau orang tak mengenalinya, pasti puji-pujian saja kepadanya.
Ditambah lagi dengan tutur katanya yang sangat sopan, lemah lembut persis menanam tebu di tepi bibir lagi!
Itulah yang terpancar pada zahirnya.. batinnya pula? Hanya Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Agung jualah yang mengetahui isi hati para hamba-Nya.
Akhir kalam daripada saya, serangkap pantun saya persembahkan;
Anak dara malu tersipu-sipu,
Makan laksa dengan ulam-ulaman,
Hidup di dunia jangan menipu,
Nantikan binasa tubuh badan.
– Muhnas (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit