Ayam Goreng

Assalamualaikum w.b.t. First sekali nk ucapkan tq dekat admin sebab approvekan and publishkan story aku ni. Nama aku muna, awal 20an dan sekarang ni tengah tahun akhir di sebuah ipta di utara. Story yang aku nk cerita ni terjadi pada ahad lepas masa aku balik cuti raya aidiladha. Cerita ni takde la best mana, pendek je.. hrap sudi la nk baca ye :)

Lepas je solat maghrib aku dengan akak aku dah plan nak keluar pegi kedai, nak beli makanan *nasigoreng. yela, sambil nak tengok AF yang bru ni. so before 9 dah keluar rumah , naik moto je sebab dekat. Sampai je kedai, order la nasi goreng ayam 1, nasi goreng daging paprick 1, nasi goreng seafood 1 and mee goreng 1. Nasi goreng ayam 1 je ye kami order. Ada la dalam setengah jam menunggu, sambil dok tunggu tu menyembang la, main hp la, tengok org lalu lalang la :D kedai makan kalau takde kucing memang tak sahkan, aku ni dah la peminat kucing gila gila punya. sayang gila sampai aku bahasakan diri aku ni “ibu” kat kucing tu .. hehehe.. and then kucing ni miaw miaw dekat orang yang makan kat situ, sikit pun tak endah.. ye itu hak depa nk bgi ke tak makanan tu. tapi for me, bagi sikit tak luak pun lauk hang tu.. huhu

lepas je makanan yang kami order tadi dah siap, dah bayar semua aku dengan kak pun keluar dari kedai. sebelum tu sempat lagi ambik tisu sebab nk kasi kucing tu makan. kami cubit ayam lapik atas tisu and letak jauh sikit dari kedai makan tu, takut owner kedai tu marah pulak.. satg kotoq pulak kedai dia.. kami bagi secubit 2 3 mcm tu je. ayam goreng tu ambik dari nasi goreng yang kami beli tadi tu.

habis je kasi makan, otw la balik.. sampai rumah ambik pinggan, bersila semua depan tv nak tengok af . haha.. bukak2 je nasi,.. aku pelik asal aku punya nasi goreng ada ayam goreng paha. dalam hati dah pikir, orang yg masak tu silap letak la tu. so aku punya memang complete la ada ayam goreng, daging paprick *sedapgila! habis je makan, otw nk kedapur, baru aku terpikir, rezeki dari Allah kan. Sebab tadi aku bagi kucing tu makan ayam goreng, tak banyak pun secubit dua je.. tapi Allah gandakan lebih dari apa yang aku bagi.

kita buat baik dekat dunia, dekat makhluk Allah, Ciptaan Allah, Allah balas cash je dekat dunia. Kita kalau tak suka kucing takpela.. tapi jangan la smpai teranjang dia, curah air panas kat dia.. sakit tau dak.. Kita manusia Allah bagi akal, gunakan akal tu sebaik mungkin. Okay, itu sahaja story pasal “Ayam Goreng” . Maaf kalau terkasar bahasa, akhir kata selamat hari raya aidiladha!

– Muna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit