Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan confessions aku yang pertama. Mana yang terlepas, boleh baca di sini, (https://iiumc.com/ayat-ayat-
First of all sorry sebab aku menaip cerita ni menggunakan handphone sahaja sebab aku takde laptop so aku Ingat aku dah karang banyak-banyak sampai aku risau kalau terlalu panjang.. Haha..
Anyway aku betul-betul hargai komen-komen dari segi pengalaman masing-masing pasal perkara ni dan ada segelintir komen entahlah sebab bukannya niat aku hantar confessions ni nak cari gaduh ke apa. Baiklah kali ni last aku tulis dan akan aku muntahkan semuanya dan lepas ni dah memang takde sambungan ke apa lagi dah.
Perkembangan terbaru yang dapat hari ni bila polis berjaya menahan suspek terakhir di Cheras Sentral Mall. Aku ingatkan polis akan jumpa mapren ni kat area Taman Suntex Batu 9 Cheras. Disebabkan aku ni bawak grab, antara lokasi yang aku tahu penempatan warga mapren ni ialah kat kawasan Venice Hills Condominiums tower 8, Venice Hills condominium tower 9, Jalan Orkid batu 9, Cheras, Taman connaught, Alam Damai dsb.
So penangkapan dia dekat Cheras sentral tu jarak nak pergi dari Venice Hills condominium cuma dalam sekitar 5-10 km sahaja. Awal-awal masa aku masuk dulu kat tempat tu, wallahi aku rasa macam aku yang datang masuk ke perkampungan dia, bayangkanla otw aku nak pick up boleh plak geng-geng dia melepak kat bawah tu ramai-ramai.
Tapi aku puji pihak berkuasa sekarang ni dia halau geng-geng ni duduk kat satu tempat je and kat situ security dia agak ketat bila aku as driver nak masuk pick up kene tinggalkan lesen dekat guard. Kalau dulu area Taman connaught area student belajar tu memang ramai gila geng-geng mapren ni sebab pergi je sana kiri kanan kau toleh orang dia je lepak bising-bising kat situ dan sekarang ni aku da tak nampak sangat dah diaorang ni kat situ. Sebab kau tahu lah diaorang terkenal dengan jenayah dadah dengan pelac*ran.
Bila aku bukak topik ni dengan orang sekeliling aku, most of them da tahu pasal semua ni dan dalam masa yang sama statistik kes penipuan dari warga asing tak pernah menurun makin bertambah ada la. Okay ada sorang mapren ni masa dalam perjalanan aku nak hantar dia dari Venice Hills dia ada mintak no telefon aku sebab bisnes yang dia nak offer aku buat ialah aku tolong carikan dia sejenis sarung tangan medical punya surgery untuk supply dekat negara dia.
Antara ayat-ayat manis dia yang aku ingat, first dia puji aku cakap aku ni seorang yang boleh dipercayai, dia dah ada syarikat dan lesen nak supply barang-barang pergi negara dia, dia nak pilih aku jadi dia punya partner dalam bisnes dia lah dan dia yakinkan aku bahawa bisnes dia ni akan meletop dan boleh pergi lagi jauh, ada masa depan yang cerah, bla.. bla..
FYI readers yang biasa naik grab akan tahu bila call driver guna nombor yang grab bagi tu sebenarnya bukanlah nombor sebenar driver, itu cuma panggilan transit untuk keselamatan kedua-dua belah pihak(driver & rider). At the end aku just bagi email aku je.. Huhu.
Antara Ayat-ayat menis warga asing ajak aku kahwin tu dalam confessions aku sebelum ni, nak kasi hantaran 15k, nanti bila dah kahwin bukak itu bisnes awak duduk rumah saja, bila bisnes dah maju itu saya kenal ramai orang dari Bangladesh kasi kerja kat sini sebab diaorang kerja bagus, perempuan Melayu banyak cantik tak macam perempuan Bangladesh, nak mula itu bisnes guna nama you dulu.. Dah la geli aku nak Ingat balik.
Bangla ni bukannya aku kenal sehari dua dia terus nak ajak aku kahwin, just few months sebab dia bayar aku pergi hantar sana sini (which sekarang aku dah tak buat lagi dah). Yang komen aku hantar confessions sebab just nak bagitahu Bangla ajak kahwin, LOL kejadah aku nak bangga Bangla ajak kahwin.
Macam ni la confessions aku sebab aku concern tak nak disebabkan warga asing hidup jadi sia-sia, pesanan ni bukan untuk sesetengah wanita sahaja tapi in the future anak gadis kau akan jadi remaja dan wanita suatu hari nanti, buat adik-adik student yang belum kenal dunia luar tu macam mana..
Dulu bila aku baca berita tentang seorang wanita yang di tahan di Singapore sebab ditangkap kerana menjadi keldai dadah dan kerajaan Malaysia tak boleh nak buat apa-apa pembelaan pun sebab dah terbukti bersalah, when the first time I read that aku tak nak percaya sebab sedihnya bila akhir penamat Cerita hidup jadi macam tu.
Dan bukan semua wanita yang bagi nama pada warga asing untuk jadi rakan kongsi sebab ada juga segelintir lelaki yang jual nama. Contoh lelaki buka satu perniagaan runcit Ikut undang-undang tetapi yang menguruskan perniagaan tersebut ialah orang asing macam Indonesia atau Bangladesh, keuntungan dibahagi 80/20. 20 untuk pemilik nama, lagi 80 keuntungan milik yang bekerja.
Area Bukit Belacan, berapa ramai warga asing siap ada tanah dan buat rumah besar-besar kat situ? Sebelum ni ada juga confessions tentang hal ni sebab bila diaorang bersaing berniaga dengan orang tempatan for sure kita kalah sebab ada permainan harga which harga barangan yang dia tawarkan jauh lebih murah berbanding dengan orang tempatan sebab kalau orang tempatan untung sikit tapi belum tentu boleh cover komitmen dia setiap bulan. Orang dia lain la dapat duit sikit pun bila bawak balik tukar matawang negara dia banyak la yang dia dapat.
Dari cerita kakak aku yang kerja kat bukit aman tu bila dapat kes kadang-kadang macam tak masuk akal sebab ada anak kepada pensyarah, mak akauntan tapi boyfriend mapren kene cekau duit sampai belas-belas ribu nak tanggung biawak hidup, yang kene scammer dari geng mapren pun dari kalangan professional (doktor, akauntan, pensyarah, ahli perniagaan dsb)
Okay la korang, rasa macam dah panjang karangan ni.. Nak kasi markah kosong pun silakan sebab bukannya aku hantar exam ke apa. Bulan puasa ni masa dirasakan makin suntuk, aku kat sini bukan nak cari gaduh ke apa, minta ampun ya ibu bapak. Kelemahan dalam confessions aku kali ni bagitahu lah secara diplomasi.
Walaupun confessions aku sebelum ni secuit je pun tapi admin tetap siarkan dan admin tahu yang aku masih bertatih dalam dunia penulisan. Terima kasih admin, no wonder la page ni makin kukuh.. Aku doakan admin dan page ni makin maju ke hadapan.
Sekian…
Assalamualaikum w.b.t.
– Lady Driver (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit