Ayat-ayat Manis Warga Asing

Assalamualaikum w.b.t buat warga IIUMC yang dikasihi. Pertama sekali ucapan takziah buat keluarga mangsa ketua jururawat yang meninggal kerana dibunuh. Mohon semua yang membaca tulisan ini doa yang baik-baik untuk arwah.

Menurut laporan media mangsa dengan suspek pembunuhan dalam perancangan untuk melakukan perniagaan. Bila terjadi perkara ni aku rasa terpanggil nak berkongsi tentang warga asing di negara kita. Maaf semua kalau ayat penulisan aku banyak kelemahan.

Kat sini aku ingin confess berkenaan diri aku yang terkadang jumpa warga asing. Bagi aku, aku tak pernah nak pandang rendah pada sesiapa pun termasuk warga asing yang bekerja kat sini. Aku takde masalah pun kalau sekadar bercakap atau nak minta tolong hantar pergi sana sini janji bayar.. Haha.

Okay pekerjaan aku sekarang sebagai grab driver so normal la kalau mintak tolong pergi hantar sana sini. (sekarang da taubat tak buat sebab kalau ada roadblocks dengan takde permits dengan aku sekali terlibat nanti).

Tapi start part yang paling aku benci bila nak ajak aku kahwin. Sebab aku tahu diaorang nak sangat-sangat kahwin dengan orang tempatan,

1. Sebab nak dapatkan kerakyatan.

2. Sebab nak bukak bisnes kat sini dan aku rasa semua orang tahu ‘selera’ warga asing dengan wanita tempatan ni macam mana. Tapi yang aku tak tahan tu dia punya sembang nak kasi hantaran 15k bagai buat aku rasa nak bagi penampar sulung.

Okay yang kedua, bilamana diaorang tahu kahwin dengan aku tu satu benda yang mustahil so diaorang ajak la aku untuk jadi rakan kongsi. Hell big NO from me Macam biasa, dia nak buka perniagaan kat sini mesti la nama orang tempatan dan sedar tak sedar benda ni la yang menghancurkan ekonomi negara bila Melayu tu sendiri yang jual bangsa pada orang luar.

Yup kebanyakkan mereka umat Islam dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia, India, etc dan kita umat Islam di galakkkan untuk bantu sesama umat Islam. Tapi aku tak rasa diaorang fikir benda yang sama buktinya bila perniagaan mereka kat sini berkembang kita pula yang di maki dengan ayat Melayu pemalas. Aku berharap sangat yang jangan ambil jalan mudah dengan menjual bangsa kau untuk orang luar.

Kakak aku yang kerja di bahagian polis bukit aman jumpa banyak kes melibatkan penipuan terhadap wanita tempatan. Bukan sikit-sikit ye cik adik kakak bila kes tipu sampai belas ribu ringgit dari mereka yang bekerjaya professional.

Apa pun aku harap wanita tempatan jadi la seorang yang bijak dan berpendirian. Kalau jumpa geng-geng mapren toksah la layan atau sampai nak berkawan semua tu sebab memang takde manfaat. Itu Belum lagi aku bukak cerita wanita tempatan mati katak kat negara luar sebab jadi keldai dadah.

Fikir demi masa depanmu wahai wanita.

– Lady Driver (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *