Ayat Seribu Dinar

Hai dan salam sejahtera semua pembaca IIUM Confession

Selama ni aku silent reader je, tapi hari ni ada kisah yang aku nak kongsi.

Sebelum tu aku nak minta maaf terlebih dulu sebab aku tau ada orang yang tak selesa gaya bahasa campur2, tapi takpe aku nak jadi diri aku dan ceritakan kisah ni ikut cara yang aku selesa.

Background ringkas: aku berumur 30-an, dah kahwin, menetap di lembah Klang.

Aku bekerja dalam sebuah bidang profesional. Kerja aku agak niche, jadi susah sebenarnya nak cari orang yang ada kepakaran atau specialisation yang sama. Kenapa aku mention benda ni? Sebab context ni penting dalam cerita yang aku nak share ni.

Tahun lepas aku dapat tawaran kerja dengan sebuah MNC, bersama dengan gaji yang aku kira agak lumayan.

Beberapa minggu lepas aku dibuang dari kerja tu atas alasan prestasi tak memuaskan. Patah hati, frust, tension semua tak payah cakap la. Dengan komitmen hidup di bandar, berkeluarga lagi, aku memang menangis masa bos inform aku kena buang.

Aku siap merayu mintak peluang, bos aku pun nampak la kesian kat aku tapi dia cakap keputusan tu bukan tertakluk kat dia sorang, jadi dia tak boleh nak ubah keputusan tu.

Sepanjang aku kerja kat situ aku ada buat beberapa mistakes, tapi sumpah, ni bukan cerita aku buat2 nak selamatkan diri or buat diri nampak bagus, sumpah orang lain termasuk senior aku kat tempat kerja tu sendiri ada buat jugak kesalahan2 sama.

Aku nak kata aku tak tau sebab musabab kenapa aku jadi target kena buang pun tak boleh, sebab sebelum aku kena buang, aku dah detect sebenarnya senior tu memang tak suka kat aku dan ada 1-2 rakan sekerja lain pun sama.

Nak share kenapa diorang tak suka, memang berjela la confession ni nanti. Tapi ringkasannya diorang tak suka cara aku bekerja sebenarnya, dan bos pun ada tegur jugak, so aku tak salahkan diorang sepenuhnya pun.

Cuma yang pasti, bos aku mention masa hari aku dapat berita kena buang tu, yang ada beberapa orang escalate hal aku dekat bos dan bos buat keputusan nak buang tu sebab nak jaga hati semua orang. Akhirnya, nasiblah kena terminate.

Aku ada cuba jugak stand up untuk diri aku, dan aku tau bos sebenarnya okey je dengan aku sebab walaupun aku ada buat mistakes, tapi tak pernah la projek gagal atau tak siap, aku memang sentiasa siapkan deliverable untuk client.

Tapi tu la dah takdir, aku pun pujuk diri la untuk redha dengan termination tu.

Lepas kena buang, aku rembat je peluang kerja yang datang walaupun gaji tak sama banyak sebab fikirkan keluarga. Jadi aku pun tak nak sedih lama2, teruskan je la hidup macam biasa sambil cari rezeki kat tempat baru.

Tempat baru company local, sebab tu gaji tak sama banyak tapi aku bersyukur sangat sebab setakat ni kat tempat baru tak ada pressure macam kat tempat lama.

Yang nak dijadikan ceritanya, beberapa hari lepas, aku dapat sebuah emel dari bos lama aku. Emel tu merupakan tawaran formal dari company lama nak hire aku sebagai freelance subcontractor (subcon).

Pendekkan cerita, diorang struggle nak cari replacement aku, jadi sebagai langkah tambahan diorang terpaksa hire aku untuk fulfill certain tugas yang aku buat dulu.

Sebelum ada pembaca yang keliru, aku nak jelaskan siap2 takde isu conflict of interest dengan company sekarang ya sebab aku transparent je dengan tempat kerja sekarang pasal offer tu..

Dan as long as kerja freelance aku tak ganggu komitmen kerja full time aku, diorang okey je sebab scope kerja lain sikit.

Korang nak tau kenapa aku nak share sangat kisah ni?

Sebab masa aku full time kat company lama, gaji aku tak sama dengan rate subcon. Rate subcon jauh lebih lumayan. Dulu, kalau aku siapkan 4 deliverable dalam 2 minggu pun belum tentu nilai dia sama dengan rate subcon.

Sekarang, cukup 4 deliverable dalam masa sebulan aku dah boleh capai balik gaji lama aku. Ya Allah, masa dapat emel tu aku nangis lagi sekali.

Allah je tau betapa hancurnya hati aku masa aku kena buang tu, dengan risaukan tanggungan dan komitmen aku lagi. Sekali, on top of kerja hakiki sekarang, aku dapat jadi subcon pulak. Sungguh, nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan.

Aku namakan confession ni ayat seribu dinar (Surah At-Talaq: 2-3) sebab tu antara ayat favourite aku, terutama bahagian ‘min haisu la yahtasib’.

Allah dah janji, Allah akan/boleh bagi rezeki dari jalan yang kita tak sangka2. Baca, hayati dan amalkan la ayat seribu dinar. Tak semestinya ayat tu ja, berpegang la dengan al Quran.

Aku cuma nak kongsi kisah keajaiban dari Allah yang aku baru experience, moga dapat jadi iktibar bagi siapa2.

Aku doa semua yang sedang hadapi sebarang masalah dalam hidup, baik dari segi rezeki atau masalah lain, akan jumpa jalan keluar dan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebab apa? Sebab janji Allah itu pasti :)

Sekian, terima kasih sudi baca.

– Kotak tisu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *