Assalamualaikum w.b.t.
First of all, biar aku clarify kenapa aku buat post pasal sedekah ni. Aku harap takde siapa yg anggap aku riak atau pun bermegah diri konon nak kata aku banyak bersedekah dan sebagainya. Tidak, tidak sama sekali. Tujuan utama aku buat post ni adalah dengan harapan dpt bagi kesedaran dkt semua (terutamanya org Islam) mengenai power nya sedekah ni.
First, sedekah ni akan membuatkan rezeki yang kau rasa tak pernah cukup tu cukup je insyaAllah. Pernah satu ketika time study dulu, aku pergi restoran dan lepas bayar, dalam purse ada RM3 je. Lepas tu terus aku sendu bila teringat yg dlm bank ada lah dlm RM40 mcm tu je. Dahlah time tu bank aku bkn Maybank yg kalau tinggal seringgit pun kita still boleh keluarkan. So maksudnya aku ada lagi RM30 je. Dan ketika tu, aku nampak ada tabung wakaf utk pembinaan sebuah masjid. Entah kenapa walaupun serabut fikir psl duit tak cukup, laju je tangan ni masukkan yg RM3 tadi dlm tabung tu. Sebab aku teringat yg ada ustazah kata kalau kita mewakafkan wang sesikit mana pun untuk pembinaan masjid/surau, pahala dia akan berterusan sehingga kita meninggal. Dan sebagai seorang manusia yg sentiasa berdosa ni, aku niat dengan ikhlas dan aku bisik pada Allah, “Ya Allah. Aku harap dengan sedekah ini, ianya dapat mengurangkan dosa-dosa yg aku ada.”
Alhamdulillah, fikiran yg serabut bila teringat duit tinggal RM30 tadi dah tak serabut sangat sebab lepas tu ada orang belanja makan, ada kawan nak masakkan, ada abang yang tiba-tiba bank in duit dkt adik dia. Alhamdulillah. Bila semua rezeki ni datang, aku yakin yang ini adalah pertolongan dari Allah untuk hamba nya yang ikhlas membelanjakan harta di jalanNya.
Sekarang, aku dah berkerja. Jujur aku katakan, aku sentiasa rasa gaji aku tak cukup. Bukannya tidak bersyukur tapi sebab aku kenal diri aku. Aku ni seorang yang tak reti berjimat-cermat. Selalunya dapat sahaja gaji, aku akan tolak komitmen dan simpanan. Bakinya aku suka buat makan sedap-sedap. Ya aku adalah seorang food fighter. Kadang-kadang bila lagi dua minggu lagi ni nak gaji, tp dalam bank dah tinggal RM100 je. Tapi, aku tak pernah lupa bersedekah bila aku mampu. Kadang bila jalan kat pasar, mesti ada org yg meminta sedekah. Aku selalu bersedekah dgn niat yg sama iaitu semoga Allah kurangkan dosa aku dengan adanya pahala sedekah. Dan duit yang RM100 tadi, entah mcm mana cukup je sehingga next gaji. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Tapi bukanlah aku kata yang kalian boleh berboros kemudian bersedekah. Bab boros kerana makan tolong jangan follow. Itu adalah amalan syaitan. Bab boros ni, jujur aku katakan aku sedang bertarung hebat dengan nafsu untuk menghilangkannya. Doakan aku.
Ingat tak di atas aku katakan setiap kali aku bersedekah, aku niatkan untuk diri aku? Allahu. Inilah salah satu kesilapan besar aku. Nak tahu kenapa?
Di tempat kerja aku sekarang, kami ada program usrah setiap hari Selasa. Dan satu hari ni, seorang ustaz datang dan topik pada hari itu adalah ‘Sedekah’. Ustaz ni tanya kami semua, “siapa sebenarnya yang sangat memerlukan sedekah ni? Siapa sebenarnya yang sangat teringin nak melakukan amalan sedekah ni tapi mereka tak boleh nak melakukannya?” Mcm mcm jawapan diberikan dan aku yg sengal-sengal unta ni pun ada jugak menjawab “org yang duduk bawah jambatan.”
Kemudian ada seorang kawan jawab, “orang yang dah meninggal.” Ustaz tu senyum dan jawab “Ya, betul.”
Ustaz tu kata yang sebenarnya orang yg sangat memerlukan pahala sedekah ni adalah org yang dah meninggal. Katanya pahala sedekah ni sangat hebat bagi mereka yang dah meninggal sebab tu mereka teringin sangat nak bersedekah tapi sayangnya dah tak boleh sebab mereka dah meninggal.
Kata ustaz, pahala sedekah ni hebat untuk org yg masih hidup seperti kita tapi buat mereka yang telah tiada, pahala sedekah ni tersangatlah hebat. Ustaz kata lagi, sebab tu sepatutnya kita ni ketika bersedekah, niatkan pahala sedekah itu kepada kaum kerabat atau kawan kawan yang dah meninggal. Walaupun bukan mereka yg bersedekah, namun pahala itu akan sampai jugak kepada mereka.
Aku yang mendengar ni rasa bagai direntap jiwa kerana aku telah kematian ayah berbelas tahun yang lepas. Bayangkan selama aku mengamalkan sedekah ni, tidak pernah sekali pun aku niatkan utk arwah ayah. Aku hanya mendoakan beliau setiap kali selepas solat sahaja. Jujur aku katakan, aku terus menangis di situ. Betapa pentingkan diri nya aku sebagai seorang anak. Aku ingin hidup aku dipermudahkan tapi arwah ayah aku yang berada di kubur aku abaikan. Sedangkan ayah lah yang mengajar aku solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Ayahlah yang mengajar aku untuk mengenali Allah. Maafkan aku, ayah.
Ustaz tu juga kata niatkanlah untuk berapa orang sekali pun ketika kamu bersedekah, pahala sedekah tu akan sama sahaja tarafnya buat semua orang tersebut dan bukannya pahala itu akan dibahagi-bahagikan.
Jadi buat kalian yang ingin membantu yang tersayang yang telah pergi buat selamanya, rajin-rajinlah bersedekah dan niatkan lah untuk mereka. InsyaAllah. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman, semoga mereka dijauhkan dari azab kubur dan semoga mereka semua mendapat syurga Firdausi. Amiin. InsyaAllah. (Al-Fatihah)
Terakhir sekali, ada sebuah hadith.
Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
– Riwayat Bukhari
Dari hadith ini, jelas bahawa sedekah ni dapat menjauhkan kita dari penyakit hati dan insyaAllah dapat memanjangkan umur kita. Bagi mereka yang senantiasa dengki dan busuk hati pada kesenangan orang lain, bersedekahlah. Semoga Allah hilangkan titik-titik hitam di hati kita dengan adanya pahala bersedekah tadi.
Sudah puas aku berusrah di sini. Tapi aku bukanlah golongan yang 7 kali pergi usrah, sudah pandai tepis fatwa, AMBOI!
Semoga apa yang telah aku tulis, sedikit sebanyak dapat meresap ke dalam nurani kalian. Jujur dari hati, aku mahu post aku ini dibaca oleh ramai manusia bukan kerana aku inginkan populariti tapi kerana aku mahu kita semua bersedekah dan aku juga mahu semua umat Islam yang telah meninggal dunia untuk dijauhkan dari seksaan kubur. Semakin ramai orang masih hidup yang bersedekah, semakin ramai lah mereka yang telah meninggal akan diringankan azab kubur mereka. InsyaAllah.
Maafkan aku jika ada yang merasakan aku ini hanya ingin riak dan bermegah-megah. Sesungguhnya aku hanya ingin membantu kita semua umat Islam yang masih tidak sedar lagi kita sekarang hidup di dalam akhir zaman.
Semoga Allah merahmati kalian semua dengan kesihatan, rezeki yang luas, kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga Allah memulihkan hati-hati kita yang rosak akibat nafsu dan bisikan syaitannirajim. Amiin. InsyaAllah.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t.
– Ingin membantu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit