Ayuh Laporkan

Bismillah. Antara kandungan yang tidak sesuai untuk mana-mana manusia:

1. Kandungan yang memfokuskan hanya kecantikan atau ketampanan fizikal, baik lelaki atau wanita. Nampak sangat tidak matang.

Contoh, “Ada cikgu cantik macam ni, setiap hari ayah-ayah termotivasi hantar anak ke sekolah”.

2. Yang mengaibkan anak.

Contoh, anak tidak berpakaian sempurna.

3. Menggunakan bad marketing untuk good marketing.

Contoh, perempuan menggedik bertanya: “Nak duit ke, nak laptop? Ke, nak saya?”

4. Sebarang kandungan yang membawa keburukan atau dosa.

Bagaimana mahu menghentikan gejala tidak baik dalam media sosial ini?

Mudah. Laporkan sahaja kepada pihak sosial media berkaitan, atau badan berautoriti.

Jangan komen, jangan kongsi.

Dengan itu, mereka yang melakukan perkara ini atas dasar populariti tidak dapat apa yang mereka mahu,

Lantas menghentikan kitaran buruk ini, sekaligus menjaga imej agama dan negara di mata dunia.

Ayuh laporkan gejala buruk ini.

– Ef.En (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *