Azam 2023 = Berpisah

Sila kecam berjemaah. Saya adalah 1steri kedua atau bahasa mudah Perampas.

Tidak pernah bercinta langsung. Konon-konon cinta pertama tu buat sang suami. Betul dah tu Allah sudah bagi. Tetapi suami orang.

Dahulu saya agak paranoid dengan sigma ambil lelaki orang. Entah macam mana saya pun boleh sangkut dengan suami orang. Kesian sungguh. Skil dorang ini bahaya.

Saya kenal dia tanpa tahu dia suami orang. Sikit-sikit dia masuk jarum. Budak-budak baru hendak belajar bercintakan.

Akhirnya:

– Sudah kahwin kurang dari 15 tahun.

– Kahwin dekat Songkhla.

– Alhamdulillah memohon secara sah di Malaysia setelah mendapat anak pertama (setelah 5 tahun). Agak lama proses sebab rumit dan bermodal agak keras. Terima kasih dekat suami sebab berjaya adakan duit.

– Kalau tidak daftarkan perkahwinan anak-anak tiada hak untuk berbin atau berbintikan ayah.

– Anak pertama setelah enam bulan baru berjaya dapat surat beranak.

– Dengan denda RM2000 untuk lelaki dan RM2000 untuk wanita sebab bernikah tanpa kebenaran dan berpoligami. Tidak bayar denda boleh masuk penjara.

– Upah peguam dalam RM5000 lebih sebab waktu itu tidak tahu cara hendak selesaikan.

– Setelah beberapa tahun Family saya dapat tahu saya sudah nikah itu pun sebab terkantoi surat nikah.

Alhamdulillah akhirnya mereka berlapang dada menerima. Terima kasih Allah. Merekalah sumber kekuatan saya selama ini.

– Ayah sanggup ke mahkamah untuk settlekan urusan pendaftaran. Maaf sebab membelakangkan keluarga.

– Family lelaki sampai sekarang masih tidak tahu kewujudan saya.

– Rakan sekerja dan saudara mara pun tidak tahu. Tetapi mungkin ada yang menghidu. Saya tiada daya hendak berterus terang. Biarlah saya simpan sendiri.

– Agak lama saya bagi masa dekat suami untuk berterus terang dan azam saya untuk tahun 2023 supaya saya move on dan tidak perlu toleh kebelakang cukuplah peluang yang di berikan.

– Sebenarnya sudah berkali-kali saya minta cerai. Ini jalan yang terbaik saya rasa.

Suami pun gaya macam tiada usaha untuk betulkan apa yang bengkok. Dia tidak rugi apa-apa. Anak-anak dia boleh jumpa. Dia boleh pakai saya bila-bila.

Saya yang hadap semuanya sendiri. Bodohkan. Senang-senang jer orang bodohkan anak mak ni walhal mak dah hantar belajar elok-elok.

– Alhamdulillah Allah hadirkan buat saya anak-anak yang comel serta baik.

– Saya hendak hidup dengan penuh bersemangat bersama anak-anak saya tanpa bayangan suami.

– Saya cuba ‘list out’ kebaikkan dan kekurangan suami sepanjang hubungan kami.

Positif

1) Ada usaha bagi duit walau masih belum memenuhi keperluan – lepas covid project kurang (kurang dari 1000)

2) Bukan kaki pukul.

3) Kalau datang rumah rajin belikan makanan untuk family.

Negatif

1) Segala urusan rumah, mendidik, hantar amik anak ke sekolah taska dan tadika, menjaga, kesihatan anak di lepaskan ke bahu isteri – bila berkesempatan dan line clear baru boleh tolong.

2) Tiada masa untuk bimbing anak-anak – ajar anak pegi ke masjid.

3) Agak sukar untuk di hubungi – lagi-lagi waktu malam. Malam tak boleh keluar langsung – line kena clear waktu pegi masjid atau kedai baru boleh hubungi.

4) Kurang prihatin dan risau (perjalanan ke tempat kerja 40km sehala) naik moto sebab terpaksa berkejar masa ambil hantar anak ke taska, tadika dan sekolah – bila mengadu motor masalah hanya bagitau perlu buat apa tanpa ada apa-apa iniasitif untuk tolong tengokkan.

5) Family time sangat limited – datang rumah seminggu sekali. Lebih kurang 2jam atau kurang – sebab beli rumah (atas nama saya) dekat dengan dia senang nak tengok anak-anak. Tetapi pengorbanan di sia-siakan. Sama jer.

6) Jarang tidur dekat rumah – kebelakangan ni kerap lah sikit dalam 1 bulan tu ada la sekali itu pun mujur. Awal-awal pindah dulu dekat setahun duduk sekali pun tak pernah tidur semalam.

7) Anak2 membesar dalam keadaan yang tidak sihat – hidup tidak macam keluarga orang lain. Ke mana-mana hanya dengan mama. Tidak ada masa nak makan, lepak-lepak dekat luar bersama ayah.

8) Bukan pasangan yg normal – kurang berkominikasi – cakap hal yang penting-penting jer sebab masa bersama kurang. Tak ada masa luahan perasaan dan bertukar-tukar cerita.

9) Tiada istilah raya Fitri atau Haji pertama bersama suami. Tiada gambar raya keluarga – tiap kali raya tinggal terkapai2 dengan anak-anak – hendak abis raya baru lah ada itu pun tak sabar-sabar nak balik – sanak saudara datang tanya suami mana alasan sama dia kerja.

10) Urusan Kereta Motor jika rosak – sila urus sendiri.

– Sedap jer saya listkan. Hahaha. Saya tahu saya seorang yang serba serbi kurang. Mungkin pada pandangan suami, saya tiada kelebihan pun.

– Moga suami berlapang dada menerima azam 2023 saya. Jika tidak saya sendiri kena nekad pergi ke pejabat agama. Uruskan sendiri. Semoga Allah lembutkan hati suami dan permudahkan jalan buat saya.

– Kewangan untuk tahun 2023 agak bermasalah tetapi masih boleh uruskan lagi.

– Suami pernah berkata mungkin dia tidak boleh bagi nafkah anak-anak kalau kami bercerai. Ini saya redha. Itu urusan dia dengan Allah. Insyallah ada rezeki buat anak-anak saya.

– Mental saya masih ok sebab pada saya hidup ini ujian. Saya masih ada keluarga untuk saya berpaut serta anak-anak.

– Inilah harga yang perlu saya bayar.

– Buat Kakak, maafkan saya.

– Doakan saya terus kuat. Moga ada sinar kebahagian buat saya. Di beri kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki dan dipanjangkan usia untuk saya membesarkan anak-anak saya.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *