Hai semua. Lama tak jenguk page ni. Tetiba tergerak hati nak menulis.
Aku pernah confess dalam ni tentang seorang nenek tua bernama mak ngah yang hidup sebatang kara. Aku tak kenal dan tak pernah jumpa anak dan cucunya disebabkan aku baru pindah kat situ. Dan sangat menyedihkan ceritanya diabaikan dan dizalimi anak sendiri.
Btw mak ngah dah meninggal di rumah anak sulungnya. Dan anak sulung nya pon dah meninggal. Tanah tempat tapak rumah pusaka itu pon dah dijual.
Saja recap dan throwback balik cerita tu sebab aku masih merasakan hangatnya rasa prihatin dan kasihan netizen kepada seorang insan bernama mak ngah.
Dan masih terngiang2 lagi di ingatanku pujian melangit korang tentang penyampaian cerita aku yang dikatakan seronok dibaca. Thank you gais. It made my day!
Ok berpindah ke babak seterusnya. Mai la sini nak gossip sikit. Minggu lepas aku jumpa doktor. Appointment atau tca dalam bahasa depa sesama doc. Tapi malang seribu kali malang nasib doc tu.
Pagi tu aku bergaduh dengan anak teruna aku sampai dia menangis teresak2 aku marah dia. Yela dah sakit hati mestila marah kan. Kesnya dia sakit mata. Bila nak titik kan ubat dalam matanya dia pejam. Memang hangin satu badan + geram + merajuk.
Dan doc tu terkena tempias angin puting beliung tersebut. Aku pegi marah doc tu. Terpinga2 terkelip2 mata doc tu. Sambil senyum tawar. Nampak muka doc macam neves sket. Sori doc I tak sengaja. Nasib doc la.
Dan alhasilnya? Doc kecik call doc pakar tanya itu ini. Dan alhasil lagi ubat aku dinaikkan. Sebelum ni makan 4 bijik. Ditambah lagi sejenis ubat dan lagi sejenis ubat yakni ubat tidur. Padan muka aku! Kan.
Makan ubat tidur pukul 11 malam. Esoknya sepanjang hari aku tido. Memang alergik sungguh dengan ubat tidur.
Korang nak tau tak? Aku marah2 kat doc. Aku cakap camni. Doc. Haritu saya dah tanya doc satu soalan. Tapi doc tak dapat jawab. Soalan saya. Kenapa saya malas? Takpelah. Hari ni saya nak tanya soalan lain.
Kenapa masa saya marah, saya boleh buat kerja sup sap suap sap sejam dah siap kerja yang saya tangguh selama 2 minggu. Abistu takkanlah saya nak kena bergaduh dengan anak dengan laki tiap2 hari demi untuk selesaikan semua kerja rumah?
2 minggu dah aku tak kemas rumah gaissss. Aku tanya doc tu. Doc termenung sat. Dia kata. Susah jugak soalan awak ni. Pastu banyak lagi la doc soal siasat aku tapi macam biasa la aku tak ingat.
Ok habis cerita pasal doc. Bila balik rumah aku rasa kelakar pulak. Dengan ubat baru yang doc bagi tu, aku dah boleh selesaikan tugas/kerja rumah seperti orang lain.
Btw aku surirumah tapi aku benci jadi surirumah. Aku nak resign tapi aku tak tau macam mana. Aku mintak template resignation letter dengan member aku sesama surirumah jugak tapi dorang gelakkan aku. Haih!
Ok next aku nak cerita pasal laki aku. Aku dok tenung2 gambar kami masa mula2 kahwin. Laki aku takdela hensem sangat. Tapi bila dress up, pakai jeans, pakai t-shirt pakai kasut, hilangla ke tak henseman dia tu. Lagipon baru2 kawen kan romantik.
Selepas lebih 10 tahun kahwin, aku dok tenung gambar lama, pastu tenung laki aku. Sekarang dah boroi. Kehemseman yang ada sikit2 tu hilang lari jauh nyorok tak tau nyorok kat mana.
Aku geram, benci, marah, menyampah! Laki aku dah macam pak maun. Pergi mana2 pakai kain pelekat macam bangla. Kulit makin gelap alhasil banyak berjemur tengah panas. Semua seluar jeans dia dah tak pandang.
Pastu kopiah tertenggek atas kepala waima duduk rumah pakai kain pelekat tidak berbaju sekalipon. Aku tak kisah kalau dia pakai kain pelekat dan berbaju melayu atau kurta warna senada bila pergi masjid atau tahlil atau apa2 majlis. Tapi. Tahla ko pikirla sendiri!
Dia punya geram sakit hati tu sampai tahap aku rasa nak bercerai weh! Bila aku ajak berbincang hal ni, dia cakap apa tau. Kita kenalah sentiasa rasa diri kita tua. Supaya kita ingat mati. Arghhhh tensen aku tensen!
Dia belum pun umur 50 weh! Tapi dia perasan diri dia tua. Aku ada mengadu kat netizen aku rasa nak bercerai sebab laki aku suka marah2 dan kami hidup miskin. (salah satu sebabnya jugak sebab dia tak hensem dan serabai) tapi aku kena tazkirah kat sini. Aku pon insaf.
Korang jangan kecam kata kenapa aku terima dia sebagai suami? Dulu lain. Walaupon tak hensem tapi pakai smart.
Oklah. Cerita benda lain lah pulak. Pasal azam aku. Nak tingkatkan amal ibadah. Nak jual nasi lemak. Aku punya azam nak jual nasi lemak ni dari 2021 weh! Entahla kenapa belum menjadi nyata.
Aku pasang banner nasi lemak aku tu. Sejak belum tengkujuh belum banjir lagi. Banner duduk situ diam2. Aku pon duduk diam2 dalam rumah. Cili kering dok bersawang dalam plastik. Kacang aku dah buang sebab dah rosak masuk air aku letak dalam peti sejuk.
Cer korang tolong pikir macam mana aku nak capai azam aku ni? Pastu biasala azam cliché macam orang lain. Nak turunkan berat badan. Nak lebih positif, lebih rajin, kurangkan belanja lebihkan pendapatan. Kurangkan main pesbuk. Taknak bawak anak pergi kedai eco. Mak pergi sorang takper.
Pastu.. Ah malaslah nak taip semua! Ada 21 azam aku. Semuanya cliché macam azam korang la jugak. Taun depan nanti salin balik azam tu masuk buku lain.
Oklah itu jelah. Aku kompem korang dah letih baca. Okla korang komen murni2 siket yer. Err. Kalau nak kecam boleh. Tapi kecam manja2 dahla yer. Okla nak ambik anak sekolah. Selamat tahun baru semuaaaaa.
– Melissa Cinta Untuk Nabila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
fokus satu2 ya sis.. especially yourself.. i think u boleh try buat time table.. aah sudah nak kena ikut jadual jadi stress pulakk.. sukati ko la nak buat apa kak, jgn lupa brisk walk ya.. aah sudah aku kena kejar dgn anjing pulakk kang…