Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Admin & readers IIUMC semua.

Actually, confession saya ni lebih pada pertanyaan. Mohon sangat pada yang ada pengetahuan/maklumat tentang topik ni, mohon kongsikan ya.

Seperti yang korang tengok pada tajuk, saya nak bertanya tentang pengerasan suara ketika azan & bacaan ketika dalam solat.

Alhamdulillah, rumah yang saya sekeluarga sewa berada betul2 di tepi surau taman perumahan. Rasa sejuk, tenang dan aman ketika mendengar azan, bacaan Al-Quran dan kuliah2 agama.

Tapi sejak akhir2 ni, saya ada perasan seorang muazzin ni, ketika laungkan azan, suara & cara alunannya betul2 buat kami sekeluarga rasa kurang selesa.

Untuk makluman, saya ada anak berusia 10 bulan, 4 tahun & 8 tahun. Ketika waktu subuh, jika muazzin ini yang melaungkan azan, pasti anak2 saya yang berusia 10 bulan dan 4 tahun tu akan terjaga dan menangis. Terpaksa bergilir2 dengan suami untuk solat Subuh.

Situasi ni terjadi hanya jika muazzin ni saja yang melaungkan azan. Alhamdulillah, jika muazzin lain, tiada masalah.

Untuk makluman readers semua, alunan muazzin ni agak keras, kuat & alunannya berlainan setiap kali azan dikumandangkan.

Ada hari meliuk lentuk, ada hari seperti menjerit, ada hari seperti bertarannum. Tidak pernah sama. Berbeza dengan rakan2 muazzinnya yang lain dimana liuk alunan mereka sama & laungannya amat tenang untuk didengari. Hanya dia sahaja yang berbeza.

Untuk makluman readers juga, loud speaker di surau ni agak kuat. Muazzin ini pula selalunya akan melaungkan azan subuh sahaja, hanya sekali sekala azan maghrib.

Ada seorang lagi muazzin lain yang selalu melaungkan azan maghrib di mana laungannya amat menenangkan jiwa & terasa sebak di hati setiap kali mendengarnya.

Selalu saya bercakap dengan suami, alangkah bagusnya jika yang mengazankan mahgrib ni menggantikan muazzin yang melaungkan azan subuh tu. Baru kena dengan suasananya di mana waktu subuh, keadaannya tenang dan orang baru nak bangun, nak bersiap2 memulakan hari baru. Dipanggil pula untuk menunaikan solat subuh dengan cara lembut, tenang, aman & damai.

Manakala cara muazzin subuh tu sangat sesuai jika dia melaungkan azan maghrib, sesuai dengan suasana maghrib di mana orang2 sudah ada dalam keadaan bersiap sedia untuk menunaikan solat berjemaah & menghadiri kuliah. Tapi sayangnya, situasinya tidak begitu.

Selalunya juga, muazzin lain akan berselawat secara perlahan dahulu sebelum melaungkan azan (mungkin taknak bagi orang terkejut), tapi muazzin ni terus je laungkan azan, tanpa selawat & salam, hehe. Ada masa tu terkejut jugak, dahla kuat, huhu.

Kadang2 saya rasa bersalah sangat bila timbul perasaan kurang selesa ketika mendengar muazzin ni melaungkan azan, seolah2 macam saya tidak suka pulak mendengar azan, nauzubillahiminzalik. Walhal itu bukanlah niat saya. Hanya dengan muazzin tu sahaja timbul perasaan sebegini, tidak dengan muazzin2 lain.

Ada satu lagi keadaan di surau ini di mana, ada waktu2nya, ketika subuh, bukan hanya azan yang dilaungkan secara kuat, malah bacaan ketika solat, doa & kuliah subuh juga dalam keadaan kuat, melalui speaker yang dikuatkan suaranya.

Ada masanya jika saya sedang period, anak cuti minggu, waktu tu saya akan curi masa sikit untuk berehat. Tapi jika situasinya seperti yang saya ceritakan di atas, mana mungkin saya boleh berehat.

Melalui kuliah2 yang saya ikuti, semua ustaz/ustazah menyatakan perkara yang sama. Dilarang untuk mengeraskan suara melainkan ketika azan sahaja. Bacaan Al-Quran hanya jika dibacakan dalam keadaan tenang, tidak terjerit2 dan jiran tetangga tidak merasa terganggu.

Dikhuatiri jika dikeraskan suara (jika bukan azan), yang bukan Islam akan berasa marah dengan ayat2 ALLAH, seterusnya mereka akan menghina ALLAH, Rasulullah SAW & Islam. Itu yang saya faham dari kuliah ustaz/ustazah yang saya dengar. Jika saya salah, mohon yang lebih arif tolong betulkan ya.

Untuk makluman, surau taman perumahan saya ini memang terdiri dari berbilang kaum & agama. Terfikir jugak, jika saya sendiri pun kadang2 rasa tidak selesa dengan laungan muazzin ni, bagaimana pula dengan jiran2 yang bukan Islam ya? ALLAH, tak sanggup nak memikirkannya.

Akhir kata, saya mohon maaf jika ada yang terguris hati dengan confession saya ni ya. Semoga ALLAH SWT sentiasa kurniakan hidayahNYA buat kita semua.

Sekian, terima kasih.

– Hamba ALLAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kes. Yg sama serupa
    Kn time azam org ni mmg rs x suka betul
    Bkn kita x suka dgr Azan kdg2 mganggu bila time ank alu biru tido masuk waktu pylah pnjg azann
    Kdg2 dh naik myampah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *