Bayangan Kematian

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, terima kasih kepada admin kalau-kalau confession saya ini disiarkan. Apa yang saya akan kongsikan mungkin boleh jadi ‘trigger’ kepada sesetengah orang, jadi kepada sesiapa yang rasa tak boleh tahan baca cerita berkaitan depression, anxiety, suicidal tendencies, mungkin boleh berhenti baca siap-siap.

Saya mulakan dengan perkenalkan diri saya. Boleh panggil saya Aa. Berumur 25 tahun. Sekarang bekerja dalam sektor swasta di Kuala Lumpur. Alhamdulillah dari segi luaran, orang akan nampak hidup saya ni cukup serba serbi. Saya akui, memang cukup, Alhamdulillah. Tapi Allah uji saya dengan benda yang orang tak nampak (and being someone who’d rather keep everything to herself doesn’t really help either).

Apa yang saya nak kongsikan adalah berkaitan pengalaman saya. Saya rasa saya dah lama ada depression dengan anxiety. (Waktu tu, kesedaran tentang benda-benda macam ni dalam kalangan masyarakat masih kurang) Sejak sekolah menengah dan keadaan saya menjadi lebih teruk sejak saya melanjutkan pelajaran ke universiti di mana saya mula mencederakan diri saya sendiri. Tak payah ceritalah macam mana, yang penting as long as saya rasa pedih luka tu, saya nampak darah, saya puas. Rasa hidup gitu.

Benda ni berlarutan sampai sekarang. Makin teruk kot sebab sejak pertengahan tahun lepas, setiap hari saya mula membayangkan macam mana saya mati. (Sebelum tu ada la juga cuma tak ada lah hari-hari) Contohnya, kalau saya lintas jalan, saya akan bayangkan kereta tu langgar saya. Kalau saya turun tangga, saya akan bayangkan saya jatuh tangga tu. Kalau saya berjalan seorang diri pun dalam khalayak ramai, saya akan bayangkan orang datang tikam saya lepas ragut beg saya.

Setiap hari saya pergi kerja naik MRT, saya akan bayangkan tren yang saya naik tu tersasar dari landasan, dan jatuh atas jalan raya. Nak kata saya paranoid tak juga, sebab ending kepada semua tu adalah saya mati dan saya rasa sangat gembira dengan pengakhiran tu. Pendek kata jujur saya cakap, saya nak mati. Nasib sebab saya ingat Allah je saya tak bunuh diri. Saya cuma boleh istighfar pastu buat breathing exercise je la setiap kali saya terdetik macam tu.

Walaubagaimanapun, apa yang buat saya terdetik nak berkongsi kisah saya adalah apa yang baru berlaku pagi dan petang tadi. Kebelakangan ini, situasi di tempat kerja saya agak menekan fizikal dan emosi saya. Ditambah dengan insomnia, maybe is it possible for someone to have some kind of memory relapse? Pagi tadi on the way nak pergi kerja, saya tak sedar saya dah lintas jalan. Sedar-sedar saya dah ada kat seberang.

Lepas tu saya macam blank sekejap. Saya macam lost. Lepas tu petang tadi, kat junction yang sama, kaki saya macam melangkah sendiri nak lintas depan kereta yang sedang memecut laju. Pastu bila tak kena langgar, saya jadi macam tak tentu arah, rasa marah pun ada. Saya fikir macam” kenapa kau tak langgar je aku?!!” Bila diingatkan balik bahaya sebenarnya sebab saya macam tak sedar dengan keadaan sekeliling saya masa tu. Maybe this is like the last straw (before I really ended myself?)

Saya tak tahu macam mana nak bercerita dengan orang lain pasal ni Sama ada sebab saya takut saya susahkan mereka ataupun I think that no one can really be trusted. Bukannya saya tak pernah cuba, tapi most of the time, I’m tired of rejection and backstabbing cases. Saya doa kat Allah, hari-hari sujud mintak tolong kat Allah. Tapi perasan ni tak reda-reda. Saya rasa nak mengalah. Saya tahu Allah uji saya sebab saya mampu. Cuma…

Saya tak tahu. Saya takut. Dengan diri saya sendiri.

Saya penat. Dengan diri saya sendiri.

Sejak kebelakangan ni, saya banyak baca artikel pasal mental illness. Benda ni buat saya rasa nak jumpa doktor, (which I really wanted to do since forever) tapi saya takut. Saya takut mak dengan ayah saya tahu pasal benda ni. Boleh ke mereka terima saya ada penyakit ni (boleh ke panggil penyakit? I haven’t even get diagnosed yet.) sedangkan masa saya dapat gred B- for one of my subjects pun mereka persoalkan?

Saya takut. Saya penat.

Saya mohon kalian tolong doakan saya ya. Dan kalau-kalau ada orang reach out to you, please, just please, don’t take it lightly. Moga-moga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin…

“Who cares if one more light goes out,
In the sky of a million stars,
It flickers, flickers.” :-)

Yang masih bertahan…

– Cik Aa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *