B0yfriend Cuba Nak Jaga Market, atau Aku Overthinking?

Assalamualaikum hai korang. Nama samaran aku Lala, umur 25 tahun, dan bakal bertunang pada bulan September ni. Boyfriend aku ni sebaya aku, bekerja sebagai rider, dan sekarang dah dua minggu bekerja di suatu company.

Kitorang dah 7 tahun bercinta. Semua perangai dia aku dah tahu, dia pun dah tahu perangai aku. Bf aku ni pandai bergaul, kawan lelaki dia bersepah, tapi kawan perempuan dia sikit sebab yang aku tahu dia ni agak pemalu dengan perempuan.

Semua kawan kitorang, termasuk kawan dari media sosial, tahu yang kitorang ni pasangan bercinta, sebab bf aku ni selalu juga post gambar aku dekat Instagram. Dalam lock screen phone dia pun, dia letak gambar aku.

Masalahnya sekarang ni, semalam masa jumpa dia, aku tengok lock screen dia dah jadi gambar motor dia. Tapi aku diam sebab masa tu kawan dia tengah join lepak makan.

Aku tunggu line clear baru aku nak tanya kenapa tukar gambar motor. Memandangkan lately ni kitorang agak kerap bergaduh, jadi aku dah plan nak tanya elok-elok sebab taknak nanti tergaduh lagi.

Lepastu kan dalam sejam macam tu, masa tengah duduk-duduk, aku tengok lock screen dia dah jadi gambar aku semula. Aku rasa tak sedap hati. Kenapa dia tukar gambar masa pergi kerja?

Dan lepas habis kerja jumpa aku baru dia tukar gambar aku semula? Rajinnya dia? Kebetulan masa tu kawan dia dah blah, aku pun terus ambil peluang untuk tanya.

Jadi aku soal dia, aku cakap baik-baik kenapa dia tukar gambar moto, then lepas jumpa aku dia tukar gambar aku balik. Korang tahu dia jawab apa? Dia jawab “sebab segan”.

Aku tanya dia kenapa nak segan? Dia jawab “segan dengan kawan dekat tempat kerja, segan orang tengok gambar aku, takut nanti nampak macam budak-budak”.

Aku macam, whattttt?! Aku memang betul-betul tak boleh terima alasan dia tu. Dia pernah tukar gambar lock screen dia masa balik kampung je sebab segan mak ayah dia ternampak dia letak gambar aku.

Aku okay je yang tu. Tapi ni dengan kawan tempat kerja, strugglenya dia nak tukar setiap masa?

Apa yang dia nak segan sedangkan gambar aku bersepah dia upload dekat Instagram. Dan semua orang dah tahu dah pun aku ni girlfriend dia. Tapi kawan kat office tu aku tak pasti dorang dah tahu ke belum yang pakwe aku ni dah berpunya.

Aku dengan dia dah 7 tahun bercinta dan dah nak tunang, apa yang nak segan kalau setakat lock screen gambar aku? Kalau betul segan, kenapa dekat Instagram dia tak rasa segan pulak post gambar aku?

Kenapa dari dulu expose pasal aku? Kalau profile picture WhatsApp dia gambar aku, boleh diterima la juga alasan tu. Tapi siapa je nak tengok phone ko punya lock screen? Apa yang ko risau sangat? Ni semua kata-kata aku dalam hati.

Lepastu aku pun tanya, jadi dah dua minggu kerja kat situ kiranya memang hari-hari ke dia tukar macam ni tanpa pengetahuan aku? Dia kata baru harini dia tukar.

Hati aku mengatakan dia memang tukar gambar lock screen hari-hari sejak kerja tempat baru, cuma kali ni dia terlupa nak tukar awal-awal.

Guys, korang rasa alasan segan tu boleh diterima tak? Aku tak habis fikir lagi ni. Lepastu aku jujur kata dekat dia yang aku macam tak boleh brain dengan jawapan sebab segan tu.

Bagi aku kalau tengok member letak lock screen gambar partner, itu benda biasa. Apa yang nak segan?

Lepastu dia tiba-tiba melenting weh, dia kata dia dah bagi jawapan, then aku nak apa lagi. Dia tinggikan suara. Aku marah dia kata tak malu ke orang lain dengar kita gaduh.

Dia kata lantak la orang dengar ke apa. Lepastu dia pergi tumbuk dinding kuat-kuat dan dia macam nak pukul aku tapi dia tak pukul.

Pastu dia maki sorang-sorang kata bodohla, sial la, dan macam-macam kata kesat keluar dari mulut dia. Walaupun dia tak mention nama aku, tapi ofcourse la tuju dekat aku kan.

Dia macam nak kata semua benda aku nak cari gaduh. Aku terkejut sangat dan tengah tahan menangis.

WEH KORANG, relevan ke dia nak marah sampai macam tu sekali? Aku sikit pun tak berkasar dengan dia, tapi dia sampai tinggikan suara siap maki lagi.

Lepastu boleh dia mention macam ni “susahla nak kerja macam ni” dia cakap kuat-kuat. Seolah-olah aku yang salah dan saja-saja nak overthinking dalam hal ni.

Weh, aku takda pun halang dia pergi kerja. Tiba-tiba je dia kaitkan benda seolah-olah aku halang dia kerja. Point sekarang ni, aku tanya pasal lock screen tu je. Kenapa dia nak melenting sampai macam tu sekali?

Korang boleh bagi pendapat tak? Aku perlukan pendapat jujur dari korang sebab aku masih terkejut dan blur dengan situasi aku sekarang ni. Kenapa dia nak marah sampai macam tu sekali? Salah aku ke guys?

Kalau korang ditempat aku, korang tak rasa overthinking ke? Yes, aku overthinking. Jujur dalam hati aku sekarang, aku rasa dia cuma nak jaga market dekat tempat kerja baru.

Macam taknak orang tahu dia dah berpunya sebab tu dia tukar gambar motor. Yang dekat Instagram tu dia tak hide gambar aku sebab nanti nampak sangat. Itu apa yang hati aku rasa.

Oh ya sebelum tu aku nak cakap kat office dia ada beberapa orang staff perempuan yang sexy, cantik,

dan hot ye, dan kerja pakwe aku ni memang perlu kerap berjumpa dengan dorang dekat office atas faktor kerja.

Korang pula rasa macam mana? Ataupun benda tu perkara biasa je, then aku je yang overthinking tak bertempat? Ataupun ini cuma dugaan sebelum bertunang?

Ataupun memang betul pakwe aku ni cuba nak jaga market dia taknak orang tahu dia dah berpunya?

Aku patut mintak maaf dekat dia atau biar dia yang mintak maaf dekat aku? Sedih sampai rasa taknak tunang dengan dia. Guys, tolongggggg bagi pendapat.

– Lala tersakiti (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *