B40 Ditindas Majikan T20

Al kisah di sebuah negeri bawah angin yang terletak di selatan tanah air, wujud seorang majikan yang layak aku katakan sebagai Haji Bakhil Tahi Kucing era moden.

Pertama kali dalam sejarah hidup, aku menangis kerana sangat pilu melihat abangku sendiri iaitu Abang Wan yang dipergunakan seboleh mungkin dan diperah habis habisan oleh majikannya itu.

Majikan itu bernama Ladin bin Polan. Memiliki bisnes parking lot, hotel, shoplot tepi sungai dan kontraktor. Ladin juga baru berkahwin sewaktu era covid, dan dah ada anak seorang.

Oh ya, Ladin juga aktif bergiat dalam dunia politik. Malahan ramai kenalan politik yang dikenali. Nampak gah dan hebat bukan?

Ladin tidak ada pekerja yang ramai. Jadi bila ada projek kecil yang perlu dilangsaikan, Ladin akan mengarahkan Abang Wan dan kawan-kawan sekerja untuk memyelesaikan urusan tersebut.

Walhal, projek tersebut bukan lah skop kerja mereka, dan ianya di bawah company lain. Abang Wan dan kawannya juga tidak langsung mendapat insentif atau upah atas kerja-kerja tersebut. Tak logik betul kan? Sepatutnya ada duit upah dan duit makan. Tapi yilek!!

Pernah suatu masa ada majlis kenduri di rumah keluarga Ladin. Aku masih ingat lagi, Abang Wan pergi ke sana dari pagi. Aku pelik kenapa harus ke rumah Ladin siang hari.

Rupa-rupanya Ladin menyuruh Abang Wan dan kawan-kawannya untuk menolong majlis kenduri tersebut sehingga malam. Dan tiada duit upah dihulurkan ya oleh Haji Bakhil tersebut.

Betapa amazing sangat kebakhilan Ladin kerana sikit pun tidak ada rasa simpati pada pekerja bawahannya. Aku ni ada lah juga ke majlis jemputan majikan ku, tapi hanya sebagai tetamu dan bukan lah Babu seperti Abang Wan.

Abang Wan dan kawan-kawan sekerja nya hanyalah golongan B40, yang sekadar mencari rezeki halal untuk mengalas perut secara bulanan.

Mereka jujur membuat kerja, akan tetapi dimanipulasi oleh Ladin untuk membuat kerja yang tidak sepatutnya. Ibarat dibayar gaji RM2000 tapi skop kerja RM6000. Kasihan sungguh Abang Wan dan kawan-kawannya.

Mari aku sambung lagi kisah Abang Wan yang teraniaya ini. Ada satu masa, Ladin menyuruh Abang Wan naik ke KL untuk supervise kerja di sana. Kalian tahu tak berapa yang dibayar oleh Ladin? RM150 sahaja! Sekadar duit minyak dan bayaran tol.

Duit makan? Jangan harap. Pandai-pandailah cari makan sendiri. Insentif outstation? Lagi ibarat mimpikan bulan jatuh ke riba. Sesen pun tak pernah Abang Wan dapat. Bakhil tak si Ladin ini, wahai para pembaca?

Oh ya, ada satu kisah yang lucu juga. Ladin ada berpindah rumah baru. Jadi tugasan untuk mencuci rumah baharunya itu diserahkan kepada Abang Wan dan kawan-kawannya. Maka, beramai-ramai mereka membawa segala kelengkapan cleaning ke sana.

Kenapa agaknya ya Ladin tidak mengupah orang lain atau company service cleaning? Ya! Ini semua kerana kebakhilannya pembaca sekalian. Mungkin fikirnya, kan aku ada pekerja. Buat apa membazir duit bayar servis luar.

Di perenggan atas ada aku katakan bahawa Ladin juga seorang kontraktor based on tender govt. Abang Wan diarahkan untuk mengikut meeting dan menguruskan beberapa projek tersebut. Walhal Abang Wan punya job scope bukan lah itu malahan sangat lari.

Manakala, tugasan Ladin sangat lah mudah. Sign paper dan segalanya diuruskan oleh Abang Wan. Tapi duit projek semua dapat pada Ladin.

Entah apa perkataan lagi mampu aku ucapkan. Duit minyak pun sangat berkira, tapi hasil projek hendak pula. Hai lah Haji Bakhil tahi kucing.

3 bulan yang lepas pula, Ladin mendapat durian runtuh kerana mendapat tender yang besar. Abang Wan diarahkan untuk menjaga projek tersebut dua tempat dengan bayaran gaji yang langsung tidak setimpal.

Job skop yang diberi adalah dua, tetapi gaji yang dijanjikan hanya satu. Walhal sebelum ini, tak pernah dibuat dek orang kerja sebegitu.

Akan tetapi Ladin tetap bermanis mulut seperti gula dan meyakinkan Abang Wan mampu untuk terus memikul kerja tersebut.

Agak-agak kalian, kenapa agaknya Ladin tidak hire lagi seorang di samping Abang Wan untuk memantau dua projek tersebut? Jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Kerana jawatan Haji Bakhil yang disandangnya itu.

Membuatkan dia langsung tidak menghargai perit jerih pekerja bawahannya yang berusaha mati-matian menyelesaikan kerja.

Meskipun tiada yang membantu, tiada duit makan dihulur, tidak pernah menunjukkan muka di tapak projek, Abang Wan masih setia bekerja di situ.

Cukuplah sekadar cerita disini mengenai penganiayaan Ladin terhadap pekerja-pekerja bawahannya.. Mungkin ada antara kalian tertanya berapa agaknya gaji bulan Abang Wan dan kawan-kawannya.

Paling tinggi RM2000 dan ke bawah ya. Tiada medical benefit, hanya ada kwsp dan socso, tiada bonus, tiada kenaikan gaji.

Mungkin dalam fikiran Ladin, bayaran gaji RM2000 dah cukup tinggi untuk pekerjanya. Dan disebabkan mereka adalah orang bawahannya, maka akan diperah segala keringat yang ada demi memenuhi poket peribadinya.

Tidak jatuh miskin pun Ladin jika dinaikkan gaji pekerja-pekerjanya. Tetapi biasalah, apa nak dikata. Kan Haji Bakhil kan? Pada fikiran kalian, besar sangat kah amaun gaji RM2000 itu???

Ada seorang pekerja Ladin yang sudah 7 tahun bekerja. Tapi gajinya stagnant. Langsung tidak ada peningkatan walau RM1. Bonus atau Duit Raya? Jangan harap ada.

Hatta, duit raya RM50 pun langsung tak pernah dihulur kepada pekerja-pekerjanya. Sama lah juga Abang Wan, tak pernah mendapat duit ihsan dari si majikan bakhil, Ladin.

Apa yang aku tahu, Ladin ni bukan lah setakat golongan T20 yang berpendapatan RM50k ke bawah. Malahan pendapatan bulanan mencecah RM100k ke atas.

Allahuakbar, terkejut aku mendengarnya. Seolah-olah kekayaan yang dikecapi berdiri sendiri, tanpa usaha pekerja-pekerjanya.

Ketahuilah wahai Ladin, pekerja ibarat pillar @ tiang dan syarikat adalah rumahnya. Tanpa tiang, makanya rumah tidak akan boleh berdiri.

Tiang yang kukuh akan membuatkan rumah tersebut kekal buat selamanya.

Mungkin ada yang mengenali Ladin apabila membaca characteristics di atas. Aku tahu Ladin ada kenalan yang luas, orang berpengaruh, Peguam, dan sebagainya. Atau ada ahli keluarganya yang mengenali Ladin berdasarkan ceritaku ini.

Tolong sampaikan pesanan ikhlas dari aku.

“Tidak guna harta melimpah ruah andai tiada rasa empati dalam diri.”

“Walau tinggi mana darjat dan kekayaan kita di dunia ini, ingat, Allah di arasy memerhatikan segalanya.”

“Tak selamanya kita boleh menongkah ke langit, akan ada juga masa kita jatuh menyembah bumi.”

– Kacang Boncis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *