B40, M40, T20, Lupakah Anda Rezeki Itu Dari Allah?

Apa aku nak cakap kat sini cuma satu teguran dan peringatan buat semua. Aku ada suarakan hal ni dalam kalangan kawan-kawan & family tapi dijawab balas dengan keras dan teguran aku tak diterima.

Korang pernah dengar orang kaitkan golongan B40 ni golongan pemalas? Aku selalu dengar ayat ni dalam kalangan orang sekeliling aku. Ya circle aku adalah T20.

Paling kurang pun M40 tu pun sorang dua je. Bila kerajaan atau sape2 announce bantuan untuk B40, akan disebut-sebut lah “sebab tu B40 malas sebab semua benda disuap. Kita ni yang bayar cukai, tapi asyik bagi ke B40 aje.”

Hari ni aku baca satu artikel pasal rumah yang di extend sampai tak muat nak park kereta, so park kat luar.

Tiba2 ade bunyi “haa macam tu la pemikiran B40. Beli rumah kecik pastu bajet jalan semua dia punya”. Aku macam….. kenapa hina B40, aku jumpa ramai B40 yang humble dan bagus.

Staff aku semua bagus, suka menolong, tak kedekut, rajin.. eh macam2 lagi lah.. In fact, yang T20 tapi perangai tak semenggah tu lagi ramai.

Maksud aku kau nak cakap perangai orang extend rumah sampai takde tempat park kete tu, ko tak yah la cop “pemikiran B40”. Yang T20 duduk rumah macam tu pun ade je & perangai pun macam tu.

Then kes MRSM & biasiswa. Ada lahhh dalam kalangan kitorang ni yang anaknya tak dapat MRSM. Boleh pulak dia cakap, semua bagi ke B40 je, bukan layak pun tapi sebab miskin.

Aku sedih dengar ayat dia. Lepas tu ada yang cakap, kita ni elok dah naikkan taraf hidup jadi T20, now anak2 kita takde peluang nak masuk sekolah bagus-bagus lama-lama generasi kita nanti jadi B40 balik.

Aku jawab, kau dah T20 kan beli la harta banyak2 turunkan kat keturunan kau nanti takdela cucu cicit kau jadi B40. Ni tak, beli rumah pun sebiji je pastu claim T20 sangat.

Aku dah jumpa ramai orang yang asalnya T20 tapi now B40. Sebab ape? Sebab bisnes jatuh, tak ada cash reserve, tak kumpul harta masa tengah banyak duit, enjoy memanjang.

Bagi aku, kau dari B40 or T20, tapi cara kau manage kewangan tu yang penting. Jangan cakap merendah-rendahkan orang sebab besok lusa kau tak tahu apa nak jadi.

Kau lupa ke rezeki Allah bagi? Yang B40 tu kita tak tahu betapa strugglenya dia nak naikkan taraf hidup dia.

Kenapa bantuan kebanyakan untuk B40 sahaja? Sebab diorang tak mampu. Yes, tak mampu. Kau M40, T20, bagitau rumah kau besar banyak space carpark, bayar cukai ribu2, kau rasa kau deserve untuk dibantu ke?

Kau mampu bayar jadi kenapa kau nak bantuan jugak? Semua orang miskin tu malas ke? How if diorang usaha non stop tapi Allah kata rezeki dia banyak tu je?

Macam mana pula gudang pahala Allah sediakan untuk orang kaya membantu orang miskin?

Kalau semua orang rajin dan kaya, tak perlu dah la bersedekah. Cuba ubah mindset. Jangan hina jangan rendahkan B40. Kita tak tahu perjalanan hidup orang.

Yang terpaling penting. Rezeki milik Allah. Dia yang tentukan siapa B40 siapa T20. Jaga adab jaga hati orang bila bercakap.

Kadang-kadang kita lupa kenapa Allah ciptakan manusia berbeza-beza. Bahkan sampai kita lupa siapa pemberi rezeki.

Berlapang dada bila tengok orang dapat bantuan, jangn ada rasa iri hati. Walaupun kita dari golongan bijak pandai tapi kadangkala kita nampak tak bijak bila salah berbicara.

Ingat! Rezeki tu dari Allah bukan dari pemberi bantuan.

– Jejaka T20 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *