B4pa Panas B4ran

Salam semua, saya Anis. Terima kasih bagi yang sudi baca luahan hati saya ini.

Mungkin dah ramai yang bercerita tentang bapa panas baran. Saya juga sama membesar dengan bapa sebegitu sehingga kini.

Pada awal perkahwinan mak dan bapa saya, bapa sering mendahulukan kawan2 dan keluarganya, dan sering mengabaikan perasaan mak saya.

Ke mana adik-beradiknya nak pergi akan dibawanya walaupun masing2 dah ada suami.

Jemput dan ambik dari rumah adiknya ke rumah nenek hampir tiap2 bulan. Mak saya nak balik kampung sendiri pun adik2 bapa nak ikut.

Lepak malam2 dengan kawan2, pergi memancing dua tiga hari tinggal mak dan kami pun selalu juga.

Duit simpanan mak pada awal perkahwinan juga habis dimintanya. Andai tak bagi mengamuk sakan satu rumah.

Bapa jarang nak naik tangan sampai sepak terajang cuma pernah je menampar mak beberapa kali.

Tapi yang paling sakit bagi mak adalah caci maki yang sering dihambur, s**l, perempuan j*l*ng dan macam2 lagi.

Setelah kelahiran saya, mak dah pandai sedikit untuk melawan jadi jarang bapa mengangkat tangan ke mak dan kami.

Tapi setiap kali datang amarahnya habis semua barang dicampak, dihempas dan dipecahkan, tak kira apa di depannya ketika itu, lauk pun ditumpahkannya.

Kami sebagai anak2 juga sering dihina dan diperlekehkan terutamanya saya dan abang saya.

Saya sering dihina lembik dan tidak mahir segalanya, sedangkan saya pandai berdikari lagi2 bila dah mula belajar dan bekerja di KL.

Sejak bapa dah tak bekerja, makin teruk panas barannya. Hari2 ada sahaja tak kena, mak sering dimarah tak tentu pasal, makanan keraslah, rumah bersepahlah, ada je tak kena.

Mak dan saya borak pasal drama pun dia boleh terasa dan marah tiba2, sedangkan kami berbual mengenai drama dan tiada kena mengena dengannya.

Kadang2 rasa macam nak je suruh mak dan bapa bercerai, kesian tengok mak, nak berjumpa dengan kawan2 mak pun dikatanya nak pergi menjaja cerita tentangnya.

Jiran2 pun habis dibuat musuh sebab yang kecil je pun.

Saya harap sangat bapa akan berubah suatu hari nanti.

Bila lihat bapa2 saudara dan bapa kawan2, saya rasa cemburu lihat mereka bahagia bergurau senda, saya pula takut dengan bapa, takut salah bual, terus nak marah.

Maaf atas luahan yang panjang ni. Terima kasih yang sudi membaca.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *